klik ....2...

SELAMAT DATANG
 online

lefthanded live ....................






datanglah berramai2 menyaksikan konset rock lagenda


wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Apa nk wat hari nie eh

Hari nie hari minggu..
Nak g mana eh
perut terasa lapa...
Hmmm....
Aaaa..kalo x silap hari nie ada membe wat open house.....tp kol 3 lak ....
X pe betahan sikit wahai perut ku...
Bulan puasa leh tahan..nie lg 1 jam g ...
Hahaha ...

--
Sent from my mobile device

Kejadian yang tidak diduga...

Sedang saya duduk mgadap laptop saya...saya asyik melayan chatting
dengan teman-teman satu sekolah saya dulu...almaklom lah dah 18 tahun
tidak berjumpa..
Banyak lah yg di cerita kan ,
ada lak tu beberapa gambar lama yg dah diuploadkan ....
Gambar tu yg saya komen...
Komen saya dibalas,apa lagi saya pun balas la komen dia...
Sedang saya sebuk mengomen .......
Saya dikejutkan dengan satu situasi yang tidak saya jangkakan ia akan
berlaku.....
Keadaan malam yang sunyi...

Tiba -tiba saya terhidu sesuatu....dan tidak lama itu bulu roma saya
berdiri.....saya pun rasa lain macam........khusyukkan bchatting
dengan kawan lama saya terganggu...diganggu oleh bau tersebut....

Saya dapat menjangkakan ada sesuatu yang telah tersesat masuk ke rumah
saya....dan saya rasakan ia ada dekat pada saya....dan merenung saya
....walaun saya tidak nampak..tapi saya dpt merasakannyer....
Tetapi ia tidak menganggu saya......
Dalam keadaan itu ,saya cuba menegurnya dengan baik...

Saya menyuruh dia keluar kerana ia telah tersesat masuk kerumah
saya...darimana dia masuk ..dari situ lah dia keluar....dan saya tegur
ia lagi....
Kita sesama makhluk tuhan ,walaupun kita bebaza...jangan lah ganggu
saya,kerana saya tidak menggu dia... Dua tiga kali sya ulangi
percakapan tersebut.....
Mula-mula dia macam tidak mahu keluar...setelah saya ulang lagi buat
kali keempat...
Dan tidak lama tu dia keluar dan fahan apa yang saya katakan...
Saya rasa bulu roma saya tidak merinding lagi dan bau tersebut semakin
berkurangan ,lalu hilang....
Tenguk jam dah kol 12 .30tgh mlm..
Saya pun rasa lega ..dan terus padamkan laptop dan terus mandi......
Tetapi fikiran saya masih berfikir tentang kejadian tadi...tetapi saya
kuatkan semangat saya membaca syurah yang saya ingat....alhamdullilah
.....fikiran saya jadi tenang dari memikirkan perkara tersebut.....

P/s:perkara ini benar2 berlaku..dan saya tulis n3 ini dalam kol 3
pg,setelah terjaga dari tidor..

pertemuan pertama...




(dah lama bercinta2 di intenet, mereka mgatur untuk bertemu secara live...mata bertentang mata)
Adakah pertemuan pertama akan menentukan pertemuan selanjutnyer.......
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

sambungan dari :hari raya: perjumpaan xstudent SMDS

sambungan dari:hari raya:- perjumpaan xstudent SMDS


salam buat semua....

cerita di sambung semula....
gambar2 sebagai hidangan dan tatapan yang mencatatkan sejarah....
setelah 16 atau 18 tahun telah berpisah...
mengikut haluan masing-masing....
hari ini (iaitu pada hari raya yang keempat)
kami telah bertemua semula...
pada tarih yang telah di janjikan.....
kami bertemu kembali.....

benner ini menguatkan semangat kami datang untuk bertemu......


pintu gerbang menyambut kedatangan kami........

pertukaran alamat/kalo ada apa2 program leh contact
sedang mengambil kehadiran 



bergurau senda kerana sangat gembira....lama x jumpa....
kawan rapat bertemu semula......
cerita2 kisah lama....apa yang di ceritakan tu....
bertukar2 no hp kang leh sms tanyer kabar


pemerhati keadaan....hahahahaha
tengah marhaban.......semua khusuk......

semua sedang sebuk ,,,,,,,,,,,makan....hahahahaha.
masa untuk makan.....

dah kenyang ....beborak.....


banyak cerita yang di borakkan.....
setup nak bergambau...



nie dia wajah x student  sek men dato' seth (1988-1992)


bersama keluarga.....


hari yang paling bermakna buat kami......
walaupun tidak semua tidak dapat hadir....
ini sebagai permulaan....
insyaallah lebih ramai lagi yang akan hadir pada majlis reunion yang akan datang..............

rahsia dahi..........


suatu pagi di hari raya ke 8,dua sahabat bertemu....

a: salam.....

b: wsalam....ko nak g mana tu...

a:aku nak g melaka nie,rumah abang aku....

b:oooooo...awal ko nak btolak....

a: biasala...g awal,banyak tempat leh beraya....
alasal ko nie.....
berkedut dahi kau....apa yang aku fikirkan...

b: tak ada apa2 lah.....mmg dahi aku nie dah berkedut n jendol...
hahahaaa....kata orang dahi jendol nie banyak pengelaman....orang tua kata la...

a:hahaha...pandai la kau.....

b:hahahaaa....boleh la sikit2...tapi betul ker dahi jendol banyak pengalaman.....



Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.

Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?


Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!



Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!



Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.



Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.



Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!



Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!







wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

AL-FATIHAH buat M. Rajoli.....





Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.


Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.

“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.


........................AL-FATIHAH buat M. Rajoli...............



- UTUSAN




wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

hari raya:- perjumpaan xstudent SMDS



salam buat semua....
hari nie dah masuk hari yang ker 5 dalam bulan syawal....
ini bermakna dah 5 hari kita merayakan hari raya aidil fitri...
wah begitu cepat nyer masa berlalu......
tampa kita sedari.....

dan semalam adalah hari raya yang ke 4 kita berhari raya....
dan di hari ini lah tercatat satu sejarah yang amat bermakna bagi sekumpulan sekawan yang telah sekian lama terpisah berkumpul dan bersua muka ,setelah sekian lama masing2 membawa haluan masing....

banyak perubahan telah berlaku....
almaklom lah lebih kurang 18 atau 20 tahun dah x jumpa,so macam2 lah dah berubah...
yang selim dah berisi...yang berisi makin berisi....
dan semua nyer telah berkeluaga dan ada diantaranyer telah bujang kembali....hahahaaaa....
itu semua dah di tentukan oleh NYA....perjalanan hidup masing2 lah......

maljis perjumpaan ini telah di rancang lebih kurang 2 bulan lepas,dan masa yang sesuai dan telah dipersetujui ialah pada hari raya......
waktu itu adalah waktu yang sesuai,kerana masing bercuti untuk beraya,dan di kesempatan ini lah perjumpaan ini telah di rancang......maka servay telah dibuat,nampak nyer ada sambutan.....

di pendekkan cerita nyer....
pada hari raya ke 4 telah di adakan perjumpaan tersebut.....
seperti yang di janjikan....
semua nyer hadir....
walau bagaimana pun setakat 1/8 dari keseluruhan pelajar yang dapat di kumpulkan...
alhamdulillah lah kerana perjumpaan ini ada lah pertama kali di buat dan masih belum ramai lagi yang tidak dapat di hubungi....
atur cara yang di jalankan serba rengkas....

  • baraan,
  • makan2
  • berborak
  • sesi bergambar..nie...gambarnyer

tetapi agak meriah juga...walaupun malis yang diada kan sederhana...tetapi ia amat bermakna buat kami semua.....dan di harapkan dimasa akan datang majlis ini akan di hadiri lebih ramai lagi...



ini salah  satu block kelas kita orang 


dan dikesempatan ini saya dan rakan2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada abun ,udin remmy dan beberapa orang lagi yang telah bergandingkan untuk menjayakan majlis ini.......

tunggu akan saya uploadkan gambau....yang akan dijadikan cerita lebih hangat......
tunggguuuuu............................


wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

dah raya dah.....


yang di tunggu2 dah tiba....
yang dinanti ,dah menjelang....
bersuka ria di hari raya......
tidak kira sesiapa sahaja,yang muda atau yang tua,yang miskin atau yang kaya.....
yang di bandar atau di desa....dan di mana jua anda berada....

ketupat dan lodeh ,lemang dan ketupat.....
air sirap dan air gas....
itu lah juadah di hari raya..
tetapi jangan lah lupa
makan hendak lah berpada2
kang sakit perut melanda
tak dapat nak beraya..

kanak2 bergembira dapat duit raya...
tersenyum tersengeh dapat duit raya merah dan hijau pun ada...
dikunpul di simpan untuk hari tua...
atau pun habis di belanja....

yang si bapak kedut kening kepala ...
mengadap jalan jem ,semua hala...
kaki lenguh ,usah di kata...
apa nak buat dah hari raya...

yang si mak dan si dara sebuk bergaya....
menayangkan baju raya...
kasut tumit tinggi merah menyala...
jalan melengguk dengan penuh gaya...

si teruna segak tampan di pagi raya...
berkunpul di sempang dengan rakan sebaya...
mencari tujuan kemana nak beraya..
rumah makwe tujuan utama...

datuk dan nenek di kampung sungguh ceria...
menantikan kepulangan anak tercinta..
ketupat dan rendang tersedia ada..
untuk hidangan di hari raya...

sebagai ingatan buat semua...
di hari raya kita bergembira...
tetapi jangan lah kita lupa...
berdoalah buat mereka di sana...
semoga bergembira di hari raya...






WASALAM..........SEKIAN... TERIMA... KASIH......

selamat hari raya buat semua...


yea yea esok hari raya....esok hari raya ..... 
 Berakhir nya ramadhan...datang nya syawal...berahir nya bulan puasa...
tibalah hari raya...hari yg dinanti-nanti oleh seluruh umat islam yg telah menjalani ibadat puasa,
untuk meraikan hari kemenangan mengawal nafsu....
dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ...
SELAMAT HARI RAYA ....
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
sekiranya ada kata-kata saya yang menyingung perasaan anda semua...
tangan dihulur untu memohon maaf...
semoga raya taun ini raya yg amat bermakna buat anda semua......



wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

kad ucapan hari raya buat semua


salam buat semua...
di waktu ini ,mungkin anda semua sedang sebuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya....
yer la kan tinggal beberapa hari lahi kita hendak menyambut hari raya puasa....
iaitu HARI RAYA AIDILFITRI....

bergitu cepatnyer Bulan RAMADHAN berakhir....30 hari rasa macam sekejap ajer....
setelah sekian lama mengawal /melawan kehendak nafsu dan sahwat....
x lama lagi kita akan merayakan hari kemenangan kita ,iaitu...setelah berakhirnyer bulan RAMADHAN dan tibanyer bulan SYAWAL...
banyak persiapan2 yang dibuat untuk menyambut hari raya AIDILFITRI.....
hari yang di nantikan oleh kita semua....

dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan......

SELAMAT HARI RAYA.....MAAF ZAHIR dan BATINiklas dari alizan75@setiasahabat

sudi2 lah clik gambau kat raya nie dan tampal kat blog anda...

sekian wasalam....

13 Perkara Yang Tidak Di Sukai Oleh Suami



salam buat semua,

Hidup berumah tangga yang aman dan romantik adalah idaman setiap pasangan yang telah berkeluarga dan bergitu jua bg pasangan yang baru menjejak ke alam kekeluargaan...
mesti banyak angan2 yang di pasang kan ....camtu lah....cam nie lah,semua nyer indah2 belaka......

Dalam kehidupan sehari-hari, sbnrnya byk perkara-perka yg isteri lakukan tidak begitu digemari oleh suami, kadang-kadang boleh menyebabkan suami bosan atau mendatangkan kemarahan padanya. Jadi, cuba pastikan yang anda tidak melakukan atau mengelak perkara-perkara di bawah untuk membina perkahwinan yang kukuh dan harmoni.



1. Memperkecilkan suami di hadapan org lain antara sedar dan tidak.
Cth : “Hubby I tu kan, siang ikan pun dia tak tau, dahla kadang-kadang cuci pinggan pun kekadang aje rajin, bla bla bla..”

2. Mengganggu suami dgn menelefon dia terlampau kerap sangat & kena pula pd setiap kali anda call, dia sdg bermesyuarat @ jumpa client penting.
Cth: “Hello, abg ada meeting ke tu? Sorry la, cuma nak cakap..mlm ni kita masak ikan sardine je, okey tak?”

3. Terlalu suka mengemas rumah @ mengalihkan brg sampai suami tak jumpa barang2 yang disimpannya.
Cth: isteri menjawab pertanyaan suami di mana screw driver yg selalu diletak atas almari dapur; “Yah dah simpan kat dlm setor tp lupa pula kat rak mana satu, abg carilah sendiri.”

4. Mengambil muka surat akhbar @ bahagian tertentu dan menyusun semula dgn cara yg amat salah. Bila suami hendak membacanya, tidak berjumpa mana-mana mukasurat yang hendak dibaca.
Cth : “ooo, sport section tu ayang dah buat bungkus sayurlah bang!”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah @ akhbar sampai berlubang sana-sini dan suami belum sempat baca.
Cth : “Eh…kita dah potong simpan berita pasal carnival jualan tu, takut tak ingat nanti.”

6. Menyuruh suami agar membeli itu & ini dlm perjalanan balik kerja sdgkan anda berdua baru aje pergi supermarket semalam.
Cth : “Eh bang, semalam kita terlupa nak beli gram, gula, susu budak…boleh singgah mana-mana tak?”

7. Tidak memberi pesanan yg jelas bila menyuruh dia ke kedai.
Cth : “Saya kata beli susu pekat bukannya susu cair. Kan dah tak jadi kuih saya ni.”

8. Membuat temujanji dan aktiviti social tanpa persetujuan suami terlebih dahulu.
Cth : “I dah confirm mlm Jumaat ni nak dinner kat rumah Cik Ruby, you takde program tahlil kat mana-mana kan?” (p/s : silap la beb..mlm Jumaat tu..)

9. Mengubah barang, tpt buku atau barang-barang computer peribadi tanpa memberitahu suami
Cth : “Screensaver abg tentang pambar 1500cc Harley tu I dah tertukar jadi gambar bunga rose, sorrylah bang!.”

10. Mengganggu suami yang sedang asyik menonton tv.
Cth : “Alah bang! Pasukan Manchester tu sampai mati tak akan dapat kalahkan Liverpool. Mari tolong saya potong ayam ni.” (p/s : ko hina pasukan bola kegemaran aku?)

11. Menceritakan hal rumahtangga pada org lain termasuklah cerita-cerita dalam kelambu walaupun dalam bentuk gurauan.
Cth: “Eeeii, korang tau tak suami aku tu kalau sblm tidur mesti bla bla bla..”

12. Meminjamkan harta benda suami pd org lain tanpa kebenaran atau meminta izin terlebih dahulu.

13. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur lewat tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Cth : “Abang tidurlah dulu, Yah nak habiskan tengok drama ni dulu.”

tambahan....

14.Melawan  apa bila di tegur oleh suami...


15.Pemalas....

16.Membeza-bezakan suami dengan orang lain.......


17.QUEEN CONTROL...






saya harap anda semua (isteri2 atau yang bakal akan menjadi isteri) tidak melakukan perkara di atas......yea sayangi lah suami anda dalam apa jua keadaan....kerana dia adalah pilihan anda dan dia sanggup menerima anda dalam apa jua keadaan sekali pun........


selamat berpuasa....selamat menyambut hari raya yang tinggal beberapa hari lagi akan tiba....


WASSALAM..........SEKIAN.......... TERIMA KASIH......

kongsi bersama....


video




sesuatu yang patut kita kongsi bersama..........
sila tonton....







SEKIAN TERIMA KASIH......