sapa yang merokok kena berhenti cepat2...kalau tidak.....






sesiapa yang isap rokok sila berhenti cepat-cepat
kalau tidak.......




Perokok dikecualikan anugerah



ALOR SETAR 3 Okt. - Bermula tahun ini kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang merokok tidak akan berpeluang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi menggalakkan lebih ramai kakitangan mengamalkan cara hidup sihat dan berhenti merokok.

Pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, pada masa ini sebanyak 30 peratus daripada 16,000 kakitangan Jabatan Kesihatan negeri merupakan perokok.

"Biarpun kakitangan yang merokok ini menjalankan tugas dengan cemerlang, mereka tetap tidak akan diberi anugerah perkhidmatan cemerlang," katanya di sini hari ini.

Menurut Marzukhi, pihaknya tidak mahu golongan perokok menjadi idola kepada kakitangan lain jika mereka diberikan anugerah cemerlang.

"Kita selalu menyuruh orang lain untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan bebas daripada rokok. Namun jika kita sendiri merokok bagaimana kita mahu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai," katanya.

Tambah beliau, perkara tersebut telah diumumkan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri dan pihaknya mendapati ramai di antara mereka yang sudah berhenti merokok.

"Saya berharap lebih ramai kakitangan jabatan ini berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, Marzukhi memberitahu, sehingga hari ini tiada kes baru jangkitan kencing tikus berlaku di Kedah, namun kawasan peranginan yang terjejas masih belum dibuka kepada umum.

Katanya, pihaknya mendapati kawasan Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang; Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu; Taman Rekreasi Bukit Perak dan tasik di Pendang Lake Resort masih belum bebas daripada bakteria kencing tikus.

"Pihak kami masih menjalankan pemantauan dan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut kerana masih ada bakteria tersebut di dalam air.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan air di kawasan tersebut," tambahnya.

sumber:utusan malaysia



wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

No comments: