19 killed in firecracker explosion in China



Beijing, China (CNN)February 27, 2010 2:00 a.m. EST -- A celebration of China's lunar new year turned deadly as a firecracker explosion killed 19 and wounded dozens, state media reported Saturday.
The incident occurred in southern China's Guangdong Province on Friday night, Xinhua news agency reported. A family was setting off firecrackers in front of their home when a flame lit several firecrackers that were on the ground, the agency reported.
This caused a huge explosion, a witness told the agency.
Bodies of 13 people were discovered at the scene Friday night and six others died at a hospital.
About 50 people were also injured in the blast, Xinhua reported.
Firecrackers are a big part of the celebration of the lunar new year. The holiday ends Sunday.

sumber:CNN



Tsunami advisory canceled after 7.0 earthquake off Okinawa






(CNN) -- A tsunami advisory announced shortly after a 7.0-magnitude earthquake struck Japan's Ryukyu Islands early Saturday has been canceled, Japan's Meteorological Agency reported.
There was no tsunami damage "though there may be slight sea level changes from now on," it said, referring to the areas affected by the advisory -- the Okinawa Islands, the Amami Islands and the Tokara Islands.
The quake was centered 10 kilometers (6.2 miles) deep and struck at 5:31 a.m. (3:31 p.m. ET Friday) about 85 kilometers (53 miles) from Okinawa.
The quake was felt on Okinawa, with shaking that lasted about 15 seconds, said Lt. Col. Daniel King of the U.S. Pacific Command. He told CNN that commanders in Japan and Hawaii were trying to get damage and casualty reports from U.S. military stations on Okinawa, but had heard nothing in the immediate aftermath.
About 20,000 U.S. troops -- mostly Marines, along with Navy and Air Force personnel -- are stationed on eight bases on Okinawa, he said.

iReporter Kristina Donaldson, who lives in central Okinawa, said the quake "seemed to last longer than other ones we have experienced here."
"We felt the quake pretty good this morning," she said, but life there was largely unaffected.
"I just walked down to the coastline and the kids are walking to school as they always do. No sirens, or any destruction from where we are."
Okinawa resident Eric Shepherd said his grandmother-in-law described it as the strongest quake she had felt in her 90 years on the island.
"It felt like some really bad airplane turbulence," Shepherd said, adding that one of his two children slept through what seemed like a minute-long "rumble."
"I had no problem walking to the kids' room to check on them" during the quake, he said

sumber :CNN



Ada 1 ,datang lagi 1 dah ada 2 datang lagi 2..

Tercari-cari sesuatu ...ke hulu ke hilir ku mencarinya...puas ku
punggah -punggah..manalah dia nie..
Dulu aku dah hilang 1...tu yang sekarang aku tengah cari....
Eh dah jumpa dah...
Dah ada satu...
Aiii datang pulak satu lagi..
Dah ada dua pulak ...
Macamana nie...cari 1 dapat 1 lagi...
Jadi 2 pula...mana hendak di simpan nie...
Sedang berfikir-fikir ,datang lagi 2 pulak....
Dah ada 4 pulak..macamana nie..yang hendak dipakai 1,yang datang 4 pulak ...
Macammana nie....takut salah pilih kang.hilang lagi....


Hmmm.....

--
Sent from my mobile device

selamat menyambut maulidur rasul











Junjungan Mulia

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )






hari ini bala menimpa....




hari ini adalah hari yang memenatkan....
selepas 1 masalah settle....
1 lagi masalah datang....
entah lah apa opretor saya dah buat....
mmg menduga keimanan lah hari ini....
nak marah....kesian..
kerana dia mengandung....
x marah nie lah jadinya.....

entahlah....
kalo suruh buat kerja lebih ...
termengah2 lak dia...
yea lah terhoyong hayang bawak perut dia...

hari nie entah apa yang dia dah buat...
sampai kan reject 4k dah terlepas...

apalah jawapan yang aku nak bagi nie...
kalo bos saya tanya....
eheheh....entah lah...

kalo dia check kualiti x lah jadi cam nie....
apa lah jawapan nak di bagi kalo bos tanya masalah nie....

aduh.......






renung sejenak....



Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s..a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah.. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."



Ketidakmampuan mengawal rasa takut



Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain
masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.

Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.

Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.

Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.

"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.

''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.

''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.

''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.

''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.

Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:

l Fobia terhadap binatang tertentu.

l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.

l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.

l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.

Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.

Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.

sumber dari:utusan malaysia

Apabila dikatakan seorang wanita dirotan




apa pendapat anda semua


Usah pertikai hukuman sebat

PUTRAJAYA 19 Feb. - Pelaksanaan hukuman sebat termasuk ke atas wanita Islam tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia adalah suatu yang sah mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan hukuman itu sudah lama termaktub dalam undang-undang syariah yang terletak di bawah kuasa negeri-negeri......

Justeru beliau berkata, apa yang penting, penjelasan mengenai perkara itu perlu diberi bagi mengelak timbul salah tanggapan atau pandangan serong masyarakat antarabangsa.

"Apa yang penting sekarang, Jabatan Agama Islam negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga dapat memberi pendidikan dari segi pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan syariah).

"Ini Kerana ia sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri.

"Ini penting difahamkan supaya tidak timbul tanggapan salah dan serong tentang apa yang berlaku di Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di sini hari ini.

Beliau mengulas pelaksanaan hukuman sebat syariah yang pertama kali dilakukan ke atas tiga wanita Islam pada 9 Februari lalu.

Ia mendapat reaksi meluas masyarakat dan media antarabangsa selain kritikan segelintir pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang menganggap hukuman itu satu diskriminasi ke atas golongan wanita.

Muhyiddin berkata, pihaknya melihat media di negara ini telah memainkan peranan untuk memberi penjelasan tentang keadaan sebenar pelaksanaan hukuman tersebut.

"Apabila dikatakan seorang wanita dirotan, mungkin tanggapan masyarakat antarabangsa ia sama seperti dilakukan dalam soal jenayah yang menggunakan 'capital punishment'.

"Sedangkan pendekatan Islam, ia adalah dalam bentuk mendidik dan menginsafkan kepada mereka yang melakukan kesalahan," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, sekiranya ada penjelasan, maka tidak akan timbul tanggapan negatif malah sebenarnya hukuman dalam Islam adalah jauh lebih ringan

"Sama ada ia beri gambaran (negatif) keadaan Malaysia mengamalkan cara tersebut, itu terserah kepada masyarakat antarabangsa kerana yang penting pada peringkat ini adalah memberi penjelasan," katanya.

sumber:utusan malaysia


bas stop oh bas stop

pelbagai cara digunakan untuk memberikan keselesaan bagi pihak pengguna....
x kira lah dari segi layanan dan perkhidmatan...
di antaranya.....adalah......




nie ha leh main buaian semasa menunggu bas..


yang nie lak cam kotak mee segera lak
yang nie lak siap tanam rumput atas bumbung lak..


nie lak bergulung2 lak bumbungnya..


macam kan angkasawan lak yang nie...


yang nie bagus kpd yang minat bola.....dengan tiang gol  sekali..


wah ...yang nie lagi  kreative....siap dgn bunga......


yang nie lak....macam kedai pun ada....


yang nie nampak simple...tapi menarik...




yang dua kat atas nie bermotif kan buah2an



nie cam skin tv lak....


nie betul2 cam bas...tapi separuh ajer....


hahaha....kalo cam nie sorang2 aje lah leh ddk 


yang nie...mcm kat trowong lak....



yang nie lak....cam pondok laa....tapi creative...
yang nie lak.....no komen lah.....waktu banjir....



macam cara yang di gunakan untuk menarik perhatian pelanggan....
setiap bus stop di hiasi dengan menarik...
tetapi....kan...
bolehkah bas stop di negara kita di hiasi macam bus stop di atas.....




gong xi fa cai









gong xi fa cai
SELAMAT BERCUTI,
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU
PANDU CERMAT
JIWA SELAMAT



valentine oh valentine





Valentine's Day Myspace Comments
.....


hahahaha...salam semua ..apa khabar semua....
sedang wat apa tu....
mungkin sedang sebuk dengan tugasan seharian....
macam saya gak...asyik sebuk memanjang...
tapi apa yang di sebukkan saya pun x tahu...

hmmmmmm......apa nak cita nie....

aaaahhaaaaa....

baru saya ingat.....
sekarang nie dah bulan 2 kan.....
mesti ramai yang menantikan kehadirannya kan...
khusus nya yang sedang bercinta...
bulan ini yang di nantikan....tujaunnya adalah...
membuktikan cinta yang sejati lah kat kekasih nya yang tercinta tu...

tapi kan ...kalo nak bukti kan cinta sejati tu kena tunggu hari kekasih ker....
hari2 yang lain kan ada....
kan dalam setahun ada 365 hari...kenapa nak tunggu 14 feb ...
banyak hari lain...
untuk membuktikan cinta yang sejati kepada kekasih yang tercinta..
hari kekasih yang nama yang glamournya
valentine's day....

tetapikan

valentine...tu...sapa....
apa yang dikaitkan diantara kekasih dengan valentine tu....

hahahaha.....saya harap anda semua faham...
so....
fikirlah sendiri....




pungguk kesiangan......



salam sebagai pendahulu kata,
bismillah sebagai penyeri kata,
agar indah gubahan bahasa,

sudah sekian lama hilang berbicara,
sunyi pula terasa,
bak malam tampa kilauan bintang,
bagai pungguk kehilangan rambulan purnama,

sesuatu yang pungguk kehilangan,
namun tidak bergitu,
kilauan bintang ada di sebalik gumpalan awan,
kehilangan rambulan kerana sang pungguk kesiangan,

rambulan purnama tetap menjadi penyeri malam yang setia,
dan di pagari oleh kilauan bintang yang berkerdip manja,
sang pungguk kembali ceria,
 kerana malamnya ditemani rambulan purnama,

dan dipagari kilauan bintang yang manja,

note:dah lama x berpuisi rasa kekok lak.....
di harap sang pungguk di temani bulan purnama yang di hiasi dengan kilauan bintang.....
dan sang pungguk tidak kesiangan lagi...hahahahaha....

Ada kah sya akan kehilangan rakan

Salam buat semua...
Hari nie sya rasa ,sya akan kehilangan rakan...
Rakan di alam maya...
Pertemuan yg x disangka lebih kurang 10 bulan lalu....
Ketika sya mengalami stau tekanan yang amat dasyat.....
Sya telah di temukan oleh seorang sahabat...pertemuan di alm maya...
Sejak hari itu .,persahabatan kami semakin akrap ..walaupun di alm maya...
Jiwa sya menjadi tenang .....
Semangat sya yg hilang ,muncul kembali...
Beliau lah telah menguatkan semangat sya....
Walaupun hanya pertemuan di alm maya dan tidak di alm nyata...
Sya amat gembira ,apabila bersama beliau...
Di alm maya sahaja.,

tetapi
sya dapat rasakan ,
sejak kebelakangan ini...beliau semakin jauh.,
dan jauh ...
Dari rapat menjadi rengang.,
suasana ceria menjadi sepi...
Bak kilauan bintang menjadi pudar....

Sya x tau apa yg telah berlaku...
Mungkin kesilapan yang berlaku itu dari diri sya tampa di sedari....mungkin juga....

Tetapi setiasahabat akan kekal buat selama2nya.,

dan di dalam bulan fabuary ini.. Dan di kesempatan ini sya ingin mengucapkan ...

Selamat hari lahir
semoga dipanjangkan umur
dan dimurah kan rezeki...

Krn hari lahir beliau akan tiba 3 hari lagi...

Akhr kata
salam setiasahabat buat
cikgu a....
Yg berada di serawak..
Wsalam..

la....x leh nak tido la pulak....




penat tul hari nie bkerja....
masuk kol 7mlm...balik kol 7pg...
mmg penat berkerja hari nie....
dah la masuk kerja mesin telongkop...
nasip dengan skill seciput yang ku ada...dapat meng'up kan mesin..
aku dengan kembang hidung,bangga diri serta riak berjalan megah depan kengkawan ku....
kerana dapat merepair kan mesin dengan cepat(sebenarnya mesin tu rosak x seteruk mana pun)...
saja aje buat muka riak....
....
bergitulah selalunya berlaku semasa aku berkerja sehari2an....
untuk menghilangakn bosan...
itu lah cara aku bergurau dengan kengkawanaku akt kilang....

mggu nie aku kerja mlm....
mmg best kerja mlm nie...
yer la bos2 besau x de.....
bak kata pepatah...
kucing x de ,tikus jadi raja lah....
mmg best merja di waktu mlm nie....bebas sebebas nya....
ttp yang x best nya....awktu org tido ,aku kerja....
dah bertaun aku hidup cam nie....
apa nak watkan.....
carik rezeki yang halal......

hari nie aku rasa letih berkerja.......
dahlah x cukup tido....
ngantuk giler di buat nya.....

semasa berkerja hati asyik menghitung waktu.....
bilalah nak balik nie....
hiting punya hitung....
dah sampai masa nak balik...
jam tepat kol 7pg....
tampa berlengah lagi ,aku pn cabut.....
hajat di hati mmg lah nak tido...

kat kepala dah terbayang kan bantal aje......
sampak kat rumah.....
aku terjah katil dulu....


tapi.....

entah mengapa aku x leh nak tido lak....
puas aku pejam2kan mata.....
tapi x leh nak tido....
mata jadi terang lak.........
tapi apa yang membuat mata aku x leh nak tido nie......

tengok jam dah kol berapa nie....
dah tengahari....
tapi x leh nak tido g....

puas aku golek2kan badan...
kekiri...kekanan...
x leh lak nak tido....

apa punca nya nie......
haduhhhhhhhhhhhhh....
tolon....
tolon....





KEBESARAN ALLAH YG BR DITEMUI... SUNGAI DIBAWAH LAUTAN...subhanallah renung2 selamat beramal...








ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.










dalam laut ada sungai.....




Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.