klik ....2...

SELAMAT DATANG...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN....
 online

Suami....yang gagah...

Suami yang kita nampak secara zahirnya seorang LELAKI DEWASA yang gagah bukanlah seorang yang 'kuat' dalamannya.

Suami itu sebenarnya lembut hatinya walaupun nampak tak berkira apa, tak memandang soal keremehan sesuatu hal yang kecil baginya, dia juga ada 'rasa' yang kita terlepas pandang.

Seorang suami itu ada kalanya mahu bermanja. Jangan berkira untuk membahagiakan suami. Dia bukan mengada-ngada tapi itulah dia salah satu sifat seorang SUAMI :)

SUAMI SAKIT --
part ini isteri selalu biarkan saja si suami uruskan dirinya sendiri. Suami sakit apa yang perlu kita buat? Walaupun zahirnya nampak seorang suami itu adalah seorang LELAKI DEWASA tapi luangkanlah masa untuk menjaganya seperti mana kita menjaga anak-anak kita. Jangan prejudis :)

Antara sebab SUAMI sayang isteri bila isteri pandai menjaga suaminya, pandai menjaga aib suaminya, pandai mengawal emosinya, bijak menguruskan makan, minum, pakai suaminya. Kawal emosi, kawal ego dengan segala kelemahan suami. Suami mana yang tak punya keburukkan? Suami mana yang perfect? Semua itu bohong. Suami bukan malaikat. Ada kalanyanya kita kena belajar banyak benda yang bertentangan dengan sifat kita. Sabar, tolak ansur, jangan berkira dengan suami walaupun suami banyak 'malapetakanya' tapi jangan berkira.

Banyakkan sabar. Jangan berkira. Jangan harapkan balasan yang baik dengan setiap pengorbanan kita. Jangan berharap pada manusia, jangan bergantung harap pada suami mahupun makhluk Allah tapi bergantung haraplah hanya pada Allah SWT :)

Jangan lupa --
Allah jadikan seorang suami itu juga sebagai ujian buat isteri. Terima segala keburukkan dan kelemahannya. Layan suami dengan baik selagi mampu andai masih ada ruang untuk kita perbaiki hubungan kita sebagai suami isteri. Andai betul² kita tak mampu, lepaskanlah dengan cara yang baik.

Redha seorang suami itulah syurga buat sang isteri.

(Sha Ramson Abdullah)

Post a Comment