dah lama x baca cerita nie........




UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH




Arkian selang beberapa hari penyamun pun baliklah tanpa memperolehi barang suatu pun dan dilihat rumahnya habis terbakar menjadi abu maka bertambah dukacitalah ia. Hatinya berkata hajat hendak mencari harta, barang yang tinggal pun habis terbakar menjadi abu, ditampar2 kepalanya, dihempas dirinya kebumi dan rebah pengsanlah ia sampai esok pagi. Adapun Umar Umaiyah serta anak2 muridnya setiap pagi seperti kebiasaan berjalan melihat2 kesana kemari. Pagi itu ia pura2 dibawa anak2 muridnya berjalan kedusun rumah penyamun itu, maka terpandanglah rumah yang terbakar itu. Tanya Umar “rumah siapakah yang terbakar itu?” jawab anak2 muridnya “Itu rumah penghulu penyamun”, kata Umar lagi “sungguhkah?” Jawab anak muridnya “ benar ya sheikh”

Kemudian Umar Umaiyah pun masuk kedalam dusun itu dilihat seorang tua meriba penyamun itu dekat dengan rumah itu. Umar bertanya kenapa boleh menjadi begini dan orang tua itu memberitahu orang itu pengsan tidak sedar diri kerana susah hati rumahnya hangus terbakar. Kemudian Umar Umaiyah meminta air dari anak2 muridnya lalu diberi mereka. Umar Umaiyah pun pura2 menjampi dan menghembus air itu kemudian dipercikan kemuka ketua penyamun itu. Bila terkena air dirasai sejuk dan jagalah ia dari pengsan lalu dijawatnya kadam Umar Umaiyah dan berkata “ Apalah gerangan terjadi demikian, harta benda, rumahtangga habis binasa” Kata Umar Umaiyah “sabar dulu, jangan berdukacita nanti melarat menjadi sakit pula, katalah pada hatimu, harta dunia tinggal dala dunia ini, jika ada hayat boleh dicari lain, adalah laki2 itu sifat bekalnya sebelum mati ialah dapat melakukan barang kehendaknya, ingatlah titis nasibmu jangan beri malu datuk nenekmu, segeralah bangun, urutlah misaimu, tampar lenganmu, serukan namamu itu supaya dipuji orang engkau ini anak laki2”.

Apabila penyamun itu mendengar kata Umar Umaiyah terasa segarlah anggotanya dan bangunlah ia dan dilakukan seperti ajaran Umar Umaiyah. Daripada hari itu lemahlah hatinya hendak menyamun, duduklah ia sebagai orang yang baik.

Syahdan Umar Umaiyah pun duduklah dirumah perempuan tua itu mengajar, didapati tiada beroleh faedah. Dia pun berkata kepada murid2nya itu “kamu sekelian tiada berapa boleh menerima ilmu quraisy, kerana kamu sekelian pemalas, esok aku akan belikan anak syaitan suruh ajar kamu. Bila diajarnya segeralah kamu peroleh ilmu itu”. Tanya murid2 itu “ dimana ada anak syaitan?” jawab Umar Umaiyah “ Ada dihujung dusun, esok aku akan bawa ia kemari”. Setelah itu disuruh murid2 itu pulang kerumah masing2 Maka ia pun menyediakan sebatang rotan halus, disapukan cat berwarna hitam putih berbelang2 disarungkan kedalam kain merah dan digantung pada penjuru balainya.

Keesokan paginya datanglah anak2 murid duduk mengaji. Kemudian Umar Umaiyah pun duduklah ditengah murid2 itu sambil berkata “ Kelmarin sudah aku belikan anak syaitan jika kamu hendak melihat bolehlah aku tunjukan”. Murid2 pun meminta supaya ditunjukan anak syaitan itu. Umar Umaiyah pun mengambil rotan itu dikeluarkan pada sarung dipegang nya sambil berkata “ Adapun anak syaitan ini sangatlah jahat hatinya, siapa yang culas mengaji akan dipalu hingga berdarah. Sesiapa yang beri ia makan dan menjamunya tiadalah dipalukan nya” Maka murid2 itu pun bertanya “apa penjamu nya sheikh?” Jawab Umar Umaiyah “Setiap jumaat satu dinar” Murid2 bertanya lagi “kalau tidak diperjamukan dia apa yang boleh dilakukannya?” Dijawab Umar Umaiyah “marahnya akan turun pada tangan aku disuruh aku pegang akan dia dan bawa pada siapa2 yang malas mengaji”. Maka kata seorang murid itu “ ya sheikh, cubalah lakukan seperti yang sheikh katakan itu.

Maka Umar Umaiyah pun membakar kemenyan dilayurkan pada rotan itu, dipegang rotan itu sambil digetar2kan tangannya dibawa jalan dekat dengan anak penghulu dusun itu itu dipalunya belikat anak penghulu dusun itu 3 kali berturut2 maka menjeritlah budak2 yang lain. “sudahlah, kami jamu akan dia”. Maka Umar Umaiyah pun merebahkan dirinya kelantai macam orang mati. Terkejutlah budak2 itu dan percayalah perbuatan guru mereka itu dan berkata sesama sendiri “ Jika begini kita perjamulah anak syaitan ini setiap jumaat seorang sedinar.” Semasa murid2 itu berkata terdengarlah pada Umar Umaiyah, maka sukacitalah hatinya dan ia pura2 mengangguk sambil bangun perlahan-lahan duduk menyapu peluh mukanya. Kemudian dengan suara tertahan-tahan dia bertanya “mana perginya anak syaitan itu?”. Jawab murid2 itu “ada pada tangan tuk syeikh”. Kata Umar Umaiyah “semoga ia tidak lari kalau tidak susahlah hendak mencarinya”. Semenjak hari itu pada setiap jumaat murid2 itu memberi seorang sedinar pada Umar Umaiyah. Demikianlah halnya telah berapa banyak dinar telah dihimpunkan tetapi budak2 itu tiada beroleh mengaji melainkan duduk dan bemain2 sahaja setiap hari.

Demikianlah Umar Umaiyah menjadi guru. Diajarnya budak2 itu segala perbuatan yang jahat2 hingga ada setengahnya menjadi pencuri ada yang jadi afrit ada yang menjadi pengecoh, bohong, dusta. Melihat yang demikian Umar Umaiyah pun marah dan bersiap2 hendak berangkat keluar dari dusun itu.

Satu hari ia berkata kepada murid2nya “carikan aku seekor unta kerana aku hendak pergi kedusun sana melihat temasya”. Kata anak penghulu dusun “Ya sheikh, bapaku ada menaruh banyak unta, boleh ku ambil seekor bawa kemari”. Maka budak itu pun pergilah mengambil unta bapanya diberikan pada Umar Umaiyah. Adapun unta itu unta kenaikan bapanya. Maka ditambatnya unta itu pada sisi rumahnya. Setelah malam hari Umar Umaiyah memuatkan harta bendanya dan harta penyamun yang ditanamnya dikorek diambilnya dimuatkan keatas unta itu. Tanpa pengetahuan sesiapa dia pun memacu unta itu keluar dari dusun itu lalu menuju jalan kenegeri Yaman.

Adalah tiga hari lamanya setelah keluar dari dusun itu barulah diketahui oleh isi dusun itu Mualim Damri sudah pindah. Penghulu dusun pun gemparlah kerana unta kesayangannya sudah hilang. Maka ditanya kepada anaknya dan jawab anaknya “ya bapaku, guruku telah meminjam unta itu dariku katanya nak bermain2 didusun sebelah sana” Setelah mendengar demikian penghulu pun marahlah kepada anaknya. Kemudian disuruh seorang pegawai pergi mencari unta itu didusun sebelah sana. Pergilah pegawai itu mencari, tiada berjumpa, baliklah ia berkhabar kepada tuannya telah puas dicari tiada juga berjumpa dengan unta itu. Maka dukacitalah penghulu dusun itu mengenangkan unta kesayangannya. Demikianlah halnya Umar Umaiyah memperdayakan isi dusun itu.

p/s: dah lama mencarik buku nie......


wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Hari yang membosankan......

Hari2 yang dilalui bagailan kosong,
tiada yang menarik,
bagai malam tiada bintang...

mengapakah ia berlaku.....
itu lah yg bermain difikiran ku.....

Malaysia vs Pakistan
2 : 0

Senandung pagi

Mendung pagi berarak lalu
mentari menyinari menerangi bumi
kicauan burung meindahkan suasana
sungguh damai dan tenang suasana

mekar bunga dengan kehangatan pagi
mekarnya cinta dengan kehangatan asmara..........

sembang pagi2....3 orang sahabat




safayafa mafahufu mafakafan nafasifi lefemafak.........mifinufum afafair kofopifi.........hahahaahaaaa


S:Kefepafalafa hofotakfa kafaufu befejamfambulful..


J: pepagi dah mereng


T: hahahaaa.......hufutafak kafaufu.......hahahaaa


S: Nakfak mafakanfan punfun nakfak cafakapfap denfenganfan oforangfang..


J: sian...dua2 dah giler


S:Hufuhufuhufu....


T:hifihifihifihifi.......


S:Afakufu chowfau dufulufu...
   Pefegifi kefejefe dufulufu..


 T :ofokefey


S:Wakakakakakakakaka....


J :koghang berdua pagi2 dah berjaya memeningkan kepla otak aku huhuhuhu


 T:dah pening ...tido lah........kang nak masuk kol 7 lak.....


S:Wafasafalamfam..


J:aikk???? dah okey dah.........alhamdulillah...ingat tadi dah gile...wahhahaha


T :pefegifi tifidofo lafahfa pojie.....


J:aikhhh jadi giler balik


hahaahaaa....3 sahabat berborak....seorang pening sebab x paham.....
heheheheee

wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Buah salak

Pernah kah anda tenguk buah salak?
Mungkin ada di antara anda pernah melihat nyer.....
Atau pun x pernah melihat nyer...
Atau pun x tau apa tu buah salak....
Di masa sekarang nie memang sukar untuk kita menjumapi pokok salak...lebih2 lagi kalo ddk lat bandau.....

Nie lah buah salak n pokok nyer.......

Indah

Alangkah indahnyer

Dah nak balik dah

Huh cuti satu minggu rasanyer macam lama..7 hari tu
kalo di kirakan dalam jam atau saat memang lah lama kan...jenuh kalo
nak di kira 1 per 1...

Tapi ....
Sok dah nak balik dan mula bkerja pulak...
Bergitu cepat masa berlalu.....
Rasa mcm baru semalam balik kg,...

Hajat nak bercuti lama memang sudah tercapai
untuk menenangkan fikiran dan melapang kan minda dengan bermain air banjir...
Memang dapat meredah banjir ..
Tetapi buat seketika aje...sebab banjir dah mula surut...
Misi untuk bermain air banjir pun terpaksa di tukar ...
Iaitu
mengemas rumah setelah banjir....

Huh
memang meletihkan lah...
Menyusun semula barang2 ....
Membasuh lantai rumah...
Dan bermacam2 lagi lah ...
Tugasan mengangkut ,memunggah menyusun n mengemas...
Memang mengunakan kuderat yang banyak...
Kalo x ...x tau lah nk dikatakan,
mungkin demam lak 1 minggu pulak...hahahaha

cuti seminggu dah sampai ke penghujung...
Apa yang di hajati sudah tercapai..
Esok dah mula kerja.. Harap dapat bekerja dengan hati dan fikiran yang
lapang....

Selapang langit di angkasa
yang dihiasi kilaun bintang-bintang...dan kilauan rambulan....

--
Sent from my mobile device

Berita terkini

Banjir dah surut...
Yg mana ditempatkan pemindahan banjir dah boleh balik...

Penat memunggah barang lom abis g...
nak mengemas lak ...

Apa2 hal .selamat pulang ke rumah masing2..dan selamat bkemas yea..,..

--
Sent from my mobile device

balik kampung....ho ho ho ho....










Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata


Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


sok nak balik kampung.....
cuti tenangkan fikiran dengan maen air banjir......
heheheehehehee

wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

mawar merah... di bulan Februari.......













khas ditujukan buat sesiapa yang di lahirkan di bulan Februari...
adakah di kalangan anda di lahirkan di bulan Februari...????
mesti adakan.....

hahaha.....
x kiralah berapa haribulan nyer anda di lahirkan (dari 1 hb sehingga ker 28hb atau 29 hb(tahun lompat) saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANDA SEMUA.....
dan semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki....amin.....



Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir..

4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang

BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

PERANG

Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

p/s:.yg pirasat nie sebagai hiburan....jangan lah di percaya bulat2 ,jika betul ia hanyalah kebetulan sahaja...apa2 pun SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANDA SEMUA.....

wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

berita terkini.....di kampung saya....johor....banjir



jalan sudah di tengelami air...paras peha saya


laman rumah di penuhi air...


parit dan jambatan tidak kelihatan lagi,tiang buluh sebagai tanda....


dalam paras pehe setakat ini....


semua tellah terendam air...


bilik air di penuhi air....


pokok bungga tinggal pucuk ajer...


kucing 2 saya kelaparan ....almaklom lah ...sejuk...


ini pd waktu malam....


berita terkini ,air semakin naik.....tetapi perlahan2......
tetapi cuaca mula panas....
mudah2an berpanjangan agar banjir cepat surut....





wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......