Bunuh pelajar: Remaja, bapa tiri ditahan bantu siasatan






20/12/2010 2:53pm

JOHOR BAHRU 20 Dis. – Polis menahan seorang remaja lelaki dan bapa tirinya semalam bagi membantu siasatan pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah dekat Batu Pahat pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, remaja berusia 14 tahun itu ditahan pada 6.15 petang semalam di Kampung Parit Singgahan, Seri Medan, Batu Pahat, manakala bapa tirinya, seorang buruh berumur 44 tahun, ditahan pada 8.45 malam semalam, di Kampung Tebing, Tongkang Pechah.

Kedua-dua mereka direman sehingga Isnin depan. Penahanan mereka menjadikan lima orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.

Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dijumpai mati tersembunyi di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit pada 5 petang Jumaat lepas dengan satu kesan tikaman di badan. – Bernama

sumber dari:utusan

....bunuh membunuh dah macam perkara biasa kat negara kita...
adakah negara kita akan menjadi macam negara luar....
dari awal tahun sampai akhir tahun,ada saja pembunuhan yang berlaku.....
huh apa lah nak jadi di zaman nie







wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

No comments: