*laptop aku hang up.


mungkin dlm satu mggu nie aku tak dapat up date blog,keranalaptop aku buat masalah.pagi td aku hendak on kan laptop.puas aku tgu punya tunggu.dia ddk mcm tu aje.,x de apa2 yg berlaku.
Puas aku godeh sana godeh sini. Sama gak ddk tercanguk aje.
Aku perhatikan lama2 .aku dapati dia punya harddics dia mcm dh problem.lampu dia x menyala.
Ini yang buat aku hangin satu badan.

Entah lah aku pun x leh nk
kata apa2.
Aku mintak tolong member aku.ttp dia sebuk lak.
Aku nk godek2 .takut lak lain jadi nya.
Terpaks lah mintak tolong dia tgkkan esok atau lusa.

Itu pn kalo dia x sebuk lah.
Kalo dia sebuk .makin lama la aku x dapat up date blog aku.
N3 nie pun aku buat pakai hp aku
N78,
seksa aku menaip nya.mungkin
selagi laptop aku x ok.terpaksa lah aku pakai hp n78 aku nie untuk up date blog aku nie.
Tetapi aku harap .laptop aku nie cepat baik.
Nasib- nasib

*tungganganku.....semput...

dah dekat satu minggu..
aku munjenguk mu...
kau teradai di rumah...
kau terduduk terlepuk...
sukar bergerak....
pergerakkan mu menjadi lembab...
perlahan.....semakin perlahan....
hari ini aku membawa aku untuk di rawat.....

ini lah motor kesayangan aku.....
sudah 12 tahun dia berjasa pada diriku....
kemana aku hendak pergi.....
aku arahkan ...
kau patuh arahan aku....
oh motor ku....


setelah di periksa oleh mekanik handalan aku....
beliau mdapati ....saluran ekzos dia dah tersumbat daa.....
dan terpaksa di operate ......
untuk membuang karbon yang menutupi lobang ekzos motor aku....
tu la selalu makan asap....
tu yang penuh karbon...
untuk membuang karbon...
ekzos motor aku terpaksa di bakar....
membolehkan...karbon yang melekat....
dapat disingkirkan.....





sekarang motor aku dah ada baik...
x semput g nak bawak jalan2....
merluncur laju......
mana tak nya ekzos dah lapang....
jadi lawas lah angin keluar masuk....
stamina motor aku kembali kepada asal....
dan boleh kembali berkhidmat .....
membawa aku kermana2...aku hendak pergi...



motor oh motor....

*rabun....punca dan petua menghindarkan

sahabat-sahabat sekelian... adakah diantara sahabat-sahabat ada yang rabun.... jikalau tidak ,baguslah... tertapi jikalau ada yang rabun.. saya nak berkongsi sesuatu dengan anda... yea ....tentang masalah rabun... ia mungkin mendatangkan masalah bagi kita, iaitu kena pakai kaca mata.... kang member kata macam cikgu lak jatuh saham kita lak... tanda-tanda rabun adalah.... 1.kabur apabila melihat sesuatu objek 2.pening kepala apa bila melihat sesuatu objek. di antara punca-punca yang menyebabkan rabun 1.membaca dalam gelap, 2.membaca dengan jarak yang dekat. 3.membaca terlampau lama.. 4.memgadap skrin komputer terlampau lama. 5.faktor keturunan(yang nie tidak dapat nak tolong) amalan untuk merehatkan mata... biasanya amalan yang saya gunakan adalah...... apabila terasa mata saya letih{apabila membaca atau mengadap komputer} saya akan cuba memandang objek yang jauh, tujuannya adalah untuk merehat kan retina{anak mata},untuk memfokus objek yang jauh, dengan kata lain adalah "mengalign" pemfokusan{betul ker perkataan yang saya gunakan} pergerakan sendi-sendi anak mata.supaya dapat mengfokus dengan baik... mungkin sahabat ada cara lain untuk dikongsi bersama.. diantara petua-petua mengurangkan rabun adalah... 1.Amalkan minum jus lobak merah err... merah ke oren? (Ambil 1 biji lobak yang segar kisar sendiri dengan 1 gelas air, bukan jus yang diproses di kilang ya) dua kali sehari. Pada masa yang sama jadikan lobak merah sebagai ulam harian. Termasuk anak buah saya sudah dua orang yang mengamalkannya. Alhamdulillah kedua-duanya berhasil. Mereka tidak pakai kaca mata sekarang. 2.apabila kita bangun pagi. banyakkan melihat warna hijau... dipercayaan ,dengan melihat objek yang berwarna hijau boleh menghindarkan rabun... 3.amalan meminum air rebusan sawi, 4.KUNYIT UTK MENGURANGKAN RABUN... Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit{kira sepotong kunyit} dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari. 5.Ambil beberapa helai daun sireh segar, ramas daun tersebut dengan semangkuk air. Selepas itu basuh seluruh muka dengan air sireh tadi. Amalkan 2 kali seminggu, InsyaAllah mata anda akan kelihatan terang tanpa perlu memakai cermin mata, ini adalah di antara petua-petua yang sempat saya catatkan.... memang ada banyak petua nenek moyang kita yang amat berguna untuk kita amalkan, saya harap petua ini dapat membantu anda.... mungkin sahabat-sahabat ada petua yang lain untuk di kongsi bersama.... jika ada silakan.... sekian wasalam...

*mimpi....adakah anda mempercayainya....

sahabat-sahabat sekelian...
pernahkah sahabat semua bermimpi...
misti pernahkan....
mungkin sahabat-sahabat semua bermimpi yang indah-indah,
kenangan manis...dan perbagai lagi mimpi-mimpi yang menarik dan tidak ketingalan
mimpi -mimpi yang kurang menarik,
betulkan....
tetapi bolehkah kita mempercayaai mimpi ....
dengan kata lain adalah
mimpi itu memberi kita satu pertunjuk.....
pertunjuk sesuatu yang baik atau sebaliknya...
sebagai contoh yang biasa kita dengar adalah,
jikalau seseorang gadis bermimpi dipatuk ular itu tandanya
ada orang hendak datang meminang....
atau contoh yang lain,...
jika kita bermimpikan air...
itu tandanya kita akan mendapai rezeki....
atau jika kita bermimpi nampak api ,
maknanya kita di fitnah....

adakah mimpi ini boleh di jadikan panduan pada sesuatu perkara yang akan terjadi...
sebagai langkah berjaga-jaga apabila terjadi nya sesuatu....

ada yang mengatakan mimpi adalah mainan tidur....
atau ganguan syaitan atau kerana sebelum tidur ,tidak basuh kaki (org tua -tua selalu cakap macam nie jika kita bermimpi),

terdapat banyak buku tapsiran mimpi dipasaran,
buku yang dikarang untuk mentapsirkan mimpi,
mimpi nampak air apa maksudnya...
mimpi kita minum air apa maksudnya....

bolehkah kita mempercayaai mimpi itu sebagai isyarat sesuatu perkara yang akan terjadi di masa yang akan datang....

adakah anda percaya mimpi .......
pada diri saya....
tidak dapat membuat kesimpulan apa-apa...kerana..
kadang mimpi saya sebagai pertanda dan kadang mainan tidur
sbb tidak basuh kaki sebelum tidur...
tertapi pada diri sahabat-sahabat semua macamana pula....

*tekanan.......

hari yang berlalu ku rasa kusam...
tawar dan habar,
aku tidak tahu apa punca,
datang nya tidak tahu dari mana..

entahlah ,
mengapa terjadinya bergini,
aku rasa hangin satu badan,
sejak akhir2 ini aku menjadi sensitif,
perkara kecil pun boleh menjadi satu pertengkaran..
mungkin kenangan-kenangan silam membuat aku bergini...
kenangan pahit dan titik -titik hitam dalam hidup ku,
bermain di kotak fikiran ku.....
bagai mana harus aku menghailangkan tekanan ini....
harus aku berdiam diri...
aku duduk berfikir sendiri...
kini aku berada di satu persimpangan,
kemana harus ku tuju...
salah percaturan ,
binasalah hidup ku...
ke kanan atau...
kekiri...
aku menjadi sangsi.....
aku termenung sendiri..
memikirkan hidup masa depan ku........

*tolong saya.....bermain rubik's

sahabat-sahabat sekelian....
saya ada satu masalah...
sebenar nya saya ada satu permainan,kira macam puzzel la....tetapi sampai sekarang masih tidak dapat selesaikan......
permaininnya adalah....




sahabat mesti tahu permainin cube ini ...atau lebih dikenali sebagai rubik's..
dah berbulan-bulan saya tidak dapat menyusunnya....seperti gambar di bawah...




sahabat mengetahui macammana hendak bermain rubik's ini...
atau dimana saya hendak mendapati manual/buku untuk berlajar bermain rubik's ini...


(saya dah dapat satu website yang ada toturial pasal berlajar rubik's nie,
saya akan berlajar macamana nak selesaikannya{20/05/09})

*dimana hendak diperolihi teman sejati

ANTARA kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.

Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda:

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

*siapa anak dia

mggu lepas ,kita menyambut hari ibu,
kita mengenang semua jasa-jasa besar ibu terhadap kita,dan setiap ibu
amat sentiasa sayang pada anak-anaknya,
tidak kira lah macammana keadaan anaknya...
tetapi semasa saya tengah berangan
tiba-tiba terdetik satu persoalan didalam hati saya...

persaolan saya adalah:-
dalam banyak-banyak ibu,
ibu apa yang tidak kenal anaknya.....


cuba sahabat-sahabat membantu saya mencari jawapannya.....
saya tengah buntu nie..

*Sebutir nasi adalah rezeki dari TUHAN

Pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat ini?

Sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, seluruh jentera kerajaan Tuhan telah bekerja
keras menghasilkannya.

Jika kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk memperlekehkannya walaupun sebutir.

Mari kita telusuri perjalanan sebutir padi ciptaan Tuhan, hingga akhirnya terhasilnya sebutir nasi.

Para petani atau pekerja ladang menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi yang sudahpun wujud ratusan kurun, yang belum pernah lagi mengalami kepupusan.

Hari apa dan tarikh bila benih ini diturunkan ke bumi hanya Penciptanya yang tahu.

Setiap hari si petani, pekerja ladang yang rata-rata miskin itu menyiram dan menjaga semaian mereka,

Di sebalik itu sebenarnya para malaikat di bawah perintah Allahlah yang mengawal dan menjaga
tumbesaran tanaman rezeki kurniaan Tuhan kepada manusia itu.

Akar-akar padi, Tuhan arahkan agar bergeraklah !! menjalarlah,
pecahkanlah! ! kelikir-kelikir tanah di bumiKu menjadi ketulan halus..

Molekul2 mineral dan makhluk air pula, TAAT menurut perintah,
SETIA berkhidmat terus mengalir di celah-celah tanah, menyerap ke dalam akar tanpa soal,

Sang matahari, SIAJAIB yang tak pernah padam ..lampu'nya sejak ia diciptakan,
memancarkan cahayanya ke atas dedaunan hijau, demi proses fotosintesis

molekul-molekul O2 yang ..ghaib' di udara, juga
disedut oleh si makhluk hijau itu untuk proses respirasinya. .

Masa ciptaan Tuhan kemudiannya mengizinkan buah-buah padi itu masak,
untuk dituai hasilnya.

Ribuan petani atau pekerja yang mengendalikan mesin-mesin di ladang, di kilang, para pekerja sistem pengangkutan, gudang, pasaraya, pekedai, adalah semuanya makhluk Tuhan yang membantu menyampaikan walau sebutir padi kepada kita.

Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu asalnya dari mana, siapa yang menyemai benihnya ke bumi..dan seterusnya?

Guru mengajar, bila kita di hadapan makanan, rendahkanlah hatimu, berterimakasihlah kepada Tuhan,
berdoalah untuk semua petani, nelayan, penanam sayur, pekedai, tukang masak dan
semuanya yang membantu memberi nikmat itu kepada kita.

Betapa MAHA baiknya Allah.

Sesungguhnya walau sekaya mana pun manusia, ia tidak akan mampu hidup sendirian.

*Pesan Nabi Sebelum Tidur

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :.....


1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

*tengkorak hidup

ALLAH menjadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian,
apa yang kita adalah lengkap,
janganlah kita mengubahnya kecuali dengan sesuatu sebab
contohnya....

gemuk...
tetapi orang yang didak bemuk pun berdiet.....
kenapa...
mungkin ada yang kurang senang jika berkeadaan gemuk/berisi,
pada mereka kurang lawa lah jika bertubuh sedemikian..
dan cuba mengambil langkah yang paling baik iaitu berdiet.
berdiet adalah salah satu cara untuk merampingkan badan...
cara ini memang efecktif ,iaitu dengan mengurangkan makan,
badan yang berisi kan susut.so yang gemuk akan menjadi ramping..
tetapi
jika anda berdiet dengan cara bergini kena berhati-hati,
jangan sampai takut hendak makan banyak..
kadangkala sampai tidak makan apa -apa pun ,
yang dia makan hanya lah sekeping roti 1 hari
kerana...
terlampau kurang makan akan mendatangkan penyakit pulak....
diantara penyakit yamg paling di takuti adalah penyakit..
"tengkorak hidup"atau dengan nama sainstifikya anorexia nervosa

anorexia nervosa

anorexia nervosa adalah satu jenis penyakit yang akan mengakibatkan kematian
kerana kehilangan berat badan gara-gara pengambilan diet yang keterlaluan.
mereka yang menderita penyakit ini,akhirnya akan menjadi terus kurus kering seperti tengkorak hidup.
namun bergitu,tidak semua manusia yang menghidap anorexia nervosa akan menderita
dan mati,ada juga di kalangan pengidap anorexia nervosa ini,masih boleh menikmati
kehidupan sihat seperti orang yang normal,tetapi dalam keadaan seperti tengkorak hidup lah,iaitu
tinggal kulit dengan tulang aje lah....
walau pun makan banyak mana pun ,tetap macam tu aje....
so....
jika diantara sahabat-sahabat semua jikalau yang hendak berdiet tu...
berjumpa doktor dululah ,dengar nasihat doktor...
jangan sesekali dengar /menerima pandangan dari individu-individu yang kurang mahir
tentang perkara ini...
kang akibatnya.....
sapa yang tanggung...
mungkin ada cara yang lebih baik dari berdiet...
salah satu contoh nya ....
bersukan...
atau
pun ikut amalan petua nenek moyang kita...
berdiet lah dengan cara yang selamat
sekian wasalam...

*selamat hari ibu

sesejuk hening ,suatu pagi...
ketika fajar sidiq menyingsing...
sesejuk enbun dihujung rumput...
mengalir jatuh ke bumi..
didalam keheningan pagi itu...
setelah sembilan bulan sepuluh hari.....
tiba lah hari yang dinanti-nantikan....
setelah azan subuh berkumandang....
setelah imam memberi salam...
lahirlah seorang bayi lelaki...
merupakan penyeri hidup....

ibu...
sangat besar pengorbanan mu...
setelah sembilan bulan sepuluh hari aku dalam kandungan mu...
kau membawa aku ke sana ke mari....
dengan rela kau mengendungku...
menanggung keberatan dan kepenatan....
dan kini kau....
melahirkan ku pula....

ibu...
dengan penuh kaseh sayang kau menjaga ku....
siang dan malam....
kau belai ku dengan kaseh sayang....
kau sanggup bersengkang mata...
untuk menjaga ku....

ibu....
kau mengajar aku erti kehidupan...
yang mana baik dan yang mana buruk...
kau mendidik aku mengenali pencipta alam....
mengajar aku kejalan yang lurus....

oh ibu....
sangat besar pengorbanan mu....
tidak dapat aku membalasnya...
walaupun emas setinggi gunung....
tidak sama dengan nilainya....
aku tidak terdaya untuk membalas nya...
tetapi aku berjanji akan menjaga mu hingga ke akhir hayat...
bagi membalas jasa mu terhadap ku....
kau lah permata didalam hidup ku...
kau memberi sinar dalam hidupku....
oh ibu.....


selamat hari ibu....
Buat ibu saya Nafsiah bt Kariyono







*erti sebuah persahabatah

Persahabatan jauh lebih indah dari Percintaan...
Cinta seumpama bermain layang-layang...
Andainya terputus maka berakhirlah ikatan...
Sahabat bagaikan pantai & lautan...
Walaupun sering berhempas tetapi KEKAL berdampingan..

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan..
kita ketawa, mengenali seseorang itu juga kadangkala...
Membuatkan kita mengalirkan airmata....
Sesungguhnya mengenali seseorang itu juga mampu..
memberikan kita Sejuta rasa marah,sedih,gembira,sayang $ rindu..
Tp sedarkah kita?? Dengan mengenali seseorang itu sebenarnya..
Adalah satu ANUGERAH..biarpun hadirnya hanya SEMENTARA...
Bersyukurlah dengan KEHADIRANNYA kerana barangkali..
Melaluinya kita mengerti ape ertinya "PERSAHABATAN"...

Persahabatan seperti tangan dengan mata..
Saat tangan terluka,,mata menangis..
Saat mata menangis,,tangan menghapuskannya...

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak..
Boleh mencari SAHABAT,,,dan manusia yang lebih
Lemah dari itu ialah orang yang MENSIA-SIAKAN..
SAHABAT yang telah dicari..

*amalan minum air panas

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung
SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun
mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.
Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa..
malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan
banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul
dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.


Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas
makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan
mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian
atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap
SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

*Mengenal Diri Sendiri

1.siapakah saya...
2.macamanakah sifat saya...
3.apa yang ada didalam diri saya..

mungkin itulah persoalan yang terpendam didalam hati kita..
kita tidak tahu siapa kita yang sebenarnya
adakah kita...

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

tetapi kita dapat mengenali diri kita melalui ...
tarikh lahir kita...

Contohnya spt tarikh lahir saya: 14 05 1987

1 + 4 = 5

Maka kotak pertama adalah 5
Kemudian campurkan kesemua nombor..

1 + 4 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 7 = 35

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

3 + 5 = 8

Maka kotak kedua adalah 8

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

5 + 8 = 13

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 3 = 4

Maka kotak ketiga ialah 4
hasilnya..


5. Boleh berbincang
8. Bisnes

4. Rajin


so,cuba anda kirakan mengikut tarikh lahir anda...
apakah jawapannya....


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna(insya Allah)




Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah

*award untuk sahabat-sahabat ku

kepada semua sahabat,
saya amat menghargai anda semua..
oleh itu dengan bangga nya saya menganugerahkan sesuatu kepada sahabat semuadenga award ini....
sila ambil sebagai penghargaan dari saya untuk anda semua...





Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ?backlink? dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini



blog2 yang terpilih adalah:-

1.http://www.wafiberceloteh.co.cc/

2. http://intanurulfateha.blogspot.com/

3. http://shafaaliaa.blogspot.com/

4. http://kilauancinta.blogspot.com/

5. http://jasasikin.blogspot.com/

6. http://wanasweet.blogspot.com/

7. http://mylifeasqishie.blogspot.com/

8. http://mangolicious86.blogspot.com/

9. http://idalara.blogspot.com/

10.http://seharumkayumanis.blogspot.com/

dan selain dari 10 bloger di atas
saya menjemput semua blog-blog yang tersenarai di

1.saya punya follower

2.blog yang tersenarai di hotlink/update blog

3. sesiapa yang melawat blog setiasahabat

untuk mengambil award tersebut di atas..

anda layak mengambil award ini...

disini saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada sahabat-sahabat semua kerana sudi melawat blog saya
yang tidak beberapa ini

terima kasih

*bakat bukan sahaja pada rupa...

rupa paras adalah sebagai ukuran,ia sebagai satu tiket untuk menjadi glamour,
tetapi bakat .....
ada orang mentertawa orang lain....kerana rupa paras....mereka memandang rendah kerana rupa paras yang kurang menarik.....
tetapi mereka lupa setiap orang yang baik rupa paras itu ,tidak semestinya berbakat....
tontonlah video ini...


bakat tidak mengira paras rupa...