klik ....2...

SELAMAT DATANG...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN....
 online

*VIRUS AKAN SERANG H/P ANDA

AWAS....VIRUS AKAN SERANG H/P ANDA......


AWAS pemilik telefon bimbit kerana terdapat virus yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) berleluasa sekarang dikenali sebagai Curse of Silence atau CurseSMS.

Virus ini akan membawa kepada serangan penafian servis dan ia ditemui baru-baru ini oleh Tobias Engel dan didedahkan pada Chaos Communication Congress ke-25.

Serangan ini melibatkan SMS yang dicipta dengan niat untuk dihantar kepada sasaran berpotensi.

Penerimaan SMS tersebut menyebabkan peranti yang menjadi sasaran tidak lagi dapat menerima mesej SMS atau MMS.

Bergantung kepada versi sistem operasi telefon mudah alih yang menjadi sasaran, peranti tersebut mungkin memerlukan pelarasan semula di kilang untuk berfungsi seperti sedia kala.

walau bagaimapun pasukan penyelidikan keselamatan sedunia fortinetguard telah mencipta satu versi baru untuk mengatasi serangan ini.

peralatan anti virus versi baru ini di namakan FORTICLEANUP,
ia merupakan siri peralatan percuma yang beropasi dalim h/p yang di kuasakan oleh symbianOSS60'ai direka untuk menyinkirkan dan memulihkan h/p dari serangan virus,

Fortinet menyediakan lesen percuma kepada peralatan baru FortiCleanUp yang membantu memulihkan telefon bimbit yang diserang oleh CurseSMS itu.

Peralatan FortiCleanUp untuk Curse of Silence akan mengimbas secara automatik dan menyingkirkan mesej SMS atau MMS berniat jahat yang menghalang telefon bimbit tersebut untuk beroperasi dengan baik.

Peranti yang mudah terdedah kepada serangan ini termasuklah telefon mudah alih Nokia yang menggunakan SymbianOS S60 Edisi kedua dengan Feature Pack 2 dan 3, Edisi ketiga, serta Edisi ketiga dengan Feature Pack 1.

Ini termasuk telefon bimbit lain dari siri 'N' hingga N95 dan dari siri 'E' hingga E90, selain dari model-model yang lebih lama seperti 6680.

Untuk perlindungan lengkap yang sebenar, pasukan FortiGuard mengesyorkan pemasangan FortiClient Mobile Fortinet ke peranti-peranti telefon bimbit.

Perisian keselamatan ini menyediakan ciri agen keselamatan bersepadu termasuk firewall peribadi, IPSec VPN, antivirus, antispyware dan anti-spam SMS.

Agen perlindungan FortiClient dipekuasa dengan langganan servis keselamatan FortiGuard untuk membantu melindungi peranti-peranti dari ancaman bersepadu terkini.

FortiClient Mobile menyediakan timbang ringan, ciri agen keselamatan bersepadu dan kini disediakan untuk Microsoft Windows Mobile dan sistem operasi SymbianOS S60.

Untuk maklumat selanjutnya bagi khidmat nasihat ini atau senarai lengkap telefon bimbit Nokia yang disasarkan oleh Curse of Silence / CurseSMS, sila layari: www.fortiguardcenter.com
Post a Comment