*Demam AF7 bermula...


KEHANGATAn Akademi Fantasia (AF7) sudah pun bermula,seramai 20 orang calon pelajarnya telah umumkan.




transformasi yang dijanjikan,Astro telah mengumumkan barisan tenaga pengajarnya yang dilihat mampu memberikan satu kelainan untuk musim ini.



Itulah strategi Astro dalam usaha mahu mengembalikan prestij dan mutu AF, setelah AF musim yang lalu terpaksa berdepan dengan kecaman dan hentaman daripada pelbagai pihak.
Untuk musim ini Astro berjanji untuk 'melahirkan' seorang superstar yang disegani ramai.




setelah uji bakat dijalankan di lima buah lokasi bermula dari Januari lalu, penyertaan kali ini merupakan yang terbanyak apabila seramai 9,000 penyertaan diterima.



Daripada jumlah itu, ia dikecilkan menjadi 500 orang dan seterusnya kepada 200 sebelum pihak Astro sepakat untuk memilih 50 orang peserta yang terbaik. Daripada situ, 20 orang calon telah kami pilih untuk musim ini

Sepuluh calon pelajar lelaki yang terpilih untuk musim ini ialah Abraham Edwin Dungot (Ab), 26; Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18; Abdul Amim Suleiman (Amim), 21; Khairil Azam Pilus (Aril), 24; Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Hafiz), 19; Kelana Ayu (Kelana), 40; Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24; Mohd. Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud), 25; Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Sidi), 27; dan Mohd. Yazid Ibrahim (Yazid), 22.

Calon bagi pelajar wanita pula adalah Nas Adila Mohd. Dan (Adila), 23; Siti Aishah Bujang (Aishah), 18; Cabrine Blaire Bernard Solibun (Cabby), 20; Claudia Fay Geres (Claudia), 24; Alpaezah Manaf (Faezah), 20; Ismaliza Ismail (Isma), 30; Lizda Nuryanti Abidin (Lizda), 27; Zuzafrini Zulkifli (Rini), 26; Rubisa Tiasin (Rubisa), 23; dan Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil (Zizi), 20



20 orang calon ini tidak akan diserapkan terus menjadi pelajar AF7. Sebaliknya, mereka harus menjalani minggu orientasi dan kem muzikal selama 6 hari.

Mereka akan dinilai berdasarkan kepada personaliti dan juga bakat sebelum memilih 12 atau 14 orang pelajar terbaik untuk menyertai AF7 dan keputusannya akan diumumkan pada 8 Mac ini menerusi rancangan Tirai Akademi Fantasia bahagian kedua.

walaupun calon -calon AF7 ltlah di ketahui,dan tenaga pengajar telah di ketahui.
tetapi pula pengetuan AF7?
Mengenai pengumuman pengetua AF7 pula akan di umum kan di siaran rancangan Diari Akademi Fantasia pada 9 Mac ini.

siapakah pengetua AF7 ??......
kita tunggu.......jawapannya....

No comments: