Melaka. 27 / 07 /2021.Dilanda ribut



Pasa 27/ 07/2021.  Jasin Bistari , Jasin , Melaka telah dilnda Ribut. Banyak pokok tumbang ditiup angin kencang...

:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Aidil Adha 1442H



Selamat menyambut 
Hari Raya 
Aidil Adha
1442 H







:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Arnab saya beranak lagi


Assalamualaikum
Di pagi sabtu.saya mendapat Khabar gembira..bahawa Arnab saya melahirkan anak lagi..selang sebulan setelah kelahiran yang pertama....

                Kelahiran ke dua .18/07/2021

                 
Kelahiran pertama
18/06/2021




 Alhamdulillah...Kini saya  dah ada 11 ekor anak Arnab...mudah mudahan yang baru lahir nie hidup semua lah...Amin...

 


 



wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Arnab . Cerai susu




Anak Arnab yang berumur lebih kurang  tiga minggu atau satu bulan boleh diasingkan Dari ibunya.sekiranya anak Arnab boleh berdikari..dh pandai makan Dan minum sendiri..
Ia juga boleh dikatakan "cerai susu," 




#staysave
#kitajagakita
#covid19

:)
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Arnab . pembiakkan








.       Anak Arnab yang baru lahir..


      Setelah tiga minggu...

Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Di Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus Lepus. Arnab biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.

Proses penghasilan ovum bermula 10 jam selepas mengawan. Selepas mengawan, arnab betina membuat dan mengalas sarangnya dengan bulu dari gelambir, rusuk dan perutnya. Kelakuan ini juga mendedahkan puting arnab betina untuk membolehkannya menetek anak-anaknya. Dalam kebanyakan spesies, anak arnab lahir buta, dogel, dan tidak berupaya (kecuali spesies-spesies dalam genus Lepus dan Sylvilagus yang anaknya sudah berbulu, boleh membuka mata dan mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan). Keimunan pasif (keimunan yang diperoleh melalui pemindahan antibodi atau limfosit peka daripada haiwan lain) diperoleh oleh anak arnab sebelum lahir melalui pemindahan plasenta. 10 atau 11 hari selepas lahir, anak arnab boleh membuka mata, kemudian ia boleh makan sendiri sekitar usia 14 hari.

Walaupun dogel ketika lahir, namun bulu anak arnab mula tumbuh dalam masa beberapa hari sahaja. Pada umur 5 hingga 6 minggu, bulu anak arnab yang lembut ini diganti dengan bulu pra-dewasa. Sekitar umur 6 hingga 8 bulan, bulu pertengahan ini diganti pula dengan bulu dewasa sepenuhnya, selepas itu arnab bersalin bulu dua kali setahun. Oleh sebab susu arnab sangat berkhasiat, anak arnab hanya perlu ditetek selama beberapa minit, sekali atau dua kali sehari.

Jangka hayat arnab adalah kira-kira 9–12 tahun; arnab yang paling panjang usia di dunia mencapai 18 tahun.

Arnab: process pensenyawan


Di pagi yg dingin.sang arnab mengawan
wassalam..........SEKIAN TERIMA KASIH......

Radang paru - paru


Radang paru-paru adalah penyakit akut yang ditandai oleh infeksi pada parenkim paru-paru. Hal ini biasanya disebabkan oleh virus atau bakteri (yang terbaru COVID-19), dan menyerang alveoli, atau kantung udara kecil pada paru-paru. Alveoli dipenuhi oleh cairan yang terinfeksi sehingga mengurangi kapasitas paru-paru dan persediaan oksigen.


.

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit


9 Makanan Untuk Membersihkan Paru-Paru
Khabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan beberapa jenis makanan yang terdiri daripada buah dan sayuran yang mengandungi zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimia berbahaya dari rokok secara pantas.

1. Halia



Halia merupakan bahan dasar sehari-hari makanan yang kamu pengambilan selama ini. Kandungan zat antiseptik serta antibakteria pada halia dapat melancarkan saluran bronkial pada paru paru sehingga lebih mudah untuk menghilangkan radikal bebas yang melekat di paru paru kita. Rongga pernafasan terasa lebih lega apabila mengambil halia. Biasanya halia dimasukkan sebagai bahan asas masakan atau dengan air hangat. Namun lebih baik jika dimakan secara langsung dan mengunyahnya langsung.

2. Limau Bali

Konon, limau bali kaya akan antioksidan sehingga membantu tubuh dalam melawan sel kanser dan membersihkan paru-paru. Limau bali mengandungi vitamin C yang mampu menghalang prestasi enzim tubuh yang mengaktifkan sel kanser pada paru-paru.

3. Makanan yang mengandungi zat selenium, keju misalnya.

Zat selenium adalah mineral yang mampu merangsang enzim bersama vitamin E dalam memperkukuhkan organ paru-paru. Jika kandungan selenium banyak bermakna kandungan sel kanser akan perlahan-lahan menurun. Makanan yang mengandung zat selenium adalah telur, keju, cendawan, gandum, daging lembu, ikan tuna, ikan salmon, ketam, dan soya.


 
4. Yogurt



Yogurt diperbuat daripada dua jenis bakteria menguntungkan yakni Lactobacillus bulgaricus dan S treptococcus thermophilus. Yogurt boleh menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati sehingga berguna untuk pencegahan penyakit kanser dan paru-paru.

5. Delima

Ekstrak buah delima dapat membantu untuk membersihkan paru-paru. Buah delima berguna untuk meningkatkan bekalan darah dan menghilangkan zat beracun dari paru-paru. Buah delima mengandungi tahap antioksidan yang paling tinggi berbanding buah anggur dan teh hijau. Tak hanya itu, buah delima juga membantu membersihkan sel-sel kanser dalam tubuh.

6. Kunyit

Salah satu rempah asal Indonesia adalah kunyit. Rempah yang mirip halia ini konon mampu meringankan keradangan pada paru-paru. Kunyit mengandungi zat curcumin yang berfungsi untuk menghilangkan zat penyebab kanser paru-paru.

7. Buah Berry

Jenis buah blueberry, raspberry atau blackberry dapat kamu pengambilan untuk membantu rawatan paru-paru. Zat flavonoid, karotenoid, lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam berry dapat menghilangkan karsinogen dari paru-paru.

8. Bawang putih

Bahan asas masakan yang paling sering digunakan ini ternyata berperanan penting dalam penjagaan paru-paru. Kompaun allicin dalam bawang putih boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru. Konon, bawang putih mempunyai spektrum luas zat antimikrob daripada antibakteria, anti-kulat, anti parasit, anti-protozoa dan antivirus. Wow!

9. Sayur yang mengandungi karotenoid



Khasiat sayur-sayuran yang mengandungi karotenoid berfungsi sebagai antioksidan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru. Sayur-sayuran yang banyak mengandungi kartenoid adalah daun anggur yakni sebesar 16.193 mikrogram. Selain itu, kamu boleh memakan sayur lobak, lobak merah, sawi, bayam, salad, dan labu.

Arnab Amami

Arnab Amami (Tulisan Jawi: ارنب امامي) atau Arnab Ryukyu (Tulisan Jawi: ارنب ريوکيو) (Pentalagus furnessi) merupakan sejenis arnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di Amami Ōshima dan Toku-no-Shima, dua pulau kecil di antara Kyūshū selatan dan Okinawa di Wilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di Jepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai fosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.


Arnab. baru lahir hingga minggu ke tiga





Arnab

Arnab
atau nama lain kelinci .

#Sejenis haiwan mamalia yang tergolong       dalam famili Leporidae .
#Tergolong dalam order Lagomorpha. 
#Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. 
#Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.