5 Tanda 100 Hari Menjelang Kematian.



Salam sahabat semua,

Semoga dengan perkongsian ini akan mendapat sedikit ilmu mengenai saat-saat kematian bagi umat Islam. Yang pastinya mati itu pasti.

5 Tanda 100 Hari Menjelang Kematian.

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak…..

1. Tanda 100 hari sebelum kematian:

Tanda ini akan terjadi selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat…

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ashar, bahagian pusar kita akan berdenyut-denyut saat daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya diatas arasy ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan atas kita, diantaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari sebelum kematian :

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang sedang diuji dengan penyakit. Biasanya orang sakit tidak selera makan, namun tiba-tiba ia sangat berselera dan lahap untuk makan.

4. Tanda 3 hari sebelum kematian :

Pada saat ini kita akan merasakan denyutan di bahagian tengah dahi yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dirasakan dan dikenali maka berpuasalah agar perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang yang akan memandikan kita nanti.

Pada saat ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat diperhatikan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana pada bahagian ujung telinga akan berangsur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang melonjor akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan.

5) Tanda 1 hari sebelum kematian :

Akan terjadi sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu bahagian ubun-ubun, hal ini petanda kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya.

Tanda akhir :

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusar dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian tenggorokan.

Pada saat ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Semoga tanda-tanda 100 hari menjelang kematian ini akan membuat kita senantiasa sedar bahawa sesungguhnya kita tidak akan hidup selamanya di dunia ini. Oleh kerana itu sudah sepantasnya kita mempersiapkan diri untuk kehidupan di akhirat yang kekal.
👳 Untuk menafaat kita bersama.
In shaa ALLAH.


No comments: