assalamualaikum sekelian setiasahabat ,saya harap anda semua sehat dan sejahtera,saya harap hari ini adalah hari yang paling ceria buat anda semua,
sahabat sekelian.hari ini saya hendak berkongsi sesuatu kepada anda semua.perkara yang hendak saya cerita adalah tentang personaliti seseorang.kita boleh mengenali pesonalitinya dengan cara berkawan dengannya.walaupun begitu ada banyak cara kita hendak mengenali personaliti seseorang ,salah satunya pada bulan kelahiran mereka.
melalui bulan kelahiran itulah kita dapat tahu sedikit sebanyak personaliti seseorang,
ini bukanlah bermaksud untuk kita memilih kawan.cari kawan yang baik -baik sahaja,yang tidak baik,kita pulaukan pula.sebenarnya diri kita ini memang tidak sempurna.kadang-kadang kita nampak personaliti seseorang itu kurang baik,tetapi disebaliknya dia mempunya budipekerti lebih baik dari kita,dan bergitulah sebaliknya.
kita boleh mentapsirkan personaliti seseorang,tetapi kita janganlah tapsublah dengan apa yang kita tahu,kerana firasat yang kita tahu bukanlah 100% betul.
ia sebagai panduan sahaja.ingat ini sebagai hiburan sahaja....
tapsiran bulan kelahiran dalam calender islam
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
untuk nak tahu kelahiran anda dalam bulan islam
disini
tapsiran bulan kelahiran dalam calender masihi
BERDASARKAN KAJIAN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH
Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.
Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi
Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.
Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan
Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik
Bulan Oktober
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat
Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
kelahiran dalam calender masihi
p/s ini sebagai hiburan,semua insan didunia adalah sama,tiada yang lebih atau yang kurang....
wasalam
1 comment:
im november guy..
ngeee...
bley ltak tutorial tuk wat template blog x..
nak edit html ke
Post a Comment