Pesta Sungai Melaka 2012 (1 jun -30 jun)


MELAKA 31 Mei - Selepas membuat persiapan hampir tiga bulan, Pesta Sungai Melaka 2012 Edisi Keenam anjuran Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan membuka tirainya esok hingga 30 Jun ini. Pesta yang berlangsung selama sebulan di beberapa lokasi seperti Dataran Sungai Melaka, Taman Rempah, Dataran Pengkalan Rama dan Dataran 1Malaysia, Klebang bakal menyajikan lebih daripada 80 acara menarik....... 

 datanglah beramai-ramai ke pesta sungai melaka....
bagi memenuhi aktiviti di musim cuti persekolahan ini.... 

pelbagai acara yang diatur berlangsung pada hari biasa dan lebih menarik sewaktu cuti hujung minggu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.


 majlis perasmian pesta itu berlangsung di Dataran Pengkalan Rama dan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada 8 Jun ini.


majlis perasmian akan dimeriahkan dengan kehadiran empat artis terkenal tanah air iaitu penyanyi veteran, Francesca Peter, Ana Rafali, Zarina AF dan Erry dari kumpulan Putra.


Antara acara menarik bakal menjadi tumpuan sepanjang sebulan pesta itu berlangsung seperti Melaka Idol, Bintang Pop Yeh Yeh, perarakan beca berhias, bot berhias, Melaka Parade, pertandingan memancing, Forum Perdana, Bintang Asli dan sebagainya.





sumber dari:utusan
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

No comments: