Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré

kaki...... fungsi- untuk berjalan, berlari menendang dan menyepak....
 itu yang biasa kita ketahui fungsi kaki...

 Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki. Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh? 

 Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya. "Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan." 



"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker. Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar. 



Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini. 

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama. 


Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. 


 Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda. 


 Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman. 


Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatanberkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong. 

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan. 


 Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
 


Melancarkan pengaliran darah 


Meningkatkan daya tahan individu

Mengurangkan risiko tulang reput

Melancarkan pergerakan

Menguatkan otot kaki

Menguatkan tulang dan pinggul

Mengurangkan risiko sakit sendi

Mengurangkan kencing tidak lawas

Mengurangkan rasa letih

Mengelak risiko sembelit

Mengurangkan masalah usus

Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan....



hmmmm....itu lah pentingnya telapak kaki....








 
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

No comments: