Siang malam penuh dengan aktiviti masing2....menjalankan tangungjawap .....
Tampa di sedari bulan nie dah masuk bulan jamadil akhir....mungkin ada yg terlupa....kerana setiap hari berpandukan kelender masihi sahaja....kelender hijrah....mula / hampir2 terlupa...hehehehe...
Malah susunan bulan hijrah pun ada yg terlupa....hehehehe......
Bulan nie dah masuk bulan jamadil akhir.....
Jamadil Akhir memberi erti musim
sejuk yang akhir. Dari segi bahasa,
ia bermaksud penghabisan atau
beku penghabisan. Bulan ini
dinamakan sedemikian setelah
musim kekeringan atau air menjadi
beku telah berakhir. Pada ketika itu
air yang pada mulanya beku telah
beransur-ansur menjadi cair.
Namun demikian, salji-salji atau air
yang beku masih lagi kedapatan di
sana-sini.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan
Jamadil Akhir
1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq telah meninggal dunia
pada malam 22 Jamadil Akhir
tahun ke 13 Hijrah bersamaan
12 Ogos 634 Masihi ketika
berumur 63 tahun dan telah
disemadikan bersebelahan
maqam Rasulullah s.a.w. Ketika
hidup, beliau merupakan
pemuda terawal yang menerima
dakwah dan membenarkan
kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
mempunyai akhlaq yang mulia
dan sanggup menginfaqkan
seluruh harta dan
kemewahannya pada jalan Allah
sehingga tidak meninggalkan
sebarang harta ketika matinya.
Sebelum kematiannya, beliau
telah melantik Saiyidina `Umar
Al-Khattab sebagai Khalifah Islam
yang kedua menggantikan
tempatnya.
2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-
Khattab sebagai Khalifah kedua
pada bulan Jamadil Akhir tahun
ke 13 Hijrah.
3. Berlakunya peperangan
Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir
tahun ke 13 Hijrah. Peperangan
ini telah diketuai oleh Khalid bin
Al-Walid dan disertai tentera
Muslimin seramai 45,000 orang
yang menghadapi tentera Rom
(Byzantin) seramai 240,000
orang. Di dalam peperangan ini
telah menyaksikan separuh
tentera Rom telah terkorban dan
seramai lebih kurang 3,000
orang tentera Muslimin syahid di
medan perang. Bagaimanapun
tentera Muslimin yang dipimpin
oleh Khalid bin Al-Walid telah
berjaya mengalahkan tentera
Rom yang begitu ramai.
Fadhilat
Amalan-amalan ibadat sama ada
yang fardhu mahupun yang sunat
pada bulan Jamadil Akhir adalah
sama dengan bulan-bulan yang
lain. Tiada amalan-amalan yang
khusus yang dianjurkan oleh Islam
dalam bulan ini. Walau
bagaimanapun, kita digalakkan
untuk meningkatkan amalan dari
masa ke semasa walau dalam bulan
mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat
yang belum lakukan atau belum
berkesempatan untuk
melakukannya. Maka yang
demikian, pada bulan ini adalah
masa yang sesuai untuk kita
mengamalkan ibadah-ibadah sunat
yang mungkin kita belum atau
tidak berkesempatan untuk
melakukannya sebelum ini. Di
samping kita menjaga dan
meningkatkan kualiti amalan-
amalan wajib, kita juga digalakkan
agar memperbanyakkan amalan-
amalan sunat yang kita ketahui.
Amalan-amalan sunat adalah
sebagai penampung atau
pelengkap kepada amalan-amalan
wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat
yang menjadi amalan Rasulullah
s.a.w. sepanjang tahun ialah solat
tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin
dan Khamis, sedekah, membaca Al-
Qur'an dan lain-lain lagi.
Sumber
Oleh Bahagian Buhuth dan
Fatwa, Jabatan Mufti Melaka.
Rujukan;
1. Diari Perancangan Eksekutif
Islam 1424-1425H/2004 terbitan Al-
Hidayat Publishers
2. Mawsu'ah 1000 Huduth Islami
oleh Abdul Halim Al-'Afifi terbitan
Awwaq Syarqiyah, Beirut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment