*petua...

assalammualaikum sahabat semua.saya harap anda semua sihat dan sejahtera..
saya harap sahabat semua ceria menjalani penghidupan seharian..
kali ini saya hendak berkongsi sesuatu dengan sahabat semua...
topik yang saya kongsikali ini adalah tentang petua ...
baru-baru ini ada sahabat saya mengadu kat saya,tentang masalah berat badan,beliau risau tentang masalah berat badannya,saya amat simpati dengan masalah beliau,jadi saya cadangkan beberapa petua untuk beliau...
jadi jika sesiapa ada masalah yang sama dengan sahabat saya ini boleh la kita berkongsi info ini....

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

saya harap petua ini dapat membantu anda.

*ada satu masalah...

saya hendak tanya sahabat semua satu soalan,saya harap sahabat semua dapat menjawapnya...

soalan saya adalah...
apakah benda yang kita cari....
tetapi apabila dah dapat ,
benda itu kita buang...
apakah bendanya itu...
jawapan nya apa....

*pohon maaf

assalamualaikum sahabat semua.
Terlebih dahulu saya mohon kemaafan
kepada sahabat -sahabat semua.pasal entery saya semalam.
Sebenarnya saya tidak dapat menahan apa yg terpendam dlm hati saya.
Saya tidak sangka sesuatu perkara telah dilakukan keatas diri saya.dlm keadaan baik saya telah di "kenakan".
Saya dpt tahu dari seseorang.
Itu yang saya dpt menahan perasaan saya.saya x tahu hendak meluahkan kepada sesiapa. Itu lah yg saya luahkan kt blog saya.
Mungkin bahasa nya amat kesat
dan menyakitkan hati.
Saya tiada tempat untuk meluahkan perasaan saya.bukan saya tidak percayakan seseorang.entah lah .sya pn x tahu.
Saya mohon kemaafan kepada sahabat.yg sudi membaca luahan saya ini.
Saya redha apa yang telah tersurat dlm hidup saya.saya berserah kepada takdir Ilahi.

*tidak ku sangka...

(ini ada lag luahan perasaan saya terhadap seseorang)
mengapa kau sanggup buat berini.hati kau bahagia dan bangga diatas apa yang kau lakan.puas lah hatikau selama ini.apa yang kau hajati telah tercapai.
Aku tak sangka.selama ini aku menjaga kau dengan sebaik mungkin.tetapi
dengan dalam keadaan baik ,kau telah membuat aku semacam ini.
Sanggup kau buat mcm ini.demi memuas kan kehendak kau.
Kau sanggup mengikut telunjuk syaitan.kau ikut hasutan syaitan
kan kau dah dikurniakan akal dan fikiran...kenapa kau sanggup ikut telunjuk syaitan...
Kau tahu x .kebahagian aku telah berkecai...aku hilang arah hilang punca...
Kerana nak merasai nikmat syurga dunia yang entah apa2 .kau sanggup ikut telunjuk syaitan.
Kau tahu x.syaitan bersorak gembira kerana kau telah menjadi pengikut dia.
Yea pengikut ke neraka....syaitan berasa gembira atas apa yang kau telah lakukan....
Jadi lah kau pengikut setia syaitan...
Ko lupa tangungjawab kau.kau abai kan semuanya...
Kau menunding jari kepada ku .apabila sesuatu berlaku.kau menyalah kan aku.tidak btangungjawab lah.pentingkan diri lah...
Tetapi kau lupa .sepatut nya soalan - soalan itu patut ditujukan kat kau...
Aku x tahu sampai bila kau jadi bergini..
Aku harap suatu hari nanti kau akan berubah.... Aku mendoakan agar tuhan membuka hati kau untuk bertaubat... Amin...

*oh bangau

bangau oh bangau,
ada suatu kisah di sebalik lagu bangau

lagu ini amat popular masa zaman kita kecik2 dulu...
hayati lah lagu ini.....
kita kembali ke zaman kanak2 jum....



BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?

Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?

Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku……

Betul juga tu ye………..

Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau

p/s hayati rangkap demi rangkap lagu ini....
ada yang tersembunyi.....

*Monster and Strange creature

kita tonton video pulak
benarkah ia wujud lagi didunia ini...
saksikan...

*aur,tebing dan arus.

suatu hari yang tidak di ketahui hari apa dan waktunya ...
ada dua sahabat karib sedang berborak.


aur;"hai tebing,apa kabar ko hari ini"
tebing;"baik.ko pulak?"
aur;"aku pun baik juga"
"hari ini cuaca baik yea"
tebing;"yea la"
aur;"tebing ,ko tengok kat blah seberang tu"
(aur yang tinggi lampai melihat keadaan sekeliling)
tebing;"kenapa pulak aur"
aur;"aku tengok dekat seberang sana ,tidak semacam dulu lagi,tebing di seberang sana
aku tengok setiap kali arus deras (banjir)datang,ai semakin berubah,
tidak secantik dulu"
tebing;"ini semua pasal arus la..musim hujan sahaja,dia mengganas,semua tebing
dia sapu bersih."
aur;"yea la..kita bernasib baik la..aku ada kau..boleh aku hidup dengan subur"
tebing;"kau lah penyelamat aku,apa bila musim banjir aje,arus mengganas,kau
lah tempat aku berpaut,kalo tidak aku pun dah tiada"
aur;"kan kita tolong menolong...sahabat baik...walau apa jua keadaan kita
tetap bersama-sama"
tebing;"betul tu"
musim tengkujuh datang .....
hujan lebat turun tidak berhenti-henti...
arus semakin menganas.memukul tebing...
semua didepannya habis disapunya bersih..
kecuali aur dan tebing..
kerana sifat tolong menolong dan persahabatan yang kuat itu...
aur dan tebing tetap kukuh...
bergitu lah berlaku setiap tahun...
mereka tetap bersama...



suatu hari tampa di jangka....

aur;"tebing....tolong aku!!!!"
tebing;"aur ...bagaimana aku harus menolong kau....aku tidak boleh berbuat apa-apa"
"habis tubuh ku dimamah di cincanga"
"aku tidak terdaya untuk menolong mu ,aur"
aur dan tebing tidak dapat tolong menolong di antara satu samalain..

mereka tidak mampu melawan "arus" lagi...
"arus" ini amat dasyat..
tiada musim tenkujuh,
tetapi ia menganas..
aur dan tebing terpisah buat selama-lama nya...
dan mustahil akan bersatu lagi...
mereka tewas dengan "ARUS KEMAJUAN"...
kerana sungai tempat aur dan tebing telah dibersihkan dan di lebar kan
bertujuan untuk mengatasi masalah banjir...
bersemadi lah aur dan tebing...
tingallah kenangan dalam lipatan sejarah...
"ibarat aur dengan tebing"

(sedih....)
p/s persahabatan sejati kekal sehingga ke akhir hayat.
takdir penentu segala-galanya.....


*lelaki atau perempuan

"bang.nak lelaki atau perempuan?"
"yang.abg nak lelaki"
"ayang,nak perempuan la,bang"



Dailog ini biasa kita dengar atau kita perbincangkan dengan pasangan kita.Begitu juga bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Yea la.orang baru/cahaya mata akan muncul di dalam hidup.penyeri rumah tangga.
Yang paling gembira adalah bakal si ayah.
Perbincangan sebergini biasa berlaku.
Yang si ayah nk anak lelaki.dan si ibu lak nk anak perempuan.
Macam-macam pendapat di luahkan.kekadang sampai bmasam-muka disebabkan perkara ini.
Tetapi adakah kita tahu .yang baby yg keluar itu lelaki atau perempuan.
Boleh .dengan cara scaner,kita tahu baby didalam kandungan itu lelaki atau perempuan.
Kita boleh rancang tidak untuk anak lelaki atau perempuan.
Itu lah saya nk perbincangkan dengan sahabat-sahabat semua. bagaimana kita nak merancang .....dapat anak lelaki atau perempuan....ini suatu yang sukar di lakukan....ada petua yang menyatakan ...
diantaranya setelah bersama....isteri kena mengiring ke kiri atau kanan ,untuk menentukan zuriat yang di lahirkan lelaki atau perempuan...
tetapi Perubatan cina telah membuat satu kajian (entah berapa tahun dulu) mengenai merancang jantina zuriat....
maka terhasillah jadual di bawah......




click here

clik imej untuk lebih jelas lagi


kepada yang hendak mengetahui jantina anak atau merancang anak lelaki atau perempuan
cuba rujuk jadual di atas...
p/s kita berusaha....ALLAH yang menentukan....

*;tolong saya...

assalamualaikum rakan-rakan sekelian...
saya harap anda dalam keadaan sihat dan sejahtera.
sebenarnya saya ada satu masalah...sudah berhari-hari saya fikirkan...
saya renung....telek...
tetapi tidak dapat jawapannya....
jadi saya perlu pertolongan dari sahabat semua untuk menyelesaikan masalah saya ini...
saya harap sahabat-sahabat semua dapat membantu saya...

massalah saya adalah
di antara telur dengan ayam...
mana yang keluar dulu..




telur atau ayam



code

1.ayat berkelip2
ayat...




SELAMAT HARI JADI...semoga di panjangkan umur....dari budak2 DPAK/STS MATRIK.. ...


click here

*raider maut...

awas .......
amaran kepada semua mat rempit....
dan kepada raider-raider maut....
tidak kira dari utara,selatan timur...
atau barat.....
anda semua akan di cabar.....
oleh srorang raider maut....
beliau menanti cabaran anda semua..
click here
ini dia raider maut tersebut....
beliau sedia berrempit bersama-sama anda...
tidak kira dimana ,bila dan apa jua keadaan....
dia sanggup menyahut cabaran anda....
adakah anda tercabar....





ini dia pula mekaniknya....
yang terpawer sekarang...
tiada tandingan...
dia akan pastikan ....
motor anda ketinggalan jauh di belakang...
ada sesiapa yang berani...

*happy holiday

assalamualaikum semua...
ada sesuatu nak bagi tau sahabat semua....
saja nak ucapkan happy holiday kepada anda semua.
semoga hari minggu ini adalah hari yang paling gembira bagi anda semua...
kenangan yang paling manis bersama si dia...sweet memory.

*kehangatanmu

sahabatku.....
kehadiran mu memberi sinar buat ku....
kegelapan hilang...apabila kehadiran mu....
cahayamu tersebar ke seluruh pelusuk alam...
sahabatku...
kehadiran mu....menerangi hidupku...
sinaranmu membuat aku bahagia disamping mu...
hidup ku lebih bermakna....
kau telah membawa ku ke perlusuk alam...
bersama-sama sinaran mu...
aku dapat melihat kecantikan alam...
yang tidak pernah ku kecapi....
namun apabila bersamamu...
aku dapat menikmatinya...


sahabatku
kehangatan mu membuat aku cair....
rasa kasih dan sayang ku mengalir....
mengalir bak arus ....
semakin hangat....
semakin derasnya arus ...kasih sayang ku...
setitik demi setitik kasih sayang ku jatuh...
kerana kehangatan mu....
aku berasa bahagia di samping mu....

sahabatku
mengapa terjadi sedemekian rupa...
tidak ku sangka......
terjadinya sebergini....
sinaranmu terpadam....
aku kehilangan sinaranmu...
tinggalku dalam kegelapan....
teraba-raba ku dalam gelap...

sahabatku
ku kehilanagn kehangatanmu...
kemesraan yang ku rasa telah hilang...
arus deras kasih sayang menjadi perlahan...
semakin perlahan ......
dan menjadi beku....
kaku....

sahabatku..
kenangan bersamamu amat ku hargai...
kusimpan dalam lipatan sejarah ku...
kekal dalam ingatan ku...
kita sama -sama menerangi alam....
menrangi kegelapan ...
cair ku sebagai lilin...
kau lah api yang menjadi cahaya ....
menerangi alam.......

*sinar suci


sinar suci.......
akan muncul untuk menerangi hidup.....
bermula dari satu titik.....
dan beransur-ansur menerangi hidup...
yea menerangi kegelapan......
kegelapan yang penuh penderitaan......
penyeksaan dan keperitan.......
sinar suci.........
akan melenyapkan segala-galanya.......
segala penderitaan........penyeksaan dan....
keperitan....
wujudlah kebahagiaan.....
kelapangan.......dan.......
kecerian.....
sinar suci yang di kurniakan Illahi....
sinar suci yang kekal abadi.....
kegelapan ....dan penderitaan adalah dugaan dari NYA....
untuk menduga keteguhan dan ketakwaan kepada NYA...
sujud lah kepada NYA MAHA ESA.....

*adakah lagi sinar dalam hidup ku...

adakah lagi harapan bagi ku...
adakah peluang bagi ku...
mencari sesuatu yang hilang..
sesuatu yang hilang yang tidak mungkin kembali...

mustahil....
mustahil ia akan kembali...
kerana....
sinar yang menghilang ada sebabnya...
sebab yang membuat aku tercabar....
yea aku telah di cabar....
memang selama ini aku mendiamkan diri..
mendiamkan diri bukan aku takut...
atau bacul....
tetapi.......
aku .......
aku berdiam diri ....
untuk mencari sesuatu....
yea sesuatu....
kekuatan....
jati diri....
untuk mengembalikan semangat ku...
semangat yang telah hilang.....
aku akan mengatur kembali...
corak hidupku....
kerana kehidupan yang lalu...
penuh titik-titik hitam....
aku tidak mampu menentang takhdir..
aku akan mungubah nya....
dengan tangan aku sendiri...
aku akan mencari....
suatu sinar yang suci...
yang kekal abadi....
walaupun hingga ke hujung dunia....
atau sehingga ke penghujung hayat...
aku akan tetap mencari.....
dan terus mencari....
aku pasti.......
sinar sejati....
sinar suci....
akan muncul dalam hidup ku....
aku akan menantikannya....
sehingga ke penghujung hayat....
......
pasti ia akan muncul.....

*hilang sinar...........

sebenrnya tiada apa2 yang hendak di catat kan ......
buat masa ini ........
fikiran ku rungsing....
hidupku tidak seperti dulu...
semua punah ,dengan sekelip mata....
segala kebahgiaan hilang .....
jiwa ku kosong....
fikiran ku kusut...


hilang sinar dalam hidupku...
sinar kebahgiaan telah terpadam...
oleh sesuatu yang tidak dapat ku duga....

mengapa.....
mengapa ....boleh berlaku ....
apa salahku....
apa dosa ku.....
aku tidak pasti...
dimana punca nya....

puas aku jaga....
puas ku tatang...
bagai menatang minyak yang penuh....
tetapi...
semuanya sia-sia sahaja...
tumpah di tengah jalan....

cahaya sinar dalam hidupku telah terpadam...
hilang terang .....
yang tinggal gelap...

kini hidupku teraba-raba....
kemanakah arah tujuan ku.....
ke timur ....
ke barat ....
aku pun tidak tahu....
kemana langkah yang harus aku pilih...

biarlah mereka....
mereka bahagia dengan apa yang mereka lakukan
mereka bangga...
raik.....
takabur....

walaubagaimanapun....
hidupku mesti diteruskan...
melangkah....
dan terus melangkah...
melangkah mencari sinar baru......
sinar yang kekal abadi....
buat selama-lamanya.....