Hujan lebat sehari semalam,
Kampung parit awang mula di naiki air.....
Air bukit yang turun....bertembung pula dengan air sungai yang mula naik...... Tanah yang rendah berhampiran dengan sungai mula dinaiki air......
Dah mula di naiki air.....
hati yang terluka sukar di ubati....
Selamat menyambut TAHUN baru maal hijrah
Semoga tahun baru nie ada sesuatu YG beerti untuk kita semua....
kenangan...musim ujan ...(Angin Monsun Timur Laut (November - Mac))
1. Angin Monsun Timur Laut (November - Mac)
- Membawa pedagang dari Timur ke Melaka
- Membawa pedagang dari Melaka balik ke Barat
- Membawa pedagang dari Barat ke Melaka
- Membawa pedagang dari Melaka balik ke Timur
selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua.
p/s: kalo makan lomang tu ingat2 lah kat saya nie...huhuhuhu....
sinar mentari yg sementara.....
Indah lagi pelangi selepas hujan..
Berarak mendung berganti mentari...
Terik bahang memanaskan bumi..
Terik mentari difikiran samapi ke petang..
Rupanya mendung di tengahari....
Baru nk kering bumi basah lagi.....
Itulah hukum alam yg di tentukan olh illahi....
Tiada yg dapat menolak Apa yang telah ditentukan oleh NYA......
kamelia oh kamelia....
mungkin nama kamelia top dimasa lagu ini dicipta....
Khasiat kulit manggis
Tahukah anda manggis mempunyai banyak khasiat terutama di bahagian kulitnya? Petua kulit manggis adalah seperti begini. Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.
Antara Kebaikan Kulit Manggis
1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinsonism
29. Anti-diarrheal diseases
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.
UNTUK MERAWAT GOUT..
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.
Caranya :
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ini kulit hanya dimasukkan dalam tong sampah, tapi lebih baik ambil kulit itu dan hiris nipis2 macam asam keping dan jemur sampai kering.
5. Bila-bila masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
Selamat mencuba...
Jemput hadir pd 19 okt ini
Ustaz Azhar Idrus di Melaka..
Datanglah beramai-ramai bagi
Menyerikan majlis ini...
Nak bersukan ...tapi
Kalau hendak bersukan.
Pakaian hendaklah bersesuaian...
Cuba tenguk mamat nie..
Ada ke patut.... Dengan jubah bermain badminton...haru dibuatnya..
Sekarang nie tengah demam
Da lama blog nie da x updated..
Kerana sekarang nie tengah demam
Demam TOP ELEVEN...,
Huhuhu.ada sesiapa yg mlayan game nie.....
Kalo ada lh la add saya...
Lh kita lawan,,,hahaha
Cara mengatasi perasaan marah atau panas baran
Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré
itu yang biasa kita ketahui fungsi kaki...
Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki. Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.
Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?
Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya. "Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."
"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker. Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.
Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.
Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.
Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.
Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatanberkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.
Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.
Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan kencing tidak lawas
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan....
hmmmm....itu lah pentingnya telapak kaki....
peria boleh mengubati kencing manis.....
peria.....
nama saintifiknya, momordica charantia
rasanya peria memang pahit....memang ramai x gemar makan peria....sebab kepahitannya...
tetapi... disebalik kepahitannya tu ada pel bagai khasiat..
di antaranya ialah...
mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium....
peria bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak..
air rebusan peria boleh menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang..
bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi....
Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.
Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.
INFO: Kebaikan peria
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.
- Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.
INFO: Peria
hmmm......macamana sekarang....
banyakkan khasiat dari peria.....
di zaman ini banyak makanan yg boleh memudaratkan kita......
jadi risiko untuk mendapatkan penyakit tu mmg ada...
jadi bagi mengelakkannya banyakkan lah makan ulam2an....dan sayuran.....
Da nk bkerja pulak
haduh... Malasnya.....
nak raya da raya......kini tiba masa nk bkerja....
selamat hari raya
MAAF DiPiNTa aNDaiNyA :
TERkasar BaHaSa :
TERsiLap KaTa :
TERmarah yG x kEnA :
TERtanya x tNtU haLa :
TERsasuL yG x sNgAjA :
TERpukuL kat maNe2 :
TERpekik di tELinga :
TERpinjam HarTa BnDa :
TERmooDy x sMeNa2 :
TERumpat biLa2 :
TERusik yg x sNGaja :
TERmakan ygX bg tau :
TERawl antr msg raya & mCm2 Lg yG TER.. Slamat ari raye MAAF ZAHiR & BATiN...:D
Check list persiapan tuk raya
Baju raya anak ✓
Baju raya mak n ayh ✓
Kuih raya ✓
Duit raya ✓
Bayar zakat ✗
Baju raya aku ✗
duit belanja selepas raya tgu gaji ✗
Yg mana lh hutang ,hutang dulu pas raya baru lh selesaikan hahahaha.....
Kebiasaan nya duit belanja pas raya mmg x cukup...... Hahahaha
selamat menyambut hari raya.....
Hmmm....tampa kita sedari , begitu cepat masa berlalu kita sudah di
pertengahan bulan Ramadhan.....
Cepat betul rasanya masa berlalu,
Lagi dua minggu lagi kita akan menyambut hari raya Aidil fitri....
Macam mana persiapan tahun ini...
Secara alakadar atau lebih meriah....
Hahhaa....bagi saya pula ,sya menyambut dengan alakadar jer......
Jangan membazir sangat....
Janji kita dapat menyambut hari raya tahun ini dengan meriah....
Di kesempatan ini ,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri
Maaf dipinta jika ada kata-kata saya yang menyingung hati anda semua....
P/s : zakat fitrah jgn lupa bayar tau.......
Selamat berpuasa buat semua.....
So sya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua.....
Agar kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sampurna bg tahun ini........
Ciri2 seseorang yg mempunyai penyakit hati
1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.
17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.
Mudah2an kita dijauhkan dari penyakit ini......amin...
Kenali Cara Lelaki Merajuk
biasa kita dengar perempuan selalu merajuk dan selalu nak di pujuk.... hahaha....macamana pulak lelaki yg merajuk..... macamana lak rupanya ... x dapat di bayangkan...
lelaki yg merajuk biasanya:
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…
nota : kihkihkih,....... :)
Pesta Sungai Melaka 2012 (1 jun -30 jun)
MELAKA 31 Mei - Selepas membuat persiapan hampir tiga bulan, Pesta Sungai Melaka 2012 Edisi Keenam anjuran Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan membuka tirainya esok hingga 30 Jun ini. Pesta yang berlangsung selama sebulan di beberapa lokasi seperti Dataran Sungai Melaka, Taman Rempah, Dataran Pengkalan Rama dan Dataran 1Malaysia, Klebang bakal menyajikan lebih daripada 80 acara menarik.......
pelbagai acara yang diatur berlangsung pada hari biasa dan lebih menarik sewaktu cuti hujung minggu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.
majlis perasmian pesta itu berlangsung di Dataran Pengkalan Rama dan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada 8 Jun ini.
majlis perasmian akan dimeriahkan dengan kehadiran empat artis terkenal tanah air iaitu penyanyi veteran, Francesca Peter, Ana Rafali, Zarina AF dan Erry dari kumpulan Putra.
Antara acara menarik bakal menjadi tumpuan sepanjang sebulan pesta itu berlangsung seperti Melaka Idol, Bintang Pop Yeh Yeh, perarakan beca berhias, bot berhias, Melaka Parade, pertandingan memancing, Forum Perdana, Bintang Asli dan sebagainya.
sumber dari:utusan
Gurindam syair pantun dan puisi
Madah beralun makna tersurat,
Tersusun kata indah bunyinya,
Ada kisah di sebalik ayat,
Kasih yg hilang telah berganti,
Agar tegap terikat kuat,
Moga2 kukuh dan kekal buat selama2nya,
Kekal sampai akhir hayat......
Cinta yg bertahta dihati,
Mengisi dan memenuhi ruang hati,
Ruang kosong yg perlu di isi,
Kau yg memegang kunci,
Untuk membuka pintu hati,
Sebagai penganti yang telah pergi......
:)
Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati.
Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil. Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ). Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout. Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah. Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.
Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah. Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak. Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.
Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
Cadangan untuk melegakan kesakitan Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang biasa untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik (punca penyakit gout) dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan (pek air suam). Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Just want to say........
Tampa mu...
Tidak lah sampai ketahap ini....
Jasamu amat dihargai.....
Terima kasih cikgu......
Khas buat cikgu2 di....
Sekolah kebangsaan sri yong peng
Dan
Sekolah menengah dato' seth ,yong peng....
Dan tidak lupa buat guru2 di seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak......
Selamat hari guru.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hari jururawat
Buat misi2 di hospital ,klinik dan di mana jua anda berada......
Jasa mu di kenang
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
apa beza bunga anggrek dan bunga orchid...
X der nak cerita apa2
Balik kerja cepat2 tepun mak long yg selalu wat wadey....
Pertama kali call....x angkat...mungkin dia x perasan kut....
Call lagi sekali....
Ahh ada jawapan....
Terus sya pesan wadey....
Huhu dapat gak makan wadey pagi2 nie........jemput makan semua.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
janganlah kita lupa 1.0
kita makan sedap |
mereka makan sisa |
kita berpakaian lawa |
mereka pakai apa yang ada |
kita tidor lena |
nasihat....
orang yang lebih berumur dari kita
kerana banyak pengalaman yang mereka tempuhi....
yang baik jadikan ikutan
yang sebalik nya jadikan pengajaran...
walau apajua keadaan mereka
kita hendaklah menghormati mereka
kerana suatu hari nanti
kita lah yang mengantikan tempat mereka
setelah mereka tiada....
kita tidak tahu apakah nasib kita di akan datang....
jadi nasihat mereka lah kita jadikan panduan untuk menempuh hari-hari yang mendatang....
Dah masuk bulan jamadil Akhir rupanya....
Siang malam penuh dengan aktiviti masing2....menjalankan tangungjawap .....
Tampa di sedari bulan nie dah masuk bulan jamadil akhir....mungkin ada yg terlupa....kerana setiap hari berpandukan kelender masihi sahaja....kelender hijrah....mula / hampir2 terlupa...hehehehe...
Malah susunan bulan hijrah pun ada yg terlupa....hehehehe......
Bulan nie dah masuk bulan jamadil akhir.....
Jamadil Akhir memberi erti musim
sejuk yang akhir. Dari segi bahasa,
ia bermaksud penghabisan atau
beku penghabisan. Bulan ini
dinamakan sedemikian setelah
musim kekeringan atau air menjadi
beku telah berakhir. Pada ketika itu
air yang pada mulanya beku telah
beransur-ansur menjadi cair.
Namun demikian, salji-salji atau air
yang beku masih lagi kedapatan di
sana-sini.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan
Jamadil Akhir
1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq telah meninggal dunia
pada malam 22 Jamadil Akhir
tahun ke 13 Hijrah bersamaan
12 Ogos 634 Masihi ketika
berumur 63 tahun dan telah
disemadikan bersebelahan
maqam Rasulullah s.a.w. Ketika
hidup, beliau merupakan
pemuda terawal yang menerima
dakwah dan membenarkan
kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
mempunyai akhlaq yang mulia
dan sanggup menginfaqkan
seluruh harta dan
kemewahannya pada jalan Allah
sehingga tidak meninggalkan
sebarang harta ketika matinya.
Sebelum kematiannya, beliau
telah melantik Saiyidina `Umar
Al-Khattab sebagai Khalifah Islam
yang kedua menggantikan
tempatnya.
2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-
Khattab sebagai Khalifah kedua
pada bulan Jamadil Akhir tahun
ke 13 Hijrah.
3. Berlakunya peperangan
Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir
tahun ke 13 Hijrah. Peperangan
ini telah diketuai oleh Khalid bin
Al-Walid dan disertai tentera
Muslimin seramai 45,000 orang
yang menghadapi tentera Rom
(Byzantin) seramai 240,000
orang. Di dalam peperangan ini
telah menyaksikan separuh
tentera Rom telah terkorban dan
seramai lebih kurang 3,000
orang tentera Muslimin syahid di
medan perang. Bagaimanapun
tentera Muslimin yang dipimpin
oleh Khalid bin Al-Walid telah
berjaya mengalahkan tentera
Rom yang begitu ramai.
Fadhilat
Amalan-amalan ibadat sama ada
yang fardhu mahupun yang sunat
pada bulan Jamadil Akhir adalah
sama dengan bulan-bulan yang
lain. Tiada amalan-amalan yang
khusus yang dianjurkan oleh Islam
dalam bulan ini. Walau
bagaimanapun, kita digalakkan
untuk meningkatkan amalan dari
masa ke semasa walau dalam bulan
mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat
yang belum lakukan atau belum
berkesempatan untuk
melakukannya. Maka yang
demikian, pada bulan ini adalah
masa yang sesuai untuk kita
mengamalkan ibadah-ibadah sunat
yang mungkin kita belum atau
tidak berkesempatan untuk
melakukannya sebelum ini. Di
samping kita menjaga dan
meningkatkan kualiti amalan-
amalan wajib, kita juga digalakkan
agar memperbanyakkan amalan-
amalan sunat yang kita ketahui.
Amalan-amalan sunat adalah
sebagai penampung atau
pelengkap kepada amalan-amalan
wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat
yang menjadi amalan Rasulullah
s.a.w. sepanjang tahun ialah solat
tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin
dan Khamis, sedekah, membaca Al-
Qur'an dan lain-lain lagi.
Sumber
Oleh Bahagian Buhuth dan
Fatwa, Jabatan Mufti Melaka.
Rujukan;
1. Diari Perancangan Eksekutif
Islam 1424-1425H/2004 terbitan Al-
Hidayat Publishers
2. Mawsu'ah 1000 Huduth Islami
oleh Abdul Halim Al-'Afifi terbitan
Awwaq Syarqiyah, Beirut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone