2010 di ambang pintu.......
salam buat semua....
tidak di rasa masa bergitu cepat berlalu...
diam x diam kita dah sampai di penghujung tahun 2010.....
rasanyer baru semalam kita menyambut tahun baru....
dan tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru lagi...
iaitu tahun 2011.....
kakak demam......
salam buat semua...
huh....baru leh berinternet....
ujan baru berenti....
tadi kat sini ujan lebat...
hmmmm....
sekarang nie musim ujan......
pagi ujan petang ujan....
dan musim demam gak lah katakan....
ramai orang demam.....
x kita tua muda, kalo x kuat anti body....mesti kena demam....
badan saya pun ada rasa laen macam nie.....
sya nie pun baru balik dari hospital PUTRA ...
anak dara saya demam....
hari nie masuk hari yang ke dua....
hari pertama suhu badan nyer 39.9'c
mmg panas...
bawak ke klinik...
terus kena tahan kat hospital PUTRA...
masuk air.....
mudah2an kakak cepat sembuh yer....
makan ubat ,yea.....
kalo kakak dah baik ,ayh leh bawak main kat J.J eh....
Hujan dan salji
Pagi panas .tengahari ujan sampai ke malam...fuh best nyer...dapat membuta hahaha..
Tgh sedap2 tido, rasa sejuk semacam jek ...rasa basah jek...aduh haru di buat nyea...nk tau kenapa.,
air naik...banjir lak......
Tp kan dulu masa saya kecil2.kampung sya selalu banjir..boleh di katakan tiap2 taun banjir....
Nk tau apa best nye.,
dapat mandi air banjir..fuh best nye ..dapat berenang kesana kemari....
Tp masa nk main air banjir.. 1 minggu selepas banjir..masa tu air dh bersih ...
Masa air mula naik ,jgn la nk main air banjir..sbb masa tu macam2 ada....
Dapat makan nasik kawah lak tu ......
Nak tau kenapa..sbb sesiapa yg tinggal di kawasan yg mengalami banjir .akan di pindah kan ke penempatan mangsa banjir...(biasanya kt sekolah atau dewan org ramai)
Masa tu lah dapat makan nasik kawah....
Pas tu makan ramai2 ..best ...
Mlm nye lak dapat tgk wayang gambar...tp sya dh lupa lak apa cita yang di tayangkan...hahaha..
Pas tu mlm tido beramai2 ...bergelempangan sana sini..hahaha...
Yang paling best lagi...dapat cuti sekolah tambahan yg x de dalam jadual...hahahaha....
Puas dpt main.....
Kenangan tu memang x dapat di lupakan....
Tetapi kampung saya dh lama x banjir .....so dh lama x main air banjir....
Di tempat kita di landa musim tengkujuh...
Di eropah dan negara2 lain lak dengan musim salji nyer...mcm mana lah ek......
Hmmmm....
Bila lah nk main salji...huhuhu....
Tp kan kalo kt kg .tengah waktu ujan nie..makan ubi rebus cicah ikan kering atau sambal tumis..best tau...kena lak ngan kopi o panas ...fuhhh ... Sedap nyer...
Tgh ujan nie..sya nk tido..sejuk2 nie sedap tido...
Jumpa lagi...
Zzzz....
Bunuh pelajar: Remaja, bapa tiri ditahan bantu siasatan
20/12/2010 2:53pm
JOHOR BAHRU 20 Dis. – Polis menahan seorang remaja lelaki dan bapa tirinya semalam bagi membantu siasatan pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah dekat Batu Pahat pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, remaja berusia 14 tahun itu ditahan pada 6.15 petang semalam di Kampung Parit Singgahan, Seri Medan, Batu Pahat, manakala bapa tirinya, seorang buruh berumur 44 tahun, ditahan pada 8.45 malam semalam, di Kampung Tebing, Tongkang Pechah.
Kedua-dua mereka direman sehingga Isnin depan. Penahanan mereka menjadikan lima orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.
Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dijumpai mati tersembunyi di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit pada 5 petang Jumaat lepas dengan satu kesan tikaman di badan. – Bernama
sumber dari:utusan
Dah bersawang
Apa kabar .semua...
Huhu dh lama x update blog nie ,nampak dh bersawang lak...hehehe
bukan apa .sejak akhir2 nie idea nk mengupdate blog dah bekurangan lah...
X tau lah kenapa..nk katakan sebuk sangat tu x de la sangat....
Mungkin dah ketandusan cerita lah gamak nye...
Hahahaha...mungkin gak lah....
Tinggal beberapa hari kita akan meninggalkan tahun 2010...
Banyak kenangan dah kita hadapi...
Yg single dah bercouple.
Yg bercouple dah mendirikan masjid..
Yg berdua dh btambah 1 lagi (dapat cahaya mata tau)
dah dapat pangkat ayah dan ibu ,hahaha...
Dan banyak lah kenangan yg kita alami tidak kira pahit dan manis...
Semua kekal dalam kenangan 2010..
Amcamana azam taun lepas untuk di capai taun nie...
Adakah tercapai...hahahaha
kalo x tercapai tu..angan2 ajelah ,
pas tu di bawak ke taun 2011 dan ke tahun seterusnyer..hehehehe...
Bg sya taun nie taun yg banyak kenangan..
Dapat bjumpa kengkawan lama...
Yg telah berpisah setelah meninggalkan alam persekolahan..dan bawak
haluan masing2 ,dah banyak berubah semua...
X lama gi musim persekolahan akan bermula..
Kepada adik2 sya ucapkan
selamat berlajar..
Dan buat cekgu2 pula selamat mengajar....
Sekian..
--
Sent from my mobile device
aduh...apa dah jadi nie....
apa dah jadik ngan blog nie....
tongang langgang......
habis semua berterabur....
templet dah tukar...
tapi sama gak....
huh....
menduga kesabaran tol lah....
unsur dan kedudukan anda dalam keluarga....
salam buat semua.....
anda ada berapa adik beradik...
anda anak ke berapa dalam adik beradik anda...
adakah unsur - unsur yang ada mempengaruhi sifat anda......
Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
p/s:ini ada lah sebagai hiburan semata - mata.jangan terlampau taksup atau percaya.....jika betul,ai hanyer kebetulan sahaja ...harap maklom...
jejak.......adakah aku akan mengikut jejaknyer.....
5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ...
Apa bila sehat mereka alpa...
Apabila kuat mereka bangga..
Apabila lapang ,mereka leka..
Apabila muda ,mereka enjoy ...
Cuba lah
gunakan 5 perkara diatas dengan sebaik-baik nya sebelum 5 perkara
lagi akan datang...
Renung-renungkan lah
--
Sent from my mobile device
Bulan November
Saya ingin mengucapkan
selamat hari lahir
semoga di panjangkan umur
di murahkan rezeki
dan
berjaya dalam bidang yg diceburi ,
moga2 apa yg dicita2 kan akan tercapai....
RENUNGAN BERSAMA:SIFAT2 MAZMUMMAH YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
ANTARA MAZMUMMAH YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI
1. Pemarah=paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi=iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Cinta dunia=tidak dapat menderita kerana kalau dapat pun susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
4. Bakhil=sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak=orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar=andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contoh time keja banyak tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja hehe)
7. Ego=ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak=terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlak0n-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takbur dengan apa yang kita ada..
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
P/S=macam mana? semoga lepas ni kita cubalah buang segala sifat mazmummah dalam diri kita ni... ana pun mulai sekarang akan cuba buang sifat-sifat mazmummah dalam diri ana.... doakan ana..amin...
Gangguan iblis ketika sakaratulmaut
Gangguan iblis ketika sakaratulmaut
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang di dalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini." Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
entah apa2 entah......
bulan oktober 2010 bulan bahasa kebangsaan
salah 1 tanda kiamat
Pernah liat film tentang Hewan Afrika, Ikan2, Buaya, Kuda Nil, Singa, Cheetah, dalam rantai makanan yang indah. Tetapi ketika kemarau datang.... semua gersang,,,,,,, sungai menguap, semua pada matiiiiiii.........lalu mendung datang ...Hujan akhirnya DATANG Juga... Siapa yang bawa mendung ke situ? Angin, siapa yang suruh Angin? Tau sendiri..
(QS: As Sajdh: 27). Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwasanya kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan hewan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?
(QS: Al-Fathir: 9) Dan Allah, dialah yang mengirimkan angin; lalu angin itu menggerakkan awan, Maka kami halau awan itu kesuatu negeri yang mati lalu kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu. Demikianlah kebangkitan itu.
Ayat diatas juga sesuai dengan teori bahwa dulu permulaan bumi adalah gersang dan panas dan akibat kondensasi atmosfer terjadilah hujan yang menjadi cikal bakal kehidupan.
(QS: Ar-Rum: 48) Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.
Pertemuan pertama dan seterusnyer
Kalo betul apakah faktor2 yg mempengaruhi nyer..
Adakah ini diantara penentu yg menentukan pertemuan akan datang...
1.Cara berpakaian...
2.Cara percakapan...
3.Cara pergerakkan..
4.Sekufu (mencari yang setaraf)
5.Paras rupa../ bentuk fizikal
mungkin ada faktor2 lain....hmmm.....
apa jawapan nyer.......
salam.....
apa kabar semua....
sya harap anda sihat dan sejahtera...
hhmmmmm......dah lama sata x buat teka teki yer...
hahahaa....x der idea lah....
tetapi saya ada satu teka teki yang sampai sekarang saya x dapat jawapannyer...
saya harap anda semya dapat membantu saya untuk mendapatkan jawapan ...
sebelum anda menjawab nyer...anda kena nonton video nie...
kerana teka tekinyer ada didalam video ini...
sila tonton video ini...
haaa....dah nonton video di atas....
so apa jawapannyer.......
Sekufu...............penting dalam pemilihan jodoh..........?????
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.
"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.
"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.
Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.
Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.
Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.
Jelas di sini, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.
Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)
Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".
Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.
Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) .
Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.
Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.
Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.
Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."
Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.
Di suatu ketika .di tengah malam...
Jam didinding menunjukkan pukul 12...
Rasanyer masih awal lagi nak tido ...
Remote dicapai t.v di buka ,tenguk rancang astro...
Rangcangan bertukar rancangan ...semua nyer tidak menarik perhatian....
Terus buka radio ,mendengar radio era......
Suara di perlahankan ,mengikut kesuasaian suara.....
Capai buku yg ada di atas meja....
Buku kegemaran...bukan majlah hiburan atau komic...
Baring atas sofa .mengikut keselesaan badan....
Kulit buku diselak memulakan pembacaan.......
Perjalanan di rasai semakin jauh......suasana semakin suram.,dan gelap...
Mentari merah di ufuk timur....sinaran merah di sebalik awan ,amat indah suasana nye,...
Aku meneruskan perjalanan..,hari pun semakin gelap.....jalan yang aku melalui sungguh gelap....tiada suatu cahaya yg menerangi ..melainkan cahaya dari lampu kereta ku.....
Dalam perjalanan aku merasa sunyi..lantas aku menghidupkan radio kereta....puas aku mengubah siaran radio..tetapi tiada satu pun yang jelas........untuk menghilangkan boring aku bersiul-siul kecil.....untuk mengelakkan mengantuk....
Entah apa yg aku siulkan ,aku pun x tahu..janji hilang ngantuk......
X lama lepas tu di satu selekoh..aku melihat seorang gadis berjalan kesorangan...
Berbaju kebaya putih bertudung..
Ayu rupa wajahnya......lantas aku berhentikan kereta berhampiran nya ,lalu menyapa nya...
Salam aku berikan,tetapi tiada jawapan darinya..tetapi senyumannye yg menjawap salam aku...
Aku bertanya lagi..mahu kemana ,
dia menjawap mahu pulang...
Aku bertanya lagi ,jauh ke rumah nyea...
Dia menjawap .lebih kurang 1 kilometer lagi...
Dalam fikiran ku berdetik..ingin menolong menghantarnya pulang.....
Kerana waktu2 bergini tidak baik berjalan sorang-sorang...
Lalu aku mempelawakan diri untuk menghantarnya pulang...
Dia pun setuju...lantas aku pun membuka pintu kereta ku,memberi dia masuk...
Apa bila pintu terbuka..
Aku terpukau dengan wangian yg dipakainye..sungguh harum...tidak pernah aku mencium bau sewangi bergitu....
Dalam perjalanan aku tidak banyak bborak dengannya....
Aku hayal dgn keharuman wangian yg dipakainye...
Sekali sekala aku memandang wajahnya yg ayu itu...
Wajah nya yang putih berseri ,memang mengoda sesiapa yang memandangnya....
Hampir jatuh cinta aku di buat nya....
Namun iman aku masih kuat untuk mengatasi nya....walau pun nafsu meronta ronta untuk mengurat nyer..tetapi aku berjaya nengawalnya....alhamdulillah aku terselamat dari kejadian yang tidak diingini....
Aku pun meneruskan memandu dengan cara berkhidmah..,
sampai di suatu simpang ,dia menyuruh aku masuk ....
Laluan nyer pun gelap gelita .tiada sedikit pun lampu yg menerangi jalan kerumah nyer...
Lebih kurang 10 min kemudian ,dia menyuruh aku memberhentikan kereta dan memberi tahu ,sudah sampai dirumah nya....
Aku lihat ,keadaan rumahnya sederhana....
Nampak sinaran lampu malap didalam rumahnyea....
Dia mempelawa aku untuk singgah di rumahnya,tetapi aku menolaknya dengan baik...lalu aku masuk ke kereta ku .dan menghidupkan enjen kereta....
Beberapa kali aku cuba .tetapi gagal juga....
Lalu aku bertanya kpd gadis itu ,adakah bengkel kereta berhampiran dari rumah nye...dia menyatakan bahawa tiada bengkel kereta....
Aku pun cuba untuk menghidupkan nya .tetapi gagal juga.....
Dia mempelawa aku tidur dirumahnyea...dengan terpaksa aku pun menurut ajakannyea....
Aku pun mengikut gadis tersebut kerumah nya...
Setiab dirumahnya ,aku pun dipelawa masuk....
Aku pun duduk di sofa ..sementara gadis itu pun masuk ke biliknyea...
Sementara itu aku memerhatikan keadaan rumah gadis itu.cukup tersusun rapi.dan bersih..
Bau keharuman nya tidah hilang dari hidung ku...
Aku hayal dengan bauan wangian itu ...mata ku menjadi layu...dan terlelap....
Aku lena bersama bauan wangian itu...
Tiba-tiba aku terasa sesuatu melintas di mukaku..aku kuis-kuis ..dia datang lagi...
Aku pun bukak mata aku....
Alangkah terperanjatnya aku ...
Apabila aku dapati daun lalang bermain-main dimuka aku....
Aku pun bangun...aku lihat matahari dah tinggi atas kepala...
Sekeliling aku pandang... Lagi teperanjat nya aku dibuatnya..
Aku di kelilingi batu nesan....
Aku hampir x percaya..
Adakah aku bermimpi...ku tampar pipiku ,terasa sakit ..aku cubit pehe ku..terasa sakit...
Memang benar aku x bermimpi...
Lantas terus perasaan takut melanda didalam diri ku..apa lagi aku pun amik langkah seribu...
Semua aku langkah ,batu nesan aku langgar ....
Nasip aku kurang baik ,aku pun tersungkur..
Gedebuk aku jatuh ,macam nangka busuk.... Aku tersembam ke lantai....
Aduh sakit yang teramat sangat..kepala aku terantuk lantai...
Aku terasa pening sikit ..aku pun memicit micit dahi ku..
Pandangan kabur menjadi jelas semula...
Laaa..aku berada dirumah ku ,
Aku terjatuh dari sofa rupanya,...
Memang betul lah tadi aku bermimpi.....
Aku tenguk jam didinding ,menumjukkan pukul 1 pg...
Aku pun beristighfar banyak-banyak...
Bila sudah tenang ,aku pun melangkah masuk kebilik tidur....
Hahahahaha...mimpi rupanya aku...
Morel dari cerita nie
1. Jgn baca buku2 seram waktu malam-malam..kang termimpi-mimpi,
2.waktu maghrib jgn keluar. Kalo nk keluar .lepas waktu maghrib..
Kerana waktu itu syaitan berkeliaran...
Hahahaha,
sekian .wasalam..
Puisi 101010
Tiupan hangat sang bayu tengah hari..
Kasih berlalu tinggal bersendiri..
Mencari sinar yang tidak pasti..
Sang unggas menari nari...
Sang camar terbang sana sini...
Buat apa hendak di kesali..
Carilah yang baru sebagai pengganti...
Cuba teka buah apa nie
Buahnyea boleh dimakan,
buah apa nie..
Jarang2 kita nampak kat pasaraya atau kedai yg menjual buah...
Bunga Raya ....... Bunga Kebangsaan.
BUNGA RAYA adalah bunga kebangsan negara MALAYSIA
dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu
nama sainstifiknyer lak Hibiscus rosasinensis
iaitu sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun
Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. (akhir pada tahun 1958)
tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
(Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960)
Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
sapa yang merokok kena berhenti cepat2...kalau tidak.....
sesiapa yang isap rokok sila berhenti cepat-cepat
kalau tidak.......
ALOR SETAR 3 Okt. - Bermula tahun ini kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang merokok tidak akan berpeluang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi menggalakkan lebih ramai kakitangan mengamalkan cara hidup sihat dan berhenti merokok.
Pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, pada masa ini sebanyak 30 peratus daripada 16,000 kakitangan Jabatan Kesihatan negeri merupakan perokok.
"Biarpun kakitangan yang merokok ini menjalankan tugas dengan cemerlang, mereka tetap tidak akan diberi anugerah perkhidmatan cemerlang," katanya di sini hari ini.
Menurut Marzukhi, pihaknya tidak mahu golongan perokok menjadi idola kepada kakitangan lain jika mereka diberikan anugerah cemerlang.
"Kita selalu menyuruh orang lain untuk mengamalkan cara hidup sihat dengan bebas daripada rokok. Namun jika kita sendiri merokok bagaimana kita mahu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai," katanya.
Tambah beliau, perkara tersebut telah diumumkan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri dan pihaknya mendapati ramai di antara mereka yang sudah berhenti merokok.
"Saya berharap lebih ramai kakitangan jabatan ini berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini," jelasnya.
Sementara itu, Marzukhi memberitahu, sehingga hari ini tiada kes baru jangkitan kencing tikus berlaku di Kedah, namun kawasan peranginan yang terjejas masih belum dibuka kepada umum.
Katanya, pihaknya mendapati kawasan Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang; Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu; Taman Rekreasi Bukit Perak dan tasik di Pendang Lake Resort masih belum bebas daripada bakteria kencing tikus.
"Pihak kami masih menjalankan pemantauan dan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut kerana masih ada bakteria tersebut di dalam air.
"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan air di kawasan tersebut," tambahnya.
sumber:utusan malaysia
buaya yang ganas tertipu......
apa yang anda dari cerita di atas...
ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik cerita di atas...
......
jangan monyet...jangan.....
salam buat semua.....
ingat x lagi tentang cerita hikayat sang kancil.....
tentu semua masih ingat kan....
masa saya kecil2 dahulu....
cerita ini ada lah salah satu cerita kartun kegemaran saya....
kerana cerita hikayat sang kancil ini menyampaikan masaj yang baik kepada kita....
hikayat sang kancil menyampaikan kisah dan tauladan dalam setiap siri yang di tayangkan...
sbg contoh nyer ,sifat tamak akan mendatangkan kemudaratan kepada kita....
salah satu siri hikayat sang kancil adalah....
hahaha...macam mana....dah tengok cerita hakayat sang kancil....
macamana best kan....kan ada mesaj yang di sampaikan dalam siri di atas....
tetapi ,kenapa cerita-cerita sebergini tidak lagi di tayangkan di T.v.......
kan bagus kalau ditayangkan semula....
kerana akan menyampaikan mesaj yang berguna kepada kita....
nie tidak...
cerita naruto .chincan dan lain2 lagilah....
cerita katun yang x menyampaikan pengajaran kepada kanak2....
tetapi saya harap katun upin dan ipin akan menyampaikan mesej yang berguna untuk anak2 kita....