Showing posts with label dairi setiasahabat. Show all posts
Showing posts with label dairi setiasahabat. Show all posts

mencari arah.........







sejarah lama pasti tidak akan berulang..
suasana kelam sudah mula hilang
suasana gelap mula menjadi terang

dada langit mula cerah..
awan mendung berlalu sudah..
angin beralih arah...

duduk termenung mencari arah..
kemana akan di tuju kemana arah...
meninggalkan kenangan yang sudah...
melupakan hati yang pasrah...
walaupun kadang kala membuat hati gundah..

mencari petunjuk mencari arah..
meninggalkan kenangan yang sudah...

menjenguk kehadapan 
mencari harapan
mencari bahagia di hari depan
mudah - mudahan tenang di hari kemudian...




wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

satu angka

Satu Angka Yang Antara Nombur Ganjil..
Angka Besar Ganjil ...
Rendah Ikut Nombor Dua Undur ....
Ke Empat Patah Angka Dua Angka .....
Mula Undur ....
Sekali Angka Yang Angka Nombor Genap..


adakah ini punca bercerai




bercerai boleh dikatakan sesuatu yang biasa di masa kini,boleh dikatakan hari-hari ada saja kes tentang cerai. kenapa perkara ini menjadi sesuatu yang biasa di negara kita .

bukan nak kata apakan, masa mula-mula bercinta dulu macam nak rak di buat nya...
ke hulu ke hilir asyik bersama -sama. semua kata-kata baik belaka lah. boleh di katakan kalau kentut tu boleh di sembunyikan baunya. semuanya di sembunyikan dengan baik,
makan dengan sopan santun dan macam-macam lagi. tidak kira lelaki atau perempuan. semuanya " baik punya " kata Dafi...

tetapi setelah berkahwin, segala yang tersorok, sikit demi sedikit terkeluar semua..
dulu nampak pemalu bagi yang perempuan ,dan si lelaki sebagai pelindung...
tetapi berlaku sebalik nya. kenapa harus berlaku perkara semacam ini ?
mungkin ada sebabnya....
tetapi apa....

mungkin penceraian berlaku dengan beberapa sebab..
ini mungkin hendak cari kesalahan masing-masing .

biasanya alasan-alasan yang di beri adalah:-
1. sudah tidak sehaluan
2. malas berkerja
3. ada orang ke tiga
4. masalah kewangan
dan lain - lain lagi
boleh di katakan ada 1001 alasan yang di beri....

tetapi pada saya .punca pencerian ini bukan dari sebab - sebab / alasan di atas tetapi:-

pertama sekali punca penceraian ini adalah..
1. berkahwin di waktu muda.
memang berkahwin di waktu -waktu muda ini , ada kebaikkan ,
kalau berkahwin di usia muda , senang cerita , kalau dapat anak nanti , sebelum pencen ,anak sudah berkerja . jadi tidak payah berkerja apabila sudah pencen .
ini memang baik. tetapi yang tidak baik nya adalah..
di waktu usia muda - muda ini , sepatutnya kita gunakan sebaik-baiknya.
kumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh. kenal dunia dahulu , baru kita tahu pahit manis kehidupan. enjoy puas -puas ,di usia muda inilah kita harus gunakan dengan baik. sesah dan senang di rasai..
hendak mewah- mewah ,hendak bergaya , hendak melancong kemana dan hendak mencari ramai kawan atau berkawan ramai -ramai.
di masa inilah , patut di buat semua nie...

bukan apa ,kalau dah kawin nanti tidak lah rasa terkilan..
sebab semuanya sudah dirasai.

biarlah berkahwin lambat sedikit (bagi yang perempuan dalam umur 26 sudah boleh berkahwin ) dan yang lelaki pula dalam 28 keatas ,kerana perlu cari pengalaman banyak , tetapi janganlah lama- lama sangat , nanti masuk angin pula..

2. kurang pendidikan agama
pendidikan agama, tidak kira apa bangsa pun ,pendidikan agama amat penting.
kerana dengan adanya pendidikan agama , kita akan hidup dengan landasan agama.
dan tidak menyimpang jauh ,
lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini, cabaran amat kuat yang kita hadapi.
zaman - zaman akhir zaman ini. banyak godaan yang kuat..
kalau tidak berpegang pada agama , kecundang dalam hidup...

3. ikut -ikut.
ikut - ikut yang saya maksudkan di sini adalah:-
orang ada pasangan , hendak berpasangan ,
orang lain bercinta ,hendak bercinta .
orang berkahwin. hendak berkahwin.
tetapi semuanya ikut nafsu semata- mata..
selepas itu baru menyesal.
jadi bermacam -macam yang berlaku yang boleh menyebabkan penceraian...

4. kurang perhatian kepada pasangan.
semasa bercinta dahulu. jaga bukan main.
tanya sudah makan ke belum, tiap waktu tanya kabar, hendak tidur bagi ucapan yang jiwang - jiwang , tabur janji manis dan bermacam lagi , tidak kira si lelaki mahupun si perempuan.
tetapi apabila sudah berkahwin. semuanya semakin dilupakan. jadi jadi renggang , maka datanglah orang ketiga ,yang kononnya menjadi penasihat ,tetapi akhirnya terperangkap dalam cinta tiga segi ,yang menjadi punca -punca penceraian..

5. masalah kewangan...
dulu masa bercinta . berjanji hidup dan mati bersama, susah dan senang bersama,
sanggup hidup susah atas dasar cinta yang sejati..tetapi apabila sudah berkahwin ,hilang semua , itu tidak kena ,ini tidak kena, sebab apa , mengharap kemewahan, tidak bersyukur apa yang ada.
tetapi ada juga lelaki yang malas berkerja, memilih sangat berkerja, ini juga satu punca yang kuat terjadi penceraian ..jadi rajin -rajin cari pekerjaan ,tanggungjawab berat buat lelaki.


jadi kesimpulannya adalah:-

kalau hendak berumah tangga,pastikan anda sudah puas bersuka-suka,puas bergaya,
kuat iman di dada(dugaan kuat setelah berkahwin) dan terimalah pasangan anda dengan apa yang ada ,dengan kata lain ,bersyukurlah dengan apa yang anda dapat.
kerana jikalau terlepas tidak mungkin dapat kembali....
dan jika kembali pun, cintanya sudah tidak sekuat dahulu...


mula melangkah.......




perjalan ku dimulai dengan satu langkah pertama...
setelah terjatuh ,
tersungkur ke bumi..

kini aku berdiri
bangun setelah semangat datang kembali...

dan

melangkah maju ke hadapan..
mencari sinar yang sejati...
yang suci
kekal abadi...

bersama - sama semangat yang baru
aku melangkah maju

sejarah lama akan ku jadikan pedoman
agar ia tidak akan berulang lagi...

ya ALLAH temukanlah bagi ku sinaran itu...
amin....




wajah baru...





salam untuk semua....
setelah sekian lama jiwa didalam kesedihan
kini telah keluar dari kegelapan...

suasana kelam telah di tinggalkan
kini muncul dengan wajah baru....
dengan azam baru,dan semangat baru...
saya akan terus melangkah terus ke hadapan.
tanpa
menoleh ke belakang...

ini adalah wajah baru blog saya...
yang melambangkan
semangat baru saya

terus maju ke hadapan






di persimpangan....









sesuatu ketika sesuatu detik...
ketika diam mengelamun sendiri..
suasana sepi di temani bunyi unggas malam...
langit tenang cerah di dada langit...
bertaburan bintang-bintang yang berkelip...
menyinari dada langit....
tersenyum sang bulan di balik awan...
melemparkan sinaran lembutnya...
menyinari kegelapan malam......

duduk diam merenungi ke hadapan....
apakah akan berlaku,jika sesuatu keputusan di buat....
perjalan terhenti di satu persimpangan...
jalan manakah akan dipilih..
sebab .....
setiap simpang yang dilalui...
ada ranjau dan durinya...

duduk diam memikirkan ..
manakah jalan yang patut di pilih..
Hmmmmm......




hari ini bala menimpa....




hari ini adalah hari yang memenatkan....
selepas 1 masalah settle....
1 lagi masalah datang....
entah lah apa opretor saya dah buat....
mmg menduga keimanan lah hari ini....
nak marah....kesian..
kerana dia mengandung....
x marah nie lah jadinya.....

entahlah....
kalo suruh buat kerja lebih ...
termengah2 lak dia...
yea lah terhoyong hayang bawak perut dia...

hari nie entah apa yang dia dah buat...
sampai kan reject 4k dah terlepas...

apalah jawapan yang aku nak bagi nie...
kalo bos saya tanya....
eheheh....entah lah...

kalo dia check kualiti x lah jadi cam nie....
apa lah jawapan nak di bagi kalo bos tanya masalah nie....

aduh.......






disuatu situasi....






(situasi)diluar hujan turun renyai2..gemersik irama titisan ujan mengusik ketenangan malam..
rentaknya mengalonkan melodi yang indah...sungguh menenangkan ...
suasana sejuk menyelubungi malam....

remote di capai ...button on ditekan...
alamak tv x on lak...tekan switch tv lak....
chanel yang terkeluar chanel 701(astro-axn)...lak...
cerita gost raider..lak...
mmg dah tenguk cerita tu....
layan ajerla....

suasana sejuk membuatkan irama tambahan berlaku lak....
perut berkeroncong lagu irama melayu asli...
berkerongcong minta di isi...
mengapa...
sudah satu hari,ia tidak berisi..
kerana satu hari ini aku x bermaya..
lemah satu badan...
x bermaya untuk bangun...
aku demam....

dengan lemah gemalai mengikut rentak hujan aku melangkah kedapur..
mencari sesuatu untuk mengisi perut ku yang berkeroncong..
meggi ku capai,menjadi pilihan...
ku masak...
ku ratah...untuk mengurangkan kelaparan...
setelah satu mangkuk ku bedal...
perut yang berkeroncong menjadi senyap...

aku sambung melihat cerita gost raider...
sedang asyik melayan cerita ....
aku terpandang jam di dinding...
alamak....
.
.
.
.
.
.
.
.
jam dah kol 10 mlm...
aku dah terlambat..
sebenarnya hari nie aku berkerja malam..
malam terakhir...
dan
esok dan ahad aku cuti...
so aku nak balik kampung....
dah lama x balik kampung...

aku pun bergegas persiap untuk berkerja...

selamat malam semua...
dan
selamat bercuti...

p/s:buat mu di sana  ,selamat berehat,tenangkan fikiran dari tugasan yang banyak tu.....lupakan buat seketika...

dah satu tahun....ia berlaku...




hari ini genap 1 tahun ia berlaku....
rasa bergitu cepat masa beredar...
segala perit maung ku rasai..
setelah sekian lama ku gengam...
sekian lama aku bertahan....
akhirnya terpaksa aku lepaskan...

aku terpaksa ...
dari aku menyeksa...
dan aku terseksa...
lebih baik aku melepaskannya...

biarlah ia bebas ...
mengikut kemahuan dirinya....
mengikut haluannya sendiri...

walaupun perit bagiku...
namun aku terpaksa melepaskannya....

dan tidak disangka ...
aku telah diinaya...
sanggup berbuat bergitu terhadapku....
untuk kepuasan sendiri...

namun sesuatu yang berlaku itu ..
ada sesuatu disebaliknya...
hanya tunggu dan lihat sahaja ...
dari jauh....

biarlah ia gembira ...
apa yang di hajati....
telah dikecapi....
semoga bahagia....

dan aku.....
aku mengorak langkah....
setelah jatuh tersungkur....
menyusun langkah ...
satu persatu...
bangun setelah jatuh...
berjalan kedepan...
tampa menoleh kebelakang....

berhati2 dalam menentukan penghidupan yang baru....
agar peristiwa lama tidak akan berulang.....

semoga perjalanan yang baru ini....
dapat memberi sesuatu yang baik bagiku...

mendapat kecerian sehingga ke akhir hayat......

lagu ini penyampai apa yang terhasrat......

tidak dapat di lafas kan dengan suara..
tidak dapat di rangkaikan dengan kata-kata...
lagu ini sebagai perantaraan untuk menyampaikan apa yang tersemat di hati....
perhatian lagu ini adalah sebagai luahan hati ...
tiada kaitan dengan sesiapa pun..mahupun sahabat-sahabat bloger saya...
so sahabat-sahabat jangan lah peningkan kepala yea....



mari berbalas pantun....

jom semua sahabat-sahabat setiasahabat kita berpantun...

kiluan bintang menyinari malam,
cahaya terang dari rambulan,
telah dicurah segala yang terpendam,
hilang rasa resah,hati rasa aman..







bintang bersinag memagari rambulan...
sang pungguk merindui rambulan...
bagai mana pula pada diri mu tuan..
adakah di sambut dengan penuh harapan...

sila jawab......

aku,bintang,bulan dan pungguk

adakah yang ku cari2 selama ini sudah ku dapati...
adakah kilauan dan kerdipan bintang memberi sinar bagi ku...
bergermelapan bersama sinar rambulan...








ataupun aku ibarat sang pungguk...
yang mengimpikan rambulan...
dan menagih simpatinya...

jikalau betul kilauan dan kerdipan bintang menjadi milikku...
sinarilah perjalanan malam ku yang di temani sinar rambulan...

dan

sang pungguk dapat mengapai rambulan...
sinari lah sang pungguk sehingga malam berakhir...
.....


menanti dengan penuh harapan

menanti dengan penuh harapan...
yang pergi harus ditinggalkan...
tinggal kenangan...
sebagai pengajaran..
pilih lah yang sepadan..
rupa bukan sandaran...
ikut nafsu merana badan...
hidup tidak terurus putus harapan..
ini semua adalah dugaan..
hati dan budi itulah pilihan..
agar hidup mengikut pedoman..






note:adakah aku dialam khayalan atau nyata...dalam penantian yang tidak bersempadan

bayangan.khayalan atau kenyataan...




ada kah aku di kejar bayangan semalam....
mengamit2 kenangan lalu yang telah aku lupakan....
oh ...tidak...
kenangan yang lalu telah daku buang dari kotak fikiranku..
ku biarkan ia berlalu bersama gerak waktu...
waktu yang mendatang ku bina sesuatu yang baru...
akan ku bina kebahagian yang sejati...
ku mencari sinar yang telah padam...
untuk menyuluh perlayaran malam...
agar sampai ke distinasi yang di tuju..
kenangan manis kan ku simpanan ...
tersusun rapi di kotak kenangan ku...

ku ingin membina kebahagian yang sejati...
yang lahir dari hati yang suci..
ku tidak mahu kenangan lama berulang kembali...
buat kali kedua...

adakah aku sedang berhayal..
berangan dalam mencari kebahagian...
atau sekadar angan-angan...

atau pun sebagai tempat persinggahan..
untuk melepaskan penat...
sebelum meneruskan perjalanan...

ataupun sebagai kenyataan...
tetapi aku sangsi....
yang mana satu....

diantara khayalan atau kenyataan...
atau pun aku yang perasaan
(he...he..he...)


note:tiada berkaitan dengan mana-mana pihak...rekaan semata-mata

kad raya untuk semua

salam buat semua sahabat-sahabat setiasahabat...
apa khabar semua...
saya harap anda semua sihat dan sejahtera disamping menjalankan ibadah puasa..
hari demi hari yang kita lalui...
kita semakin hampir ke penghujung ramadhan...
kira-kira lagi 9 hari lagi kita berpuasa...
dan x lama lagi kita akan merayakan hari raya aidilfitri....

dan kesempatan ini
saya ingin mengucapkan




selamat menyambut hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
sekiranya saya melakukan salah dan silap


dan saya harap sahabat-sahabat semua dapat mengampunkan kesalahan saya.

sedikan lah mengambil kad raya ini ....
exklisif dari saya yang x seberapa ini
dan tampalkan lah di blog anda semua...

kad ucapan ini khas buat semua sahabat-sahabat setiasahabat..







Create your own banner at mybannermaker.com!



copy dan tampal kan kat blog anda..



yang ini lak duit raya khas buat semua sahabat-sahabat setiasahabat
copy dan tempelkan kat blog anda


dan seterusnya sampai-sampaikan lah kepada sahabat-sahabat anda yang lain...

note:hari lebaran ini ku bahagia bersama mu...walaupun kita berjauhan..wani

raya kena kerja

salam buat semua sahabat-sahabat setiasahabat
hari nie kita dah berpuasa yang ke berapa yea....
hari yang ke 13 kot...
wah kira2 lagi dalam 2 minggu lagi kita nak raya yea...
eh..eh ..ingat raya aje....
he..he...
bukan apa..suasana raya adalah suasana yang paling bermakna buat kita semua..
lebih- lebih lagi kepada kanak-kanak...
mereka tidak sabar-sabar lagi hendak pakai baju raya...
dan hendak pergi berraya....mesti dapat banyak duit raya kan...
lebih -lebih lagi yang baru belajar puasa...kerana ...
kalau berpuasa penuh..dapat duit raya penuh....
ini mmg adalah satu cara yang baik untuk mengajar mereka berpuasa.....
maka semakin hari ,semakin bersemangat lah mereka berpuasa....
itu bab kanak-kanak...
bab orang dewasa lain lak....
ttp pada orang dewasa mengikut cita rasa masing-masing lah...saya tak nak ceritakan...
tetapi bagi saya lak..macam raya tahun-tahun lepas gak lah...
nak tahu kenapa....
tengah berkira berapa hari dapat bercuti atau tidak....
silap-silap kena kerja di malam atau pagi raya...
syahdunya.....lebih-lebih lagi bila dengar takhbir raya....
masuk minggu ini dah 3 kali servay raya telah di buat....
tujuannya adalah...untuk mengira siapa yang sanggup berkerja di waktu raya...
tapi saya tanda x kerja lah...mana leh tahan oooo.....raya-raya kena kerja...
ttp biasanya yang baru masuk kerja lah ,kena kerja...ini dah jadi tradisi kat tempat kerja saya.budak baru kena kerja....
orang-orang lama cam saya nie di kecualikan...ha..ha...otai lah katakan...
jadi mereka kena kerja lah...dan lepas raya baru dapat cuti...
macam tu suasana tempat saya berkerja di waktu nak raya...
tetapi sesiapa yang berkerja di hari raya tu..di beri macam-macam keistimewaan.diantaranya...
makanan istimewa di hari itu(biasanya pada hari raya pertama lah)dan sedikit imbuhan
(tetapi tahun ini dapat lumayan tu...)...
tetapi siapa lah yang nak berkerja di waktu raya. ...
betul tak....orang sebuk pergi beraya ...dia sebuk pergi kerja.....
ttp dah mnasip kena kerja lah katakan....
saya pun dulu masa mula-mula masuk kerja pun cam tu gak.....
sedih oo....
tetapi apa-apa pun tangungjawap kena jalan kan....kang kalo melawan ,kena berhentikan kerja siapa yang susah....
yang ampunya badan lah yang susah.....
betul x....

sekian
wasalam...

nota:di sana kenapa sunyi sahaja....

*
dah masuk sukuan ke tiga

salam semua sahabat-sahabat setiasahabat...
apakhabar semua.saya harap sahabat-sahabat semua sihat dan sejahtera di samping keluarga
yang tercinta..
dan semoga selamat menjalankan ibadah puasa yang di wajibkan keatas kita...
bagi diri saya pula ,macam biasalah tiada yang berubah...umur sahaja yang meningkat.

sekarang kita sudah melangkah ke sukuan ke tiga dalam tahun ini,
ini bermakna ,kita akan melangkah ke tahun yang baru dalam tiga bulan lagi.

dalam tiga bulan akan datang apakah dugaan yang kita akan tempuhi.mungkin lebih mencabar lagi...
kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tiga bulan yang akan datang.





bagi diri saya pula ada sesuatu yang tidak dapat dilupakan,sama ada peristiwa yang berlaku itu manis atau pahit.itu sudah tersurat dalam perjalan hidup ....
walau apa-apa yang berlaku,hidup harus di teruskan..
itu semua cobaan.....
yea cobaaan....
dan apa yang akan berlaku dalam tiga bulan lagi...
saya pun tidak tahu lagi...
yang penting ,sesuatu harus di buat untuk meneruskan penghidupan....
bagai kata orang tua-tua...
berjalan harus pandang kedepan,jangan pandang-pandang belakang,nanti perjalan akan terhenti.....

*selamat berbuka buat semua..

sudah 3 hari genap aku berpuasa.....
harap tahun ini dapat penuhkan satu bulan genap aku berpuasa...
dan segala dugaan aku dapat tempuhi dengan tabah...

ketika ini aku tengah mengadap juadah berbuka ...

hari ini aku berbuka agak simple sahaja..
nasik putih .ikan masak asam dan tempe goreng..
(bekalan dari kampung,malam tadi balik dari kampung ,mak aku bungkuskan ,konon nya untuk makan sahor.tapi terlelap pulak.nasib baik dah simpan kat peti sejuk)
dan air laici satu jag lak...

fuh..memang tidak boleh nak bangun lepas nie....
cam kata orang melaka ,lepas makan terus berlengkau..
ha...ha...
aku dah sabar-sabar lagi hendak makan...
cuaca hari ini amat panas...
sangat mencabar.....

alamak dah azan lah.....
dah masuk waktu berbuka lah...
selamat berbuka buat semua...

bismillah.......

(setengah jam selepas itu....aku tersandar kekenyangan....)

*tag /award yang tertunggak

salam buat semua...
buat sementara waktu ini saya kekusutan pikiran....
dan buat beberapa ketika....
saya x dapat mengupdate blog saya ini ,atas sesuatu masalah yg x dapat di elakan...
dan buat rakan yang telah tag/award saya...harap anda dapat bersabar....
saya berjanji akan menjawab tag/award anda,setelah saya mengatasi masalah saya ini...
di harap anda bersabar yea...

tag yang diterima dari...


1.noor afzan

2.farahzaidah

3.kuina


dan award dari..

1.titihan hati

2.boo

di harap sahabat2 semua dapat bersabar yea...
saya akan menjawab tag/award setelah jiwa saya tenang......

harap maklom..
sekian...
wassalam...

note:saya akan terus bersama didalam dunia blogging ini....
tetapi buat sementara waktu, saya berehat seketika untuk menenangkan fikiran...
kita ttp bersama..

bosannn............



sejak ahkir nie aku merasa bosan...hari2 yang di lalui kosong sahaja....
sepi....

kosong...
suasana hidup aku rasa muram...
entah lah mengapa....
hari yang ku lalui x ceria...
walaupun kedukaan telah lama ku tinggalkan...
bersama2 sinaran yang malap.....
aku meneruskan perjalanan...
namun kebosanan telah menghantui diri ku...
sepi...
dan ...
kosong...