RFID . Touch 'n Go Dan smart Tag

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru. 




Smart Tag

 SmartTAG atau Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol adalah alat pemancar data inframerah dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan yang berfungsi bersama Touch 'n Go, sistem pembayaran elektronik kad pintar tanpa sentuh. Ia digunakan secara khusus untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya..

Touch 'n Go

 Touch 'n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan. Pengenalan frekuensi radio (radio frequency identification, RFID) menggunakan medan elektromagnet untuk mengenalpasti dan mengesan tag bermaklumat elektronik dalam cip kecil[1] yang dipautkan bersama objek secara automatik. Tag ini tidak perlu berada pada aras atau arah yang selari dengan pembaca sepertimana yang difungsikan barkod, agar ia dapat ditempel pada objek yang ingin dikesan. Ia beroperasi menggunakan gelombang radio.. Tag ini digunakan dalam banyak industri, misalnya untuk menjejaki pergerakan komponen pembuatan yang sedang dikilangkan; penyimpanan bahan farmaseutikal di gudang-gudang mahupun dalam implan haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan untuk pengenalpastian segera. Pembayaran Tol lebih mudah dengan penggunaan kad touch n go Dan smart tag... membuat pembayaran lebih lancar semasa keluar Tol..


 Kenapa perlu ditukar kepada RFID




wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

No comments: