ADAKAH RAMADHAN INI YANG TERAKHIR BUAT KU..........




  • wahai diriku,renunglah engkau akan nasib diri,
  • wahai kalbu,sedarlah engkau akan gerak hati,
  • wahai akal,terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi,
  • andai ini merupakan ramadhan yang terakhir kali,
  • buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi,
  • tatkala usia bermahkota di penghujung kehidupan duniawi,
  • apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Illahi,
  • kematian...adalah sesuatu yang pasti,
  • tentu siangnya aku sibuk berzikir,
  • biarpun anak tekak kering kehausan,
  • tentu aku tidak akan jemu melagukan syair rindu,
  • mendayu...merayu...kepadaNya tuhan yang satu,
  • andai aku tahu ini ramadhan terakhir,
  • tentu solatku aku kerjakan di awal waktu,
  • solat yang dikerjakan sungguh khyusuk lagi tawadhu,
  • tubuh,minda dan kalbu bersatu memperhamba diri,
  • menghadap Rabbul Jalil,
  • menangisi kecurangan janji,
  • sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,dan matiku,
  • aku serahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam,
  • andai aku tahu ini ramadhan terakhir,
  • tidak aku persiakan walau sesaat yang berlalu,
  • setiap masa tidak akan dipersia begitu sahaja,
  • disetiap kesempatan juga masa yang terluang,
  • alunan Al-Quran bakal aku dendang,
  • bakal aku syairkan,
  • andai aku tahu ini ramadhan terakhir,
  • tentu malam ku,aku sibukkan dengan pesta,
  • bertarawih,berqiamullail,bertahajjud,
  • mengadu,merintih,meminta belas kasih,
  • oleh itu duhai Illahi,kasihanilah daku hambamu ini,
  • andai aku tahu ini ramadhan terakhir,
  • tentu diriku tidak akan melupai mereka yang tersayang,
  • ayuh kemari kita meriahkan ramadhan,
  • yang lebih berkat dari seribu bulan,
  • andai aku tahu ini ramadhan terakhir,
  • tentu aku bersedia zahir dan batin,
  • mempersiap diri,rohani dan jasmani,
  • menanti-nanti saat jemputan Izrail,
  • di kiri dan kanan,lorong-lorong redha Ar-Rahman,
  • duhai Illahi,
  • andai ini ramadhan terakhir buat aku,
  • jadikanlah ia ramadhan yang paling bererti,paling berseri,
  • menerangi hatiku,
  • menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang Mu,
  • ya Illahi,
  • semoga bakal mewarnai kehidupan ku disana nanti,
  • namun apa yang termampu diri ini,
  • hanya berusaha,bersedia meminta belas kasihNya...
  • “ Ramadhan kehadiranmu dirindui,pemergianmu ditangisi.”



:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

1 comment:

Adek Abigail said...

sbb tu la d hijabkan nafas terakhir kita..