selamat menyambut tahun baru 2012

Menghabiskan waktu di akhir taun 2011
untuk menyambut kedatangan taun
2012........moga2 taun 2012
mendatangkan keceriaan buat kita
semua............peristiwa ditaun 2011
menjadi kenangan dalam ingatan yang
kekal abadi.......

malas nyer nak bersekolah....

Nak bercuti dah bercuti.....
Nak berjalan dah berjalan.....
Nak balik kampung dah balik pun.......


Semuanyer sudah.....

Maka sudah lah sampai musim persekolahan .......

Minggu depan sekolah dah bukak....
Yg mana cikgu2 yg mengajar jauh tu dah mula pulang ke tempat mereka
mengajar....membuat persiapan di hari pembukaan nanti......

Rasa nyer mcm tidak puas kan bercuti......
Tapi apakan daya. Dah tangungjawab mendidik anak bangsa....
Jalankan dengan baik yer......
Kejayaan mereka adalah kejayaan cikgu2 juga ..........

Dan kepada yg pelajar2 pula....
Jadikan lah taun nie taun yang cermelang dalam pembelajaran ......

Dan bg sesiapa yg akan menjalani papariksaan yg penting.....
Mulakan sesi persekolahan ini dengan baik......jangan terlalu leka.....
Tumpukan lah dengan penuh perhatian , agar dapat keputusan yg cermelang ......
Amin..................

Akhir kata ....
SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN TAUN INI DENGAN BAIK.....MOGA2
MENDAPAT KEJAYAAN YG CERMELANG............

Sekian.......

biar papa asal nampak bergaya.....

:)


Biar papa asalkan nampak bergaya.......

atau

biar nampak papa tapi berharta......

yang mana lebih baik......





wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

awas....ada penungguuu.....

Awas....jaga jangan makan ikan ini....
Sebab ada penunggu.....
Kang kena makan....
Serammmmmm.......

siapa lah kita....

siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong? Orang
yang sombong adalah orang yang di
beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul
Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka
bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati
hatinya? Orang yang telah mati hatinya
adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak
ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala
otaknya? Orang yang dunggu kepala
otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka
bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya
dengan kelalaiannya itu dan sering
merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat? Orang yang
kuat adalah orang yang dapat
menahan kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan. Siapakah orang
yang lemah? Orang yang lemah adalah
orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun
ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil? Orang
yang bakhil lagi kedekut adalah orang
yang berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.
a. w.
Siapakah orang yang buta? Orang
yang buta adalah orang yang tidak
mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli? Orang yang
tuli adalah orang yang di beri nasihat
dan pengajaran yang baik namun tidak
diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk? Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis
senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis
airmata mutiara? Orang yang
menangis airmata mutiara adalah
orang-orang yang sedang bersendiri
lalu mengingat akan kebesaran Tuhan
dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya? Orang
yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak loba akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang
yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai? Orang
yang pandai adalah orang yang bersiap
siap untuk hari kematiannya kerana
dunia ini berusia pendek sedang
akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang b****? Orang
yang b**** adalah orang yang beriya-
iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya
diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam
hidupnya? Orang yang maju dalam
hidupnya adalah orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu
agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur
hidupnya? Orang yang mundur dalam
hidupnya adalah orang yang tidak
memperdulikan akan halal dan
haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu? Orang
yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana hanya dua syarat
saja yang memperbolehkan akan
seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia
haid dan kedua ketika ia tidak siuman
akalnya.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-
amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang
muda yang menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang
tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang
sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka

sekadar info:berjaga apa bila memilih makanan yg terhangat di pasaran.....



semakin banyak makanan cepat (fast food) di pasaran sekarang....
memang nampak sedap dan enak...
tetapi berhati2 dengan isi kandungan yang ada di dalammyer....
berhati2 dengan  code Exxxx.........dalam isi kandung makanan 






:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Berakhir sudah satu pertarungan...

Tahniah harimau muda...
Buat Garuda
cuba lagi di masa akan datang...

Pertarungan yg agak sengit..
Adat perlawanan ada yg menang dan ada yg kalah...

Selamat bcuti..selamat mendirikan rumah tangga..

Diam2 dah sampai musim cuti sekolah....
Dan sampai musim mendirikan rumah tangga...
Kepada adik2 sya ucapkan

selamat bercuti

dan kepada yg akan mendirikan rumah tangga
saya ucap kan selamat pengantin baru ..semoga bkekalan sehingga ke akhir hayat.....
Amin

Buah kuini....

Buah kuene...
Bau nye semerbak..
Kulit licin bekilat... .
Isinye kuning menyengat
Tp sayang....
Kekadan2 ....
Didalam nye ada ulat...
Huhuhu...

10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya....

Renungan pg jumaat

Nasihat KUBUR;
1). Aku adlh tmpt paling gelap maka terangilh aku dgn tahajud,
2). Aku adlh tmpt yg paling sempit maka luaskanlah aku dgn bersilatur ahmi,
3). Aku adlh tmpt yg paling sepi maka ramaikanla h aku dgn perbanyak baca Al-Quran,
4). Aku adlh tempatnya binatang2 yg menjijikan maka racunilah ia dgn Amal Sedekah,
5). Aku adlh tmpt Munkar&Nak ir bertanya, maka Persiapkan lah jwbanmu dgn Prbanyak mengucapka n Kalimat"LAILAHAIL LALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kpd sesama Muslim, smpaiknlh walau hanya pd 1 org. Kuatkan persaudara an umat muslim.

Virus

Salam,Kepada saudara2 ku yg dihormati .. Sekarang ni ada virus yang dah menjangkiti rangkaian Friendster , Tagged , MySpace , Facebook , dll . Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita .. Sekiranya berlaku , seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT .. Lepas kita "SIGN IN" balik , virus ini akan mula beroperasi da...n ia akan menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di Friendster , Tagged , MySpace , Facebook , dll ni melalui comment dengan menggunakan nama kita .. Secara langsung , ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri .. Pada kawan2 sekalian , sekiranya anda menerima gambar yang bukan-bukan (lucah) daripada ID saya , ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut .. Saya tidak akan melakukannya sebab saya menghormati kawan2 saya . HARAP MAKLUM .. SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA ! Copy and send to other people yang taktahu.

Apa salah ku.apa dosa ku..

Oh ibu oh ayah..
Apakah kesalahan ku..
Apakah dosa ku ...
Sampai aku diperlakukan bergini....

Oh ayah oh ibu...
Kenapa kau sungguh kejam....
Kau sanggup berbuat bergini terhadap ku....

Oh ibu oh ayah...
Aku tidak mahu jadi bergini..
Tetapi..
Kerana ayah dan ibu..
Aku dilahirkan ke dunia.....
Aku mahu lahir sebagai anak yg taat kepada ibu dan ayah....
Tetapi...
Diri ku jadi bergini.....
Apakah salah dan dosa ku ...
wahai ayah wahai ibu..

Kalo kucing mengaun..

Mcm mana yea kalo kucing mengaum...
Harimau lak mengiau....
Apa akan terjadi....

♥♥♥ 10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG ♥♥♥

jika kita suka kat seseorg..segala fikiran kita tertumpu kepada dia....walaupun apa yg berlaku..kadangkala kita x perasan...

10 : rasa malu bila bercakap dgn dia

9 : anda prasan anda trsenyum bila brcakap dngannya

8 : kalau terlihat dia, x nmpk orang laen

6 : sentiasa teringat dia

5 : happy bila bercakap dengannya

4 : akn cuba sedaya upaya utk berhubung dengannya

3 : apabila terbaca post ini, anda teringatka n dia

2 : sedang asyik memikirkan nya sampai tak perasan num tujuh x ada dlm senarai

1 : anda tersenyum lepas check memang x ada..
:P
~hehehehe. .
:D

Termenung sejenak

Duduk diam di sangka mati..
Hilang nyawa bercerai badan..
Sudah jauh tertinggal apa yg dihajati..
Perkara yg lepas jadikan pedoman...

Mati puyuh di sambar helang..
Mati puyu disambar haruan..
Jgn difikir barang yang hilang..
Buat hidup jadi tidak karuan...

Bju melayu kain kuning
sungguh indah jika bersamping
Perkara yg lalu jangan di kenang..
Majukan hidup jangan pandang belakang....

Sekeping gambar sebuah puisi..

Sekeping gambar

sebuah puisi

sekuntum mawar

sebentuk hati

menjadi penawar

mengubat hati

bisa menjadi tawar

duka menjadi ceria kembali..
.............

Yakjut & Makjuj akan muncul tidak lama lagi....

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.

"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.

"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Cara potong kuku ..

Ini ada lah cara susunan semasa memotong kuku..
Sunat jika di lakukan di hari Jumaat..

Sejarah bulan ZULKEADAH

BULAN ZULKAEDAH


kita sebagai umat islam , kita mesti kena tahu maklumat-maklumat setiap bulan islam sama ada sejarah , peristiwa dan kelebihannya , supaya kita mendapat merebut peluang yang ada dalam bulan tersebut , kalau para sahabar ada sebarang cadangan dalam bab ini , boleh kemukakan dalam comment di bawah ini , dialu-alukan

PENGENALAN

Zu ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat.

Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang.

Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ).

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya.

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini.

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.

Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

PERISTIWA PENTING

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah.

Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah.

Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al-hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan untuk bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy".

Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan".

Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida'

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

Doa sebelom tidur..

• Sebelum Tidur Membaca Doa :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Mancung nye hidung dia......

"Huh..mancung la hidung dia...macam org arab laa....kalo lah hidung aku mcm tu...mesti ramai yg minat...."

Aduh!! Selepas ini hati-hati bila seseorang asyik memerhatikan hidung anda kerana mungkin dia sedang menafsirkan keperibadian anda melalui bentuk hidung!

Hidung agak besar
-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak pemalas.

Hidung agak besar dan bulat
-mencerminkan dia seseorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung agak besar bagian bawah
-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik2 sahaja.

Hidung agak besar tapi mancung
-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung agak besar tapi penyek
-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung agak kecil
-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.

Hidung agak sederhana
-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung agak mancung agak runcing
-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.

Hidung dengan lubang hidung agak lebar
-mencerminkan dia seorang yang suka menginginkan milik orang lain.

Hidung dengan lubang hidung agak kecil
-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda...

Bibir oh bibir..

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Senja nan merah

tirai senja sudah berlabuh,
terbenam sinar mentari berganti cahaya bulan,
usah dikenang perkara yang sudah ,
lupa perkara yg lalu ,hidup perlu di teruskan..

Sungguh cantik cahaya rambulan,
indah malam jika bintang bersama,
redha lah apa yg telah ditakdirkan..
Itu lah kententuan dan ujian dari NYA...

Dari dulu .x dpt jawapan nye..











Hmm..dah lama berpikir..sampai benak kepala nie..tapi sampai sekarang x dapat2 lagi apa jawapan nye....
Nampak macam senang aje.
Soalan nye macam nie..
Antara ayam dan telur ..
Siapa yg keluar dulu...
Apa jawapan nye..
Sila bg jawapan..dh benak sya memikir kan nye..

dah berwajah baru.......

:)

sudah berwajah baru......
macam mana ok x...huhuhuhu....






wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Sombong bukan berlagak...




gambar hiasan

Manja bukan mengada- ngada
tegas bukan queen kontrol
diam bukan sombong
ramah bukan nak korek rahsia
baik bukan baik ada makna...
Sombong bukan berlagak...  

wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Kuih raya..

Raya dah dekat penghujung...
Tp kuih raya tak abis - abis lagi...
Tolong abiskan kuih2 nie...hehehe

Hina kerana darjat..

Hina besi kerana karatnye
hina manusia kerana darjatnye

sudah menjadi lumrah...
Membeza-bezakan diantara satu sama lain......

Mari berpantun

Kuala penyu airnya biru,
mari mengail di tepian pantai,
sudah lama hamba menunggu,
mengapa tidak sampai-sampai..

Tolong jawab

Ikhlas bukan bersebab...

(Gambar hiasan)

jikalau buat sesuatu biarlah dengan keikhlasan....
Jangan dengan sebab kesian atau ada sebab yang lain...
Agar tidak menyesal di kemudian hari....

Berakhir sudah bulan ramadan..
Kini tiba lah bulan syawal...
Hari yg di nantikan oleh suluruh umat islam...
Untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Mengawal nafsu dari apa jua keadaan....
Alhamdulillah ..kerana kita dipertemu kan bulan syawal bagi tahun ini...bagi merayakannya setelah sebulan berpuasa...
Mengawal kehendak nafsu yang meronta2..
Dan akhirnya kita berjaya melawannya...

Dan kini tiba masanya kita merayakan kemenangan kita ....

Dan di kesempatan ini ..
Saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
sekira ada salah n silap terkasar bahasa ...
saya mohon maaf
semoga aidilfitri nie meninggalkan kenangan manis buat anda semua.,
Frm my nokia phone

Sempat atau tidak...


Tinggal berapa hari lagi nie..
Aku tengah menghitung hari..
Setiap saat yg bergerak...aku rasa lambat aje...
Mcm mana kah aku akn menghadapinya ...
Adakah macam tahun lepas...
Tetapi ada kah aku dpt bertemu dgn nye bg taun nie...

Hati ku x seghairah untuk menyambut kehadiran nya bg tahun nie.....
Aku x tau kenapa.....

Adakah hari raya taun nie adalah hari raya yg bermakna bg ku atau disebalik nye....

Hahaha..sedih lak bunyi nye.,
raya taun lepas aku kerja..
Raya taun nie dpt cuti lak...
So dpt lah beraya sakan nampak nye.....

Raya ... Raya gak...
Zakat dh bayo lm..
Sya dah bayo..
Tp bju raya je yg sya lm g beli...
Hehehe...
Frm my nokia phone

Psoriasis ....sakit kulit yang payah nak baik......



 Psoriasis adalah keadaan kulit yang biasa yang menyebabkan kemerahan dan kerengsaan kulit. Kebanyakan orang yang menghidapi psoriasis mempunyai tebal, kulit merah dengan tidak stabil, patch perak putih yang dikenali sebagai skala.


lihat juga
Guttate psoriasis adalah keadaan kulit di mana bintik berbentuk titisan air matayang kecil, merah dan bersisik muncul di tangan, kaki, dan tengah-tengahbadan. Guttate bermaksud "drop" dalam bahasa Latin

Punca, kejadian, dan faktor-faktor risiko

Guttate psoriasis adalah satu bentuk yang agak luar biasa psoriasisIabiasanya dilihat pada pesakit yang lebih muda daripada 30Keadaan inisering berkembang dengan tiba-tibabiasanya selepas tekak jangkitanyangpaling terutamanya strepPsoriasis Guttate tidak berjangkityang bermakna iatidak boleh merebak kepada orang lain.

Psoriasis seolah-olah akan diturunkan melalui keluargaDoktor rasa iamungkin berlaku apabila kesilapan sistem imun badan sel yang sihat untukbahan-bahan berbahayaLihatsambutan Radang

Di samping itu untuk strep tekakberikut boleh mencetuskan seranganpsoriasis guttate:

  • Bakteria atau jangkitan virustermasuk jangkitan pernafasan atas

  • Kecederaan kepada kulit, termasuk luka, terbakar dan gigitan serangga

  • Sesetengah ubat, termasuk yang digunakan untuk merawat malaria dansyarat-syarat jantung tertentu

  • tekanan

  • terbakar sinar matahari

  • Terlalu banyak alkohol

Secara umumpsoriasis boleh teruk dalam orang-orang yang mempunyaisistem imun yang lemahIni mungkin termasuk orang yang telah:

  • AIDS

  • Gangguan autoimun, termasuk rheumatoid arthritis

  • Kemoterapi untuk kanser

 gejala-gejala

Tanda-tanda termasuk rasa gatal dan bintik pada kulityang merah jambu-merah dan kelihatan seperti teardropsBintik-bintik boleh ditutup denganperak, kulit tidak stabil yang dikenali sebagai skala.

Tempat-tempat biasanya berlaku di bahagian tangan, kaki, dan pertengahanbadan (batang), tetapi boleh muncul di kawasan-kawasan badan yang lain.

Tanda dan ujian

Doktor anda akan kelihatan pada kulit andaDiagnosa biasanya dibuat berdasarkan apa yang kelihatan seperti oleh tempat.

Biasanyaorang yang jenis ini psoriasis baru-baru ini telah mengalami sakit tekak atau jangkitan pernafasan atas.

Ujian untuk mengesahkan diagnosis termasuk:

kulit biopsi

budaya tekak/Throat culture



Rawatan

Matlamat rawatan adalah untuk mengawal simptom dan mencegah jangkitansekunder.

Jika anda mempunyai jangkitan semasa atau baru-baru inidoktor anda mungkin memberi anda antibiotik.

Kes-kes ringan psoriasis guttate biasanya dirawat di rumahDoktor andaboleh mengesyorkan mana-mana yang berikut:

  • Krim kortison (anti-gatal dan anti-radang)

  • Syampu kelemumur (over-the-counter atau preskripsi)

  • Losyen yang mengandungi tar arang batu

  • pelembap

  • Preskripsi ubat yang mengandungi vitamin D atau vitamin A (retinoids)


Orang yang dengan guttate psoriasis yang sangat teruk boleh menerima ubatuntuk menyekat tindak balas imun badan. Ubat ini termasuk kortikosteroid,cyclosporine, dan methotrexate.
Cahaya matahari boleh membantu simptom anda pergi. Berhati-hati tidakmendapat selaran matahari. Sesetengah orang boleh memilih untuk mempunyaifototerapi. Fototerapi adalah satu prosedur perubatan di mana kulit andadengan berhati-hati terdedah kepada cahaya ultraungu. Fototerapi boleh diberikan secara bersendirian atau selepas anda mengambil dadah yangmenjadikan kulit sensitif kepada cahaya


Harapan (prognosis)
Psoriasis Guttate mungkin akan hilang rawatan yang berikut. Kadang-kadang,walau bagaimanapun, ia mungkin menjadi keadaan yang kronik (seumur hidup),atau memburukkan psoriasis lebih plak jenis biasa..


komplikasi

  • sakit

  • Kulit jangkitan Menengah

  • rasa gatal yang teruk












sumber dari

























wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Bendera MALAYSIA

Soalan:

1.Siapakah yg mencipta bendera MALAYSIA.

2.Tahun berapakah bendera MALAYSIA dicipta.

3.Tahun berapakah bendera MALAYSIA mula - mula dikibarkan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..

Frm my nokia phone

Taman cempaka kena serang..

Lg 1 minggu lagi nk raya...jom kita g BAZAR TAMAN CEMPAKA
beli baju raya..
Macam2 ada....

Mood nak raya...
Zakat dh bayar lom....
Send by my nokia phone

iPhone 5 dijadual dilancarkan pada awal Oktober


 Dengar cerita  iPhone 5 dijadual dilancarkan pada awal Oktober.
 Apple dijangkamengumumkan 5 iPhone di akhir bulan September peristiwa denganmelepaskan satu set untuk awal bulan Oktober.





  • Thinner! With shiny glass back piece-9.3 mm thick
  • Video chat on 3G, 4G (no longer restricted to WiFi)
  • Face Time over 3G and 4G
  • Custom SMS tones
  • Custom Email alerts with ability to assign with different email address
  • Sleek design
  • OLED screen
  • Scratch proof and shatter proof screen
  • Wireless sync with iTunes
  • 32G and 64G memory
  • NFC Technology – The new iPhone 5 supports NFC technology the one which is used in Google's Flagship Android phone, the Nexus S. With NFC technology, iPhone 5 will have extremely high data transfer rate between two devices.
  • Facial Recognition – The iPhone will be able to identify  its owner through facial recognition. The phone can be unlocked and begin to function after recognizing its owner. We've seen similar technology in laptops when logging on to windows via face recognition. It no doubt come in handy for other apps.
  • Advanced Antenna – The problems with the iPhone 4 is completely worked out on the iPhone 5.
  • iPhone 5 Camera – The new iPhone 5 will have an megapixel camera and can record full HD video (720p we expect)with a capped recording time of 25 to 30 seconds. The camera is equipped with a Omnivision OV8820 sensor.
  • Battery Backup – iPhone 5 comes with an awesome battery that exceeds the life of the 3G by 14 hours – 7 hours over 4G which makes it perfect for heavy use.
  •  iPhone 5 Screen Size - 3.7-4.0 inches (scratch and shatter proof) Apple will be removing more of the nonsensitive borders on either side of the screen, reducing the size of the home button and possibly increase the size of the phone itself.
  • iPhone 5 Processor – 1.2GHz Dual Core
  • iPhone 5 provides you with a variety of email alerts and notification. You can now assign alerts for different emails as well.
  • Multiple Versions – It is expected that Apple will be releasing 3 versions of the iPhone 5, one is the regular iPhone that includes all of the specifications listed here, the second will have a sliding qwerty physical keyboard, and the last will be an iPhone 5 mini which will a smaller screen, fewer features and a lower price point.

Harga untuk iPhone, 2, 3, 3GS & 4 di Malaysia sentiasa bermula dengan  RM2,+++. Khabar angin berkata bawah iphone 5 akan sedikit lebih murah daripada ipnone 4. Jadi, iPhone 5 harga di Malaysia jatuh pada RM2, + + + .......
Sesetengah penganalisis mengatakan bahawa iPhone 5 sampai di Malaysia  selewat-lewatnya Disember 2011....


huh.........siapa yang berminat......


:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......