siapa lah kita....

siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong? Orang
yang sombong adalah orang yang di
beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul
Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka
bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati
hatinya? Orang yang telah mati hatinya
adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak
ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala
otaknya? Orang yang dunggu kepala
otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka
bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya
dengan kelalaiannya itu dan sering
merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat? Orang yang
kuat adalah orang yang dapat
menahan kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan. Siapakah orang
yang lemah? Orang yang lemah adalah
orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun
ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil? Orang
yang bakhil lagi kedekut adalah orang
yang berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.
a. w.
Siapakah orang yang buta? Orang
yang buta adalah orang yang tidak
mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli? Orang yang
tuli adalah orang yang di beri nasihat
dan pengajaran yang baik namun tidak
diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk? Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis
senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis
airmata mutiara? Orang yang
menangis airmata mutiara adalah
orang-orang yang sedang bersendiri
lalu mengingat akan kebesaran Tuhan
dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya? Orang
yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak loba akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang
yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai? Orang
yang pandai adalah orang yang bersiap
siap untuk hari kematiannya kerana
dunia ini berusia pendek sedang
akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang b****? Orang
yang b**** adalah orang yang beriya-
iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya
diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam
hidupnya? Orang yang maju dalam
hidupnya adalah orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu
agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur
hidupnya? Orang yang mundur dalam
hidupnya adalah orang yang tidak
memperdulikan akan halal dan
haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu? Orang
yang gila itu adalah orang yang tidak
sembahyang kerana hanya dua syarat
saja yang memperbolehkan akan
seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia
haid dan kedua ketika ia tidak siuman
akalnya.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-
amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang
muda yang menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang
tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang
sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka

No comments: