PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring
PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS..
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias..
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal..
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus..
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin..
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal..
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf...
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani..
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"..
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol...
Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN ....
PETUA IMAM SYAFIE
Petua Darah Tinggi
Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi
Assalamualaikum Cara nak turunkan darah tinggi yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma'af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.
1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.
Tambahan
a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.
Alhamdullillah saya mendapat penyakit ini sejak 5 tahun dulu, dan saya juga ada keturunan darah tinggi dalam famili. TEtapi dengan sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah saya sudah stabil ke 140 - 150 alhamdullilah tetapi diikuti dengan dos ubat yang disyorkan oleh doktor. Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. Allah Kareem. Salam ukhwah Kak Irena Ampang Jaya
sumber
unsur dan kedudukan anda dalam keluarga....
salam buat semua.....
anda ada berapa adik beradik...
anda anak ke berapa dalam adik beradik anda...
adakah unsur - unsur yang ada mempengaruhi sifat anda......
Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
p/s:ini ada lah sebagai hiburan semata - mata.jangan terlampau taksup atau percaya.....jika betul,ai hanyer kebetulan sahaja ...harap maklom...
pertemuan pertama...
rahsia dahi..........
suatu pagi di hari raya ke 8,dua sahabat bertemu....
a: salam.....
b: wsalam....ko nak g mana tu...
a:aku nak g melaka nie,rumah abang aku....
b:oooooo...awal ko nak btolak....
a: biasala...g awal,banyak tempat leh beraya....
alasal ko nie.....
berkedut dahi kau....apa yang aku fikirkan...
b: tak ada apa2 lah.....mmg dahi aku nie dah berkedut n jendol...
hahahaaa....kata orang dahi jendol nie banyak pengelaman....orang tua kata la...
a:hahaha...pandai la kau.....
b:hahahaaa....boleh la sikit2...tapi betul ker dahi jendol banyak pengalaman.....
Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.
Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?
Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!
sikap wanita yang di sukai oleh lelaki...
salam semua....
wanita di jadikan adalah untuk menjadi teman hidup bagi seseorang lelaki....
dengan adanyer wanita di sampingnyer ,membuat lelaki itu hidup bahagia
sikap seseorang wanita ada mempengaruhi keadaan emosi seseorang lelaki...
di antara sikap2 wanita yang di sukai lelaki adalah.......
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.....
sekian ...
wasalam....
apa petuanya.....
salam buat semua sahabat2....
apa kabar yea....
mungkin sahabat2 semua sedang berehat bersama sama keluarga yea....
al maklomlah di hari minggu nie waktu kita merehat kan badan dan bersukaria bersama2 keluarga..
mampakyna sekarang nie blog nie da jarang di updatekan...
bukan saya nak menyepikan diri..
tetapi ketandusan idea....
tetapi saya akan cuba sedayaupaya yang boleh untuk mengupdate blog ini....
oklah melalut lah saya nie....
sebenarnya saya nie ada satu masalah...
besar x besar lah...dam kecil x kecil lah...
masalah nya adalah...tentang gemok...
memang semua orang x nak gemokkan..
semua nak diet..biar nampak ramping dan comel kan...
pelbagai cara digunakan.,,macam mana nak kurus kan badan kan...
perduct itu dan ini di gunakan....
tujuannya tak lain dan x bukan adalah nak kuruskan badan...
tetapi lain pada saya pulak...
saya nak gemok kan badan saya yang sekeping nie...
semua orang kata saya nie kurus kering aje...
mereka katakan saya cam banyak masalah sahaja...
ttp itu mmg normalkan setiap yang hidup nie ada masalah kan...
itu kan cabaran hidup....
saya nak nampak berisi badan...
tetapi biar lah ada potongan la ....
target saya nak gemok nie adalah dalam jangkamasa 3 bulan....
dan target berat tambahan dari berat saya adalah lebihkurang 15kg..
jadi ...
adakah sahabat2 mempunyai idea bagi masalah saya nie...
dan adakah petua2 untuk mengemok kan badan .....
jika ada silalah turunkan petua -petua kat saya...
sekian...
p/s:jauh di mata ,dekat di hati...
saya harap anda semua dalam keadaan sejahtera.
hari ini saya nak berkongsi sesuatu dengan anda semua.
sesuatu yang saya rasa amat penting buat kita semua .
lebih2 lagi kepada yang telah berkeluarga dan yang akan berkeluarga,
dan yang bujang tu kalo nak ambil pengalaman ,boleh juga
petua yang saya nak berkongsi dengan anda semua adalah...
Petua menawan hati suami...
1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2) Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)
4) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6) Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
dirol.gif Masak resipi ibu mentua (kegemaran suami) sekali-sekala.
9) Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan seumpamanya).
10) Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11) Minta bantuan suami hanya jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya.
12) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
16) Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh).
18) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.
19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21) Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
23) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
24) Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
25) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama
note:saya harap ia berguna untuk kebahagian rumahtangga kita.
apa kah cinta sejati
Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!
* Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun
dia tidak berada di sisi kita.
* Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
Cinta …
* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
* Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
* Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu
sekarang
selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
* Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurnia tersebut.
* Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi
hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat
dan kemarahan menjadi rahmat.
* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
* Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
* Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
* Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana
perginya tanpa berkata lagi.
* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya.
* Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya
setulus hati.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
* Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para
pecinta PALSU.
* Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
* Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta
kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.
* Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam
gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
* Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi
tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
* Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah
dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
* Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta
kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar,
sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
* Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dahsyatnya cinta.
* Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak,
kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
* Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan
sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
* Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
* Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
* Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir.
note:cinta lah yang membuat kita bahagia atau merana..
Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir..
tarikh lahir adalah sesuatu tarikh yang penting bagi setiap insan...
kerana mereka akan meraikan hari kelahiran pada hari tersebut..
dari tarikh lahir juga kita dapat mengenal personaliti seseorang
di antaranya....
dari hari kelahiran nya...
bulan kelahiran nya...
begitu juga pada tahun kelahirannya...
betul x....
tetapi ...
ada juga yang mengatakan...bahawa personaliti warna dapat
di ketahui melalui tarikh lahir seseorang...
jom kita tenguk warna apa yang ada pada tarikh lahir kita....
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah.. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu.. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya.. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain.. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.
p/s:ini adalah untuk hiburan sahaja...jangan lah percaya 100%..
kalo yang betul tu hanya kebetulan sahaja....
wasalam
apa itu CINTA
apakah yang dikatakan cinta...
macamana lak rupa cinta itu...
macamana lak rasa bercinta...
adakah anda pernah bercinta
cinta itu adalah sesuatu yang unik..
ia boleh di maksudkan dengan sifat kasih sayang di antara dua insan...
sifat kasih sayang yang amat berbeza jika di bandingkan dengan kasih sayang
di antara ibu dan anak,adik dengan abang dan datuk dan cucu...
cinta ini melibatkan diantara teruna dengan gadis pujaannya.
rasa orang yang sedang angau bercinta sungguh dasyat...
sampaikan makan x kenyang,tidur x lena dan lebih dasyat lagi...
mandi pun x basah....
sampai bergitu sekali....
dan kalau x jumpa ,resah gelisah jiwa dan raga ...
duduk salah ,berdiri salah leh di katakan semuanya serba x kena lah...
tp kalau dah berjumpa....s 10 jam pun x rasa lama ....
itu lah adat orang sedang bercinta...
cinta ini boleh di bahagikan kepada;
1.cinta monyet-cinta masa zaman sekolah (kecik2 dah gatal nak bercinta)
2.cinta harta-nie cinta kerana duit....(bahaya...kalau x de duit ,bye bye lah)
3.cinta paksa-nie bahaya...kerana terpaksa..bukan dgn rela hati...
4.cinta glamour-nie juga bahaya..nak tumpang glamour saja...kalau x glamour kena tinggallah jawap nya....
5.cinta sejati-nie lah cinta yang sebenar...cinta bukan sbb diatas ..
cinta suci kekal abadi..walau apa jua keadaan .cinta itu kekal....
memang dahulu orang leh cakap...
cinta itu buta ,x kenal siapa,
semua di anggap jodoh....
sbb cinta orang dahulu kekal abadi...
walau pun mereka dah berkahwin baru bercinta....
tapi itu dulu...
sekarang cam na lak....
tetapi cinta itu memang misteri....
ia datang tampa di cari....
cinta sejati kekal abadi....
itu lah cinta yang di cari......
adakah anda pernah bercinta...
dan frust kerana bercinta....
tetapi jangan ON CINTA ke no 3xxxx
bahaya kang topup anda di telan setiap minggu(iklan)
cuba renungkan....
sesiapa nak berdiet...
sya harap anda semua sihat dan sejahtera ..
dan selamat menjalankan tugas seharian....
dan bagi yang sedang bercuti tu....
haraplah di isi dengan aktiviti yang munafaat..
hari ini saya nak kongsi lah sedikit sesuatu kepada sahabat-sahabat semua...
perkara yang saya nak berkongsi dengan anda semua adalah tentang diet....
ada di antara sahabat sedang mencari bagai mana cara hendak berdiet.....
semalam semasa sya melawat blog ke blog....
sya terbaca satu n3 minah mat saleh nie....
tentang mak dia nak berdiet...
nampaknya macam menarik....
jadi sya pun mengopinya ke blog sya....
untuk di kongsi kepada sahabat-sahabat semua..
bergini ceritanya....
she would start following this diet, I would always join her. I never really experienced losing 10 lbs (which this diet promised) but what I like about this diet is that at least, I can control my intake of sweets or carbohydrates. After 3 days, I feel lighter and I don't crave as much. For me, the hardest part in trying to lose weight is the initial part when I'm trying to condition myself not to overeat. So for me, I think starting off with this diet would be beneficial for me.
The 3 Day Diet meal plan:
Day 1
Breakfast
Black coffee or tea, with 1-2 packets Sweet & Low or Equal
1/2 grapefruit or juice
1 piece toast with 1 tablespoon peanut butter
Lunch
1/2 cup tuna
1 piece toast
Black coffee or tea, with 1-2 packets Sweet & Low or Equal
Dinner
3 ounces any lean meat or chicken
1 cup green beans
1 cup carrots
1 apple
1 cup regular vanilla ice cream
Day 2
Breakfast
Black coffee or tea, with 1-2 packets Sweet & Low or Equal
1 egg
1/2 banana
1 piece toast
Lunch
1 cup cottage cheese or tuna
8 regular saltine crackers
Dinner
2 beef franks
1 cup broccoli or cabbage
1/2 cup carrots
1/2 banana
1/2 cup regular vanilla ice cream
Day 3
Breakfast
Black coffee or tea, with 1-2 packets Sweet & Low or Equal
5 regular saltine crackers
1 ounce cheddar cheese
1 apple
Lunch
Black coffee or tea, with 1-2 packets Sweet & Low or Equal
1 boiled egg
1 piece toast
Dinner
1 cup tuna
1 cup carrots
1 cup cauliflower
1 cup melon
1/2 cup regular vanilla ice cream
sumber dari
macam mana sahabat -sahabat yang nak berdiet...
boleh x nak berdiet dengan cara ini.....
*rabun....punca dan petua menghindarkan
*amalan minum air panas
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung
SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun
mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.
Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa..
malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan
banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul
dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas
makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan
mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian
atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap
SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
*Mengenal Diri Sendiri
2.macamanakah sifat saya...
3.apa yang ada didalam diri saya..
mungkin itulah persoalan yang terpendam didalam hati kita..
kita tidak tahu siapa kita yang sebenarnya
adakah kita...
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
tetapi kita dapat mengenali diri kita melalui ...
tarikh lahir kita...
Contohnya spt tarikh lahir saya: 14 05 1987
1 + 4 = 5
Maka kotak pertama adalah 5
Kemudian campurkan kesemua nombor..
1 + 4 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 7 = 35
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
3 + 5 = 8
Maka kotak kedua adalah 8
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
5 + 8 = 13
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 3 = 4
Maka kotak ketiga ialah 4
hasilnya..
5. Boleh berbincang
8. Bisnes
4. Rajin
so,cuba anda kirakan mengikut tarikh lahir anda...
apakah jawapannya....
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna(insya Allah)
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah
*petua...
saya harap sahabat semua ceria menjalani penghidupan seharian..
kali ini saya hendak berkongsi sesuatu dengan sahabat semua...
topik yang saya kongsikali ini adalah tentang petua ...
baru-baru ini ada sahabat saya mengadu kat saya,tentang masalah berat badan,beliau risau tentang masalah berat badannya,saya amat simpati dengan masalah beliau,jadi saya cadangkan beberapa petua untuk beliau...
jadi jika sesiapa ada masalah yang sama dengan sahabat saya ini boleh la kita berkongsi info ini....
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
saya harap petua ini dapat membantu anda.
*lelaki atau perempuan
"yang.abg nak lelaki"
"ayang,nak perempuan la,bang"
Dailog ini biasa kita dengar atau kita perbincangkan dengan pasangan kita.Begitu juga bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Yea la.orang baru/cahaya mata akan muncul di dalam hidup.penyeri rumah tangga.
Yang paling gembira adalah bakal si ayah.
Perbincangan sebergini biasa berlaku.
Yang si ayah nk anak lelaki.dan si ibu lak nk anak perempuan.
Macam-macam pendapat di luahkan.kekadang sampai bmasam-muka disebabkan perkara ini.
Tetapi adakah kita tahu .yang baby yg keluar itu lelaki atau perempuan.
Boleh .dengan cara scaner,kita tahu baby didalam kandungan itu lelaki atau perempuan.
Itu lah saya nk perbincangkan dengan sahabat-sahabat semua. bagaimana kita nak merancang .....dapat anak lelaki atau perempuan....ini suatu yang sukar di lakukan....ada petua yang menyatakan ...
diantaranya setelah bersama....isteri kena mengiring ke kiri atau kanan ,untuk menentukan zuriat yang di lahirkan lelaki atau perempuan...
tetapi Perubatan cina telah membuat satu kajian (entah berapa tahun dulu) mengenai merancang jantina zuriat....
maka terhasillah jadual di bawah......


kepada yang hendak mengetahui jantina anak atau merancang anak lelaki atau perempuan
cuba rujuk jadual di atas...
p/s kita berusaha....ALLAH yang menentukan....
*rahsia bulan kelahiran anda....
sahabat sekelian.hari ini saya hendak berkongsi sesuatu kepada anda semua.perkara yang hendak saya cerita adalah tentang personaliti seseorang.kita boleh mengenali pesonalitinya dengan cara berkawan dengannya.walaupun begitu ada banyak cara kita hendak mengenali personaliti seseorang ,salah satunya pada bulan kelahiran mereka.
melalui bulan kelahiran itulah kita dapat tahu sedikit sebanyak personaliti seseorang,
ini bukanlah bermaksud untuk kita memilih kawan.cari kawan yang baik -baik sahaja,yang tidak baik,kita pulaukan pula.sebenarnya diri kita ini memang tidak sempurna.kadang-kadang kita nampak personaliti seseorang itu kurang baik,tetapi disebaliknya dia mempunya budipekerti lebih baik dari kita,dan bergitulah sebaliknya.
kita boleh mentapsirkan personaliti seseorang,tetapi kita janganlah tapsublah dengan apa yang kita tahu,kerana firasat yang kita tahu bukanlah 100% betul.
ia sebagai panduan sahaja.ingat ini sebagai hiburan sahaja....
tapsiran bulan kelahiran dalam calender islam
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
untuk nak tahu kelahiran anda dalam bulan islam
disini
tapsiran bulan kelahiran dalam calender masihi
BERDASARKAN KAJIAN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH
Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.
Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi
Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.
Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan
Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik
Bulan Oktober
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat
Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
kelahiran dalam calender masihi
p/s ini sebagai hiburan,semua insan didunia adalah sama,tiada yang lebih atau yang kurang....
wasalam
* Apa rahsia di sebalik kuku anda

assalamualaikum sekelian setiasahabat,saya harap anda sehat dan sejahtera,
hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua,
saya hendah bercerita tentang kuku,
yea kuku,
setiasahabat sekelian,
setiap insan didunia ini mempunyi kuku,kuku menghias jari jemari kita,tampa kuku ,jari jemari kita kurang menarik.Kuku adalah salah satu anugrah Tuhan yang paling berharga,
kuku yang terdapat pada jari jemari anda menpunyai bermacam-macam bentuk,setiap bentuk kuku itu mempunyai maksudnya sendiri.setiap bentuk akan menentukan perwatakan tuan ampunya itu sendiri.samada baik atau sebalik nya,
jom kita tenguk kuku kita dalam ketogori yamg mana...jom.....
1>Bentuk kuku seperti kikir
pemiliknya sering menghadapi halangan pada apa yang dilakukannya.
Banyak cabaranlah tu.
2>Bentuk kuku yang banyak bersirat (berserabut)
Bentuk kuku yang besar dan banyak garisan
pemiliknya sering diditimpa kesusahan/dugaan lah tu.
3>Bentuk kuku yang bersegi,bahagian bawahnya sedikit runcing
pemiliknya kurang kewibawaan & kurang pandai.
4>Bentuk kuku yang runcing tetapi besar dan tebal
pemiliknya tegas pendiriannya.
5>Bentuk kuku yang runcing kebawah
pemiliknya bersifat was-was/kurang yakin apa yang dilakukan
6>Bentuk kuku yang panjang & bulat
pemiliknya bersifat jujur,penyabar,bijak dan tinggi darjatnya
7>Bentuk kuku yang langsing
pemiliknya halus budipekertinya tetapi bersifat was-was/kurang yakin apa
yang dilakukandan kurang berwibawa.
8>Bentuk kuku yang bersegi
pemiliknya kurang pandai bergaul,kurang berwibawa & kurang pengetahuan.
9>Bentuk kuku yang sedang & berwarna merah
pemiliknyabermotivasi tinggi & pembersih
10>Bentuk kuku yang agak panjang & pucat
pemiliknya banyak idea /bercakap .pandaicakap aje,tapi buatnya tiada.
11>Bentuk kuku yang pendek tetapi lebar
pemiliknya bersikap praktis,cekap,berilmu ,otaknya cergas & tajam ingatannya
12>Bentuk kuku yang baik ,rapi & indah
pemiliknya berpewatakan halus perasaannya.sensitif lah tu..
itulah serba sedikit gambaran yang dapat diceritakan tentang bentuk kuku dan perwatakan pemiliknya....
tetapi ini adalah sekadar hiburan sahaja...janganlah percaya sangat...
wasalam
*Warna dan rahsia di sebaliknya
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
assalammualaikum rakan-rakan setiasahabat.
apa kabar anda semua..sehat..sayaharap anda sehat.
Hari ini saya hendak bercerita pasal warna.setiap warna mempunyi maksudnya tersendiri.ia melambangkan kepribadian/watak sipemakai,jom kita tengok.
Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.
Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.
Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.
Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
ingat ..,ini sebagai hiburan sahaja ,jangan percaya sangat..
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">



