3 FAKTOR YG MENJADIKAN ANAK2 SEKARANG MENCABAR

1) PENUHI KEMAHUAN BERLEBIHAN

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada sahaja, ini cabaran bagi semua ibubapa . Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan.

Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana mengandaikan bahawa orang lain juga sepertinya. Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat memahami permasalahan orang lain. Mereka menjadi tiada 'empathy'.

Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan untuk eksplorasi/ dan refleksi diri sendiri bagi membina karakter. Ada juga anak yang terlalu banyak masa senggang (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

Latihlah anak untuk membezakan antara kemahuan dan keperluan.
Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak, itu tidak menjadikan anda ibubapa yang tidak baik.
Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak serta merta, itu juga tidak menjadikan anda ibubapa yang tidak baik.
Anak-anak perlu tahu bahawa orang lain juga mempunyai tugasan dan keperluan mereka yang perlu diimbangi. Ini adalah skil sosial yang penting supaya tidak menjadi individualistik.
Anak-anak perlu dilatih untuk bersabar dan menunggu kiranya mahukan sesuatu.

2) 'OVERNURTURED'

Ibubapa buatkan semua untuk anak kerana 'sayang'kan anak sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting.

Contohnya, menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi seorang yang terancang dan terurus. Ini adalah skil yang sangat penting dari kecil sehingga dewasa. Jika ibubapa atau orang gaji yang susunkan jadual, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri.
Jika ibubapa buatkan 'homework' untuk anak dan mengatakan itu hasil kerja anak, anak belajar untuk berbohong.

Jika betul sayangkan anak, bimbing dan latihlah anak dengan skil penting dalam kehidupan kerana kita tidak dapat membantu anak sampai bila-bila.
Sekali sekala biarlah anak merasa kecewa kerana itu adalah lumrah kehidupan. Bantu dan latih mereka menghadapi kekecewaan.
Latihlah anak dengan skil penyelesaian masalah kiranya melakukan kesilapan supaya kesilapan tidak berulang lagi.
Usahlah diselamatkan anak tanpa membimbingnya.

3) TIADA PERATURAN YANG JELAS DAN KONSISTEN.

Ibubapa tidak boleh mengharapkan wujud 'common sense' dengan sendirinya pada anak-anak supaya anak tahu apa yang baik, buruk, selamat dan bahaya. Anak-anak perlu diberitahu apa batasan dan peraturan dalam kehidupan. Ibubapa perlu berbincang dengan anak-anak apa implikasi sesuatu perbuatan kepada diri dan orang sekeliling. Ini akan menjadikan anak lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain . Tanpa peraturan yang jelas, anak akan sentiasa rasa 'insecure' dan anak akan melakukan apa saja mengikut 'citarasa' sendiri.
Jika inginkan anak bekerjasama dengan kita, amalkan komunikasi yang positif dan terbuka dengan anak-anak dari mereka kecil lagi.

Biar anak tahu kita boleh menjadi kawan baik mereka tetapi kita tetap THE BOSS yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk membimbing mereka.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Sumber gambar : www(dot)newkidscenter(dot)com

No comments: